| 19

863 118 8
                                    

| s o n g j i h y o

Seminggu berlalu selepas kejadian itu, semuanya kembali tenang.Tiada lagi kekacauan dari musuh Jimin kerana semuanya telah ditangkap.Aku dan Jimin juga sudah dibenarkan keluar dari hospital.Keadaan aku bertambah pulih dengan kecederaan yang tidak serius mana.Cuma..hati aku gundah, pilu melihat keadaan Jimin yang masih tidak dapat menerima apa yang terpaksa dialaminya.Dia lumpuh, lumpuh yang boleh dipulihkan kerana bukan lumpuh seumur hidup.Tetapi melihat dari raut wajah Jimin, aku tahu dia sangat kecewa.Diri dia yang selalu kuat, menjadi perlindung aku, kini tidak mampu untuk bergerak dan perlukan bantuan orang.

Apa yang membuatkan aku lagi sedih apabila Jimin tidak suka aku mengurusnya.Kadangkala dia protes, berang dengan diri sendiri yang hanya mengharapkan belas kasihan orang lain.Tetapi bagi aku, dia langsung tidak meminta belas kasihan orang.Aku sendiri yang ikhlas dan sanggup mengurus dia dengan hati terbuka.Sebab aku cintakan dia.Walau bagaimanapun dia, aku akan tetap sentiasa bersamanya.Sampai akhir hayat aku.

Aku perlahan lahan buka pintu bilik Jimin, dia tengah berada dibalkoni sambil tengok permandangan.Duduk diatas kerusi roda.Aku masuk dan menghampiri Jimin.Berdiri disebelahnya.

"Awak nak makan tak??!..saya bawakan"

Jimin mengelengkan kepala.Aku hela nafas berat."Makanlah sikit.Awak makan pun pagi tadi.Kalau tak makan nanti sakit.. perut kosong"aku cuba memujuk.Aku risau jika dia sakit.Keadaan dia sekarang pun merisaukan aku.Aku pun dia tak tengok, statik je tengok depan.

"Biar je aku sakit.Aku ni menyusahkan kau je"

"Jimin..janganlah cakap macam ni.Saya langsung tak rasa susah uruskan awak"aku duduk diatas kerusi sebelah Jimin.Wajah dia aku pandang, tangan aku pegang pemegang kerusi roda.Dia toleh tengok aku.Langsung tiada senyuman diwajah itu.Terus terang aku rindukan senyuman dia.

"Aku ni menyusahkan lah Jihyo.Kau tengoklah apa yang ada pada aku sekarang.Dulu aku perlindung kau, tapi sekarang aku tak berguna.Aku tak boleh nak buat apa-apa.Aku tak boleh nak bahagiakan kau.Kau ingat aku happy ke hidup macam ni??"Jimin berjeda seketika.

"Tak..aku tak happy langsung.Hati aku sakit tengok perempuan yang aku sayang, yang patut aku protect.Tapi sekarang susah payah uruskan aku.Sakit sangat"

Tangan Jimin yang berada atas riba aku tarik dan aku pegang."Awak boleh pulih.Doctor pun dah terangkan.."

Tersentak aku apabila Jimin tiba-tiba menarik tangannya dari pegangan tangan aku.Wajahnya beriak marah."Tak payah.Biar je aku macam ni.Jangan susahkan diri kau semata mata nak pulihkan aku yang belum tentu akan pulih.Kau ingat senang ke orang lumpuh nak berjalan balik.Aku tak nak berharap.Tolong jangan buat aku berharap benda yang aku sendiri tak yakin!!!"

"Jimin..awak kena yakin.Tolonglah, kita cuba.Saya sanggup buat apa je nak tolong awak"aku seakan akan merayu.Merayu supaya Jimin mahu jalani terapi untuk pulihkan diri dia.Aku juga tidak sanggup tengok dia terus bersedih dengan keadaan dia sendiri.Aku rasa airmata aku bertakung.Bila-bila masa sahaja akan tumpah.

