02 |

1.7K 194 29
                                    

| J I H Y O

Bahu suga aku tepuk untuk membangunkan dia dari tidur.Aku yang bertungkus lumus membersihkan cafe boleh pula dia tidur berdengkur dekat kaunter.Nasib sahaja tiada pelanggan datang lagi.Memang tidak boleh diharap.

"ERMM..!"

Dia aku lihat mengeliat malas.Mata dah macam tidak boleh buka aku tengok.Mengantuk benar nampaknya.Lengannya pula aku tampar membuatkan dia pamerkan wajah masam mencuka.Marah tidurnya diganggu.

"Apa ni Jihyo??"

"Semalam kau tekan luka aku.Sekarang ganggu tidur aku pula.Bagilah aku tidur dengan lena.Mengantuklah"

"Kau tak payahlah nak lena-lena.Lebih baik kau pergi beli barang sekarang.Tu dekat dapur barang masakan dah kurang.Nanti kalau pelanggan datang nak makan, diorang nak makan apa?"

Geram betul aku dengan si Suga ni.Makin pemalas semenjak asyik kena belasah dengan geng mafia.Itulah tak ada penyakit pergi cari penyakit.Lepas itu diri sendiri yang susah macam pelarian.Nasihat apa semua dia tak mahu dengar.Asyik ikut kepala dia sahaja.

"Yelah, aku nak pergilah ni.Hish, kau ni tak habis-habis membebel"sempat pula tu dia merungut sebelum melangkah keluar dari cafe.Aku tak akan membebel kalau dia dengar nasihat aku.Ini tak, satu habuk pun tak mahu dengar.

__________

| J I M I N

Sesudah bersiap aku turun ketingkat bawah.Niat untuk bersarapan terbantut apabila melihat Hye Jin dimeja makan.Eloklah aku makan diluar dari makan mengadap muka omma tiri aku tu.Hilang selera aku nanti.

"Keluar pula.Lepas tu balik buat macam hotel"

See..aku tak ada tanda-tanda nak bersarapan dengan dia pun boleh lagi cari pasal dengan aku pagi-pagi ni.Hilang mood aku kalau macam ini.Nasib baik appa hadiahkan aku sebuah banglo.Kalau tidak terpaksalah aku tinggal di Villa bagaikan penjara ini.

"Rasanya tak ada kaitan dengan kau kalau aku buat rumah ni macam hotel"dia aku pandang dengan senyuman mengejek.Dia fikir aku hadap sangat nak balik ke Villa ni, lepas tu mengadap muka penipuan dia tu.

Aku rela tidur bawah jambatan.

"Aku tak kira.Kau nak ke tak nak.EX'act Holding kau kena uruskan"ujar Hye Jin bagaikan memberi satu arahan kepada aku.Dia fikir dia siapa nak mengarahkan aku ikut cakap dia.Sekali lagi aku cakap yang aku lebih rela merempat tepi jalan dari ikut arahan keji dia.

"Kalau aku tak nak kau nak buat apa??bunuh aku?"

Pertanyaan aku itu membuatkan Hye Jin terdiam tidak membalas.Aku tahu itu yang dia fikirkan.Perempuan mata duitan macam dia sanggup buat apa sahaja hanya kerana harta.Aku tahu dia gembira bila appa tiada.Bolehlah dia buat sesuka hati dengan semua harta appa.

Aku atur langkah keluar.Tiada rasa untuk aku berlama lama dalam Villa bagaikan penjara ini.Semakin menyakitkan hati.Telefon yang berbunyi didalam poket aku jawab.Ini tidak lain anak buah aku yang hubungi.

"Aku dah nak gerak pergi sana ni"

Talian aku matikan selepas memberi arahan.

__________

Suga bersiul-siul sambil membawa plastik berisi barang-barang disuruh beli oleh Jihyo.Semuanya lengkap tiada satu pun yang tertinggal.Kalau tertinggal alamaknya kena bebel lah dengan Jihyo.Mahunya bernanah telinga.Kenal benar dia dengan perempuan yang seorang itu.Sudah lama mereka menjadi sahabat.

Tiba-tiba bahu Suga dipegang mengejutkannya.Semakin terkejut apabila dipandang orang yang memegang bahunya iaitu Hoshi, anak buah kepada Baekhyun.Serta ada dua orang lagi, Jinhwan dan Minhyuk.Suga ingin lari pergi tetapi dengan pantas perutnya ditumbuk oleh Hoshi.Dia tertunduk sambil memegang perut yang kesakitan.

