| 25

1K 122 13
                                    


Kini sudah hampir tiga bulan Jimin menjalani terapi.Sentiasa ditemani oleh Suga dan Yoonji.Seperti yang dijanjikannya dengan Jihyo, Suga tetap ada dengan Jimin.Walaupun dia agak marah dengan lelaki itu yang sanggup menceraikan Jihyo.Entah apalah yang ada difikiran Jimin ketika itu sehingga sanggup membuat keputusan bodoh itu.

Dia terpaksa mengusir perasaan marahnya itu.Jimin juga nampaknya bersungguh menjalani terapi pemulihan kakinya.Untuk permulaan dia dibantu sepenuhnya oleh Doctor.Seringkali dia jatuh ketika buat senaman dan cuba berdiri.Tetapi itu langsung tidak mematahkan semangatnya.Dia tetap kuat hanya untuk satu tujuan.

"AH.."

Mengaduh kecil Jimin ketika berbaring diatas lantai bilik terapi pemulihan itu.Sebentar tadi sekali lagi dia terjatuh.Lengan diletakkan atas dahi, merenung siling yang kosong diatas.Penuh merenik didahi serta tubuhnya yang tidak berbaju itu.Sesekali dia mengerakkan kakinya yang mulai boleh digerakkan sedikit.Perkembangan yang sangat baik diberitahu oleh doctor.

"Jimin.."Suga yang baru masuk kedalam bilik terapi pemulihan menghampiri Jimin.Duduk bersila ditepi lelaki itu.

"Hmm..apa?"dia yang baru memejam mata membuka kembali dan berpaling memandang Suga.

"Doctor bagitahu petang nanti kita orang kena bawa kau pergi pantai.Kau kena berjalan atas pasir pantai.Salah satu pemulihan yang berkesan.Tapi yang penting kau kena kuat, usaha betul-betul"

Jimin mengangguk kecil mendengar kata-kata Suga.

"Aku harap aku boleh berjalan secepat mungkin.Aku takut aku mengalah nanti"ujar Jimin sambil memandang siling.

"Kau kena ingat Jimin.Kau buat semua ni untuk siapa.Tujuan kau sebenar.Memanglah aku agak tak setuju dan marah dengan keputusan kau.Tapi nak buat macam mana kan.Kita tak boleh nak undurkan masa balik.Cuma aku harap kau tak mengalah.Nanti teruskan perjuangan kau untuk dapatkan dia balik"

Tersenyum kecil Jimin mendengarnya.Itu yang akan dia buat.Mendapatkan sesuatu yang pernah menjadi haknya.Sampai bila-bila akan tetap menjadi haknya.Tidak kira apa pun bakal terjadi.

Dia punyai prinsip.Tidak akan pernah mengalah dalam perjuangan apa yang dia mahu.

"Demi dia.Aku tak akan mengalah"tekad Jimin.Tidak gentar dengan segala halangan.Walaupun dia sedar apa yang dia buat salah.Tetapi dia tidak akan berputus asa untuk menebus kesilapannya.

Kesilapan paling teruk dia pernah lakukan.Sukar untuk dia sendiri menerima.

"Baguslah kalau macam tu"Suga berdiri.Dia perlu menjemput Yoonji di kolej.Gadis muda yang telah menjadi tunangannya itu telah pun melanjutkan pelajaran disebuah kolej.

Itu juga diatas pujukkan Suga supaya Yoonji menyambung pelajarannya.Tidak mahu perempuan kesayangannya itu menyiakan masa depan.

"Hoshi mana?"

"Dia macam biasa dekat pejabat.Sejak menguruskan Ex'act Holding makin sibuk pula"balas Suga sambil gelak kecil.

Jimin senyum bangga dengan sahabatnya itu.Sanggup menguruskan syarikatnya dengan amat baik sekali.Seseorang yang sangat dan boleh dipercayai.Dulu Hoshi adalah anak buahnya.Tetapi sekarang lelaki sahabat dan seperti keluarganya sendiri.

"Bagitahu dia jangan nak busy sangat.Cari teman hidup juga.Dari dulu busy uruskan benda berkaitan aku je.Serba salah pula aku rasa"ujar Jimin sempat berseloroh tanpa memandang Suga yang sudah berdiri dipintu keluar.

"Ok bro..nanti aku bagitahu"Suga gelak kecil dan keluar daripada bilik itu.

