"Hah kau tengok apa tu Ara ?"jerkah Iqmal yang dari bilik tidur nya.
"OI MAK KAU POCONG MELOMPAT !!"melatah Ara.
"Ehh kau ni Ara.memang lah pocong melompat.takkan mengensot pulak... kalau ye pun terkejut,jangan lah melatah sampai pocong bagai.elok lagi mengucap,istighfar."senyum iqmal sinis.
"Haisyyy kau ni Mal,buat terkejut aku je.kau lah buat aku terkejut,kalau tak,tak ada lah aku melatah sampai pocong tu."kata Ara sambil menjeling jeling ke arah luar tingkap tadi.
"Yelah.maaf.kau tengok apa kat luar tu Ara ?"
"Tak ada apa lah.aku tengok pokok bunga mak kau tanam ni.dah beso dah."bohong Ara.
"Memang lah dah besar.tak kan lah makin lama makin kecil.kau tu yang susah sangat nak balik sini.kau tahu tak ada orang rindu kau ?!!"kata Iqmal.
"Elehhh .kau kalau nak perli aku ni number one!"jeling Ara.Ara memuncungkan bibirnya yang berwarna merah delima itu tanda merajuk.
"HAHHAHA" pecah ketawa iqmal yang lama dia sembunyikan dari awal tadi.apa tak nya ,bila Ara ni marah ,comel sangat muka dia.
"haisyy Ara Ara.aku rindu kau sangat-sangat." geleng kepala iqmal melihat gelagat si Ara ni.
***
*Rumah nenek dan datuk Ara*"Mak,betul ke tak ada apa dengan Ara tu mak ? Akak risaulah.Abang..."kata Puan Zarina
"Entah lah.mak pun tak tahu lah.mak tengok dia tu tak ada apa pun.biasalah budak.merayau sana sini,malam-malam mengigau tu.tak ada apa tu.Akak jangan risau ye."kata Nek Leha
"Tapi Leha ,Ara tu kata dia nampak benda .abang pon risau juga dengar apa Ara cakap tadi.takut Hijab Ara terbuka aje."kata Tok Ramli
"Hah mak . apa nak buat ni ?"kata puan zarina
"Macam gini lah ye ,esok pagi kamu pergi rumah Acu Man dekat hujung kampung ni.kita cuba tanya dia dulu"kata Tok Ramli
"Abang macam mana ? Nak pergi tak rumah Acu Man esok ? Kita pergi sama ye bang .."kata puan Zarina kepada suaminya.
"Abang ikutkan aje.untuk kebaikan anak kita Na."kata Datuk Izzudin tenang.
***
Sedang Ara dan Shah berjalan pulang ..."Along,bila along nak kawen ? Ara tak sabar nak tengok along naik pelamin ni"kata Ara.statement yang tak pernah hapus dari ingatan ara untuk menyakat along.
yelah ,along dia tu membujang je.kalau kata tak ada rupa ,cukup sifat.ada dua mata,satu hidung,satu mulut.muka pon boleh tahan.muka along tak ada satu biji pon jerawat.bak kata orang flawless HAH !
"Hamboiiii.sebok je awak ni kan ara.tak habis-habis nak kacau along."kata Shah selamba.
Tiba-tiba Ara merasakan dada nya seperti ditekan sekuat nya.
"Arghhhh ! Along !!"jerit ara kesakitan
"Ya allah ara !"kata Shah cemas.
"Sssaaa... Kkkiiiiiittt "kata ara tersekat sekat.
"Ara,along tak tahu nak buat apa niiii!.ara tunggu sini kejap.along panggil mama papa kejap tau."kata along dengan cemas lalu berlari ke arah yang dituju.
"Alonggg.jangan tinggalkan Ara sorang-sorang dekat sinii! ara takut !jerit ara sekuat hati nya.
Selepas tidak nampak bayang along nya,tiba-tiba sakit yang dirasakan tidak dirasakan lagi.Ara bisa bangun dan berdiri tegak.
"Haih ? Tak sakit dah ?"kata ara di dalam hati.
Kemudian dia meneruskan perjalanan menuju pulang.ketika dalam perjalanan seorang diri,ara merasakan seperti ada sesuatu mengekori nya .ara memberanikan diri untuk menoleh kebelakang.
Perlahan lahan Ara menggerakkan kepalanya kebelakang dengan perasaan yang bercampur baur.dalam masa yang sama,ara terbau sesuatu yang sangat busuk seperti bangkai.
"Isyyy bau apa ni.busuknyaaa!"kata ara seorang diri.Apabila Ara menoleh kebelakang,tidak ada apa-apa pon.bila Ara memandang semula kehadapan..Ara terkedu ,dan sangat terkejut kerana
di depan mata ,didepan muka nya sekarang terdapat seekor makhluk yang sangat hodoh muka nya.jika ara bergerak sedikit pon pasti hidung Ara akan bersentuh dengan muka hodoh itu.makhluk itu sedang menganga dengan mulut yang besar dan gigi makhluk itu sangat besar dan tajam ,juga terdapat air liur makhlur itu mengalir keluar dari mulut nya dengan banyak.
tiba-tiba Ara terdengar ...

ANDA SEDANG MEMBACA
HAIRA ALIYA
Short StorySynopsis Jalan kehidupan Haira Aliya (Ara) yang hidup sebagai seorang anak orang kaya ,hidupnya mewah .dia masih di bangku sekolah menengah yang pelbagai cabaran yang harus ditempuh . ---- "Kalau boleh saya nak tengok Ara membesar depan mata saya...