"Berani kau nak lari!"kolar baju Suga dicekang kuat oleh Jinhwan.Suga ditolak hingga jatuh tersungkur.Badannya disepak Jinhwan,Hoshi dan Minhyuk.

"AHHH!..tolonglah sakit!!.."

Jeritan Suga langsung tidak dihiraukan oleh mereka bertiga.Makin Suga menjerit, makin mereka memukul Suga.Tanpa belas kasihan.Asalkan hati mereka merasa puas.

"Suga!!!"

Mereka bertiga berhenti memukul Suga apabila tiba-tiba Jihyo muncul.Jihyo terus meluru kearah Suga.Ketiga-tiga mereka dipandang marah.

"Apa yang korang buat dekat kawan aku ni??tak guna!!"

Jihyo berdiri dan menolak Hoshi dengan perasaan marah.Hoshi hanya tersenyum.Apalah sangat kekuatan Jihyo itu.Tubuhnya langsung tidak berganjak ditolak Jihyo.Setelah itu, Jihyo menolak Jinhwan pula, sama seperti Hoshi langsung tidak berganjak.

"ARGHHHH!!.."Jihyo beralih menolak Minhyuk pula.Tubuhnya sudah lemah.Ketiga-tiga lelaki itu ketawa melihat Jihyo.Bagaikan satu hiburan buat mereka.

"Jihyo dahlah tu.."ujar Suga yang terbaring kesakitan ditanah.Tidak sanggup dia melihat Jihyo sebegitu.

"Korang memang kejam.Tak boleh ke korang dia masa??kenapa korang pukul dia!!"

Jihyo marah.Tidak dapat ditahan.Dia berdiri ditengah tengah mereka bertiga.Rambutnya kusut.Dia rasa penat.Dia hanya ada Suga, tiada sesiapa dengannya sekarang melainkan Suga.Lelaki itu sudah seperti keluarganya sendiri.Dia takut jika terjadi apa-apa kepada lelaki itu.Dia tidak mahu keseorangan.

"Bos.."

Jihyo menganggap wajah apabila mendengar itu.Dia berpaling dan melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam iaitu Jimin.Serta merta kemarahannya kembali memuncak.Dia mendekati lelaki itu dan berdiri dihadapannya.

"Kau bos diorang kan??kau memang tak guna!!"

Jihyo mengangkat tangan mahu memukul Jimin, tetapi pantas lengannya dipegang oleh Jimin.Lelaki itu tersenyum sinis melihat Jihyo.Akhirnya perempuan yang dicari ada dihadapan matanya.Tetapi dia pasti yang Jihyo tidak mengenali dirinya.Kalau tidak Jihyo pasti sudah memeluk dia sekarang.

"Aku suka perempuan yang berani macam kau"

Jihyo pandang tajam Jimin."Lepaslah!!"dia cuba menarik tangannya tetapi dipegang erat oleh Jimin.

"Lepaskan dia lah Jimin.Nanti aku bayar duit kau!!"jerit Suga.Tetapi dia kembali terdiam apabila disepak oleh Hoshi.

"Jangan pukul Sugalah!!"

Jihyo ingin pergi kearah Suga, tetapi lengannya belum dilepaskan oleh Jimin.Lengan Jihyo ditarik dan mereka berpandangan."Esok aku tunggu kau dekat Park Holding.Datang bawa duit kalau kau tak nak kawan kau jadi mayat.And one more thing aku nak kau yang datang.Bukan kawan kau tu"

"Aku akan bayarlah duit kau!!"Jihyo menarik lengannya dan terlepas dari pegangan Jimin.

"Ok aku tunggu.Ingat yang aku akan cari kau sampai dapat kalau kau cuba lari dari aku.Ingat ye dear.."bisik Jimin ditelinga Jihyo.Membuatkan Jihyo menjauh dari lelaki itu.Jelingan diberikan kepada Jimin.

"Gila"ujar Jihyo dan melangkah mendekati Suga.

'Aku memang gilakan kau Song Jihyo..dah lama aku cari kau..'

Bisik hati Jimin.

______________


bersambung..

🌸vote
💖comment
🌸support : Fall In Love With Badboy
                          : Quotes Dari Sis S

[ C ] kekasih seorang mafia • pjmWhere stories live. Discover now