2 bulan kemudian ...
"Mama ! "
"Oh pocot kau pinggan terbang ! "
"AHAHHAHAHAH ! Mana pinggan terbangnya ma?"
"Ya tuhanku anak mama ni. Terkejut mama lah. Nasib je tak terbang. Haih kamu ni Ara..... " kata Datin Zarina sambil memggosok perlahan dadanya. Hampir terlepas pinggan kaca daripada tangannya ini. Geram juga Datin Zarina dengan perangai anak perempuan sorang dia ni. Suka sangat buat peranjat orang.
"Ala mama. Maaf lah. Apa breakfast kita pagi ni ma? Ara teringin nak makan sandwich tuna yang mama pernah buat dulu. Emmm yummy ! Nak....." kata Ara sambil buat muka comelnya.
"Ala sayang mama ni. Mengada ye. Mama tak buat sandwich tuna pagi ni. This morning, kita makan yang berat-berat sikit. Mama masak nasi goreng. Boleh kan kita makan nasi goreng je pagi ni? Then, mama gorengkan sikit sosej yang Ara dengan Along suka tu. Kita makan sama-sama ye sayang ... "
Hilang senyum Ara pabila mamanya hanya menghidangkan nasi goreng untuk pagi ini. Tapi, bila Datin Zarina menyebut tentang sosej kegemarannya, berubah gembira air mukanya. Sosej kegemaran dia dan Alongnya, Shah. Memang sedap tahap apa tah sosej tu. Dalam sosej tu ada cheese yang sedap. Sosej lembut je. Bila kunyah, rasa macam cheese dalam sosej tu cair dalam mulut. Huh!
"Okay ! Sayang mama !" lantang suara Ara menjawab, sambil memeluk sekejap Datin Zarina.
"Elelelele. Manja anak mama ni ! Dah tolong kemaskan meja makan tu. Mama dah nsk siap dah menggoreng nasi ni. Ara pergi siapkan pinggan, sudu, cawan .. Emm semualah. Faster-faster !" arah Datin Zarina.
"Alaaa mama ni. Baru nak manja... Emm"
"Kejap lagi ye sayang. Kite siapkan kerja ni dulu, then kita manja-manja ye.."
***
"Shah ! Kau macam mana sekarang? Okay ke ? Awek mana awek?" tegur Ikram kawan baik Shah. Pelik dia melihat Shah kebelakangan ni asyik termenung sahaja. Tak pernah dia begini."Hah? Apa?"
"Aku tanya kau, kau okay ke tak.. Aku tengok macam ada masalah je kau ni. Asal bro?"
"Eh tak de lah we. Aku okay je. Penat sikit. Belambak benda nak kena aku uruskan kat PH tu. Naik pening jugak. Yelah, papa dah turunkan PH kat aku kan. So, now im CEO bro. Hahhahah !"jawab Shah sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
"Biasalah bro. CEO ..... Memang lah. Adik kau amacam? Macam tu lagi ke ?"
"Macam tu lah ... Menjerit sana sini. Meroyan sini sana. Dah usaha kami sekeluarga hantar rawatan sana sini. Tapi sama je. Macam tak jalan. Cuma sekarang, dia dah boleh kongsi apa-apa masalah dia sikit-sikit. Tapi tu lah. Mata tu je problem sikit. Susah nak tidur malam katanya."
"Emmm... Nak aku suggestkan satu tempat tak? Bukan apa Shah. Aku kesian dekat adik kau tu. Adik kau kecik lagi we. Takut nanti lama-lama dah besar dia terjejas sebab sakit dia sekarang."
"Aku pon terfikir jugak. Takut nanti dah besar, benda sekarang ikut sampai besar. Tak kawin adik aku tu karang. Huh!" keluh Shah. Terdengar berat sekali.
"Kat mana ikram?" tambanya lagi.
"Dekat Kampung Felda Lui Timur. Dulu, makcik aku sakit macam ni lah. Aku ada ikut masa mak cik aku pergi tu. Tapi bersyarat kalau nak pergi rawatan kat sana. Kene pergi hari Khamis sahaja. Memang ramai jelah kat rumah orang tu. Dia bukak satu hari tu je sampai malam. Tengah-