___________

| s o n g j i h y o

Selepas mengunci pintu bilik, aku melangkah turun.Bosan juga jika hanya terperap dalam bilik.Duduk dekat resort macam ni seeloknya keluar jalan-jalan.Suasana pun hening sahaja dan hembusan angin pantai sangat mendamaikan.Aku duduk diatas batang pokok kelapa yang tumbang dan dibiarkan ia disitu.Sekurangnya menjadi tempat duduk untuk orang yang ingin duduk melihat permandangan pantai.

Hati aku terasa sangat damai sekarang.Bagaikan segala luka, dan masalah berlaku pergi.Walaupun fikiran aku tidak dapat menghilangkan segala memori sebelum ini.Ianya susah.Teramat susah untuk dilupakan.Sesekali mata aku pejamkan untuk menikmati hembusan angin pantai yang menyapa.

"Damai kan?"

Teguran seseorang membuatkan mata aku yang pejam terbuka.Sekilas aku memandang figura itu disebelah.Kami saling berbalas senyum.Aku kembali pandang hadapan.Anggukkan aku berikan untuk soalannya.

"Awak tahu tak Daniel, dulu saya teringin sangat nak macam ni.Duduk seorang diri nikmati keindahan angin pantai.Sebab bagi saya sangat menenangkan.Stress pun boleh hilang"

Lelaki bernama Daniel itu mengangguk setuju."Satu pilihan yang tepat awak datang sini Jihyo.Mungkin saya tak berhak untuk tahu kesemua masalah awak.Tapi saya harap tempat ni boleh buatkan awak lupakan sekejap tentang tu.Nikmati hidup awak"

"Tapi untuk separuh dari masalah awak yang awak cerita dekat saya tu, apa yang saya boleh katakan.Awak seorang yang sangat kuat.Saya tahu sampai sekarang awak masih tak boleh lupakan dia"sambung Daniel.Aku rasa terharu dia sudi mendengarnya.Walau sedikit.

Kang Daniel, jejaka pantai yang punyai cerita sendiri.Aku bertemu dengannya ketika aku mula-mula datang ke pulau ini.Mungkin lebih tepat aku membawa diri.Merawat hati yang luka.Dia sangat baik dengan aku.Sudah seperti peneman aku disini kerana aku keseorangan.

Dia merupakan seorang pelatih renang serta aktiviti menyelam disini.Kerap kali dia selalu memakai baju renang kerana setiap hari mesti ada pelancong ingin menyelam.Melihat keindahan dasar laut.Servisnya juga amat baik.Dia juga selalu mendapat pujian dan disukai pelancong yang datang.

"Thanks Daniel.Sebab awak sangat memahami.Saya fikir orang susah untuk menerima kisah hidup saya ni.Tak menarik mana pun.Cuma satu masalah je"ujar aku terasa serba salah menceritakan kepadanya.

Daniel berdiri dihadapan aku."Dah, janganlah cakap macam tu.Saya terima je apa pun kisah hidup awak.Hidup saya ni pun bukannya sempurna sangat.Dah, jom"

"Jom?"tanya aku pelik tiba-tiba jom pula.

Dia gelak melihat muka blur aku."Saya nak kena ajar orang menyelam ni.Jom teman saya.Awak duduk tunggu sana.Tapi kalau nak menyelam juga pun boleh"

Aku gelak kecil mendengarnya.Kini jalan seiringan dengan lelaki yang suka senyum itu.

"Tak nak lah saya.Tak pernah seumur hidup saya menyelam"

"Tak pernah lah kena belajar.Kalau tak macam mana nak pernah.Ke awak nak tunggu lelaki 'special' tu yang ajar awak?"pertanyaan Daniel membuatkan aku menampar lengannya.

Dia gelak kuat dapat menyakat aku.

__________

Hoshi duduk diatas sofa berhadapan dengan Jimin.Sebuah sampul surat putih diletakkan diatas meja depan Jimin.

"Apa ni?"tanya Jimin.

Sampul surat itu diambil.Dilihat isi dalamnya.Terdapat beberapa keping gambar seorang perempuan dipantai.Perempuan yang amat dia kenali.Senyuman terukir dibibirnya.Tahulah dia apa yang diberikan oleh Hoshi kepadanya.Sekurangnya dia tahu kesayangannya itu baik-baik saja.

"Dia sekarang berada disebuah pulau.Dan keadaan dia ok"

Jimin mengangguk faham."Tak sabar aku nak jumpa dia.Kau rasa dia masih marahkan aku ke?"

"Mungkin, tapi aku harap kau dapat menangi hati dia balik"

Jimin tersenyum penuh makna."Itu yang aku akan buat"

__________






b e r s a m b u n g . . .

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now