Sudahlah aku merasa bersalah sangat kerana melupakan dia.Walaupun bukan disengaja dan bersebab.Aku tetap merasa bersalah.Bermacam cara Jimin buat untuk aku mengingati dia kembali.Tetapi aku pula ingat dia ketika keadaan sedang kacau bilau, ketika sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepadanya.Adakah aku terlambat?!..AH..tentu saja tidak.Aku yakin kami akan seperti dulu balik.Hidup bahagia.Aku yakin itu.

Jimin mengerakkan kerusi roda kedepan.Aku masih duduk diatas kerusi bergerak sedikit memandang dia dari belakang.Kedua kami tidak bersuara untuk beberapa ketika.Seperti melayan perasaan masing-masing.

"Tolong tinggalkan aku sendirian"akhirnya Jimin bersuara.Aku yang sedang menunduk angkat wajah pandang dia dari belakang.Bukan itu yang aku mahu dengar keluar dari bibirnya.

Tumpah jua airmata aku mendengarnya.Dia betul-betul nekad tidak mahu jalani terapi dan menganggap dia menyusahkan aku.Aku berdiri.Airmata aku kesat dengan jari."Jimin.."belum sempat aku meneruskan, Jimin memintas.

"Tolong..aku tak nak marah orang aku yang aku sayang.Tolong tinggalkan aku sendirian"ada getaran didalam nada suara itu.Aku tahu Jimin menangis.Lelaki yang jarang menangis itu kini menumpahkan airmata.Sebegitu beratkah dia menahan rasa hadapi dugaan ini.Aku mengangguk walaupun Jimin tidak nampak.Aku menapak keluar dari biliknya.Pintu aku tutup perlahan.

"Aku dah tak boleh happykan kau.."

"Mianhe..Jihyo.."


___________


Jihyo turun ketingkat bawah dengan wajah muram.Dia mendekati ruang makan.Ketika itu Suga, Yoonji dan Hoshi sedang makan sambil berbual.Ketiga mereka pandang Jihyo yang menapak kedapur.Faham benar apabila melihat wajah muram itu.Tahu apa yang terjadi.Mereka juga puas memujuk Jimin supaya jalani terapi.Tetapi tetap membantah.Buntu memikirkan cara untuk memujuk.

Jihyo keluar kembali bersama segelas fresh orange ditangan.Dia duduk disebelah Suga.Berhadapan dengan Hoshi dan Yoonji.Semua tidak bersuara.

Suga berdeham."Jihyo..kau janganlah macam ni.Kau kena kuat.Benda ni masih baru"

"Betul tu Jihyo.Baru lagi.Jimin pun masih terkejut dengan keadaan dia.Betul kata Suga, kau kena kuat.Teruskan bagi semangat, pujuk Jimin.Kami yakin, lama-lama dia akan setuju.Siapa je yang nak terus lumpuh.Cuma masalah sekarang Jimin kecewa, sedih dengan apa yang jadi"ujar Hoshi.Lebih kepada memberi semangat kepada Jihyo.

"Ye unnie.Unnie kena kuat.Yoonji pun sedih tengok keadaan Jimin oppa.Tak sanggup rasanya bila tengok dia macam tu.Tapi Yoonji mula fikir, kalau kita tak kuat, macam mana dia nak kuat.Lebih lagi kalau dia tengok orang kesayangan dia sedih sebab dia"

Jihyo senyum nipis.Betul apa yang mereka katakan.Dia harus kuat.Orang yang dia sayang sedang hadapi benda yang paling sukar.Dia perlu menjadi kekuatan kepada Jimin.Walaupun berat untuk dia terima.Dia tetap kena kuat.Jimin adalah seseorang yang sangat penting didalam hidupnya sekarang.Dia nak, nak tengok Jimin happy balik.Berjalan balik seperti sebelum ini.Hidup bahagia bersama lelaki kesayangannya itu.

___________











b e r s a m b u n g . . .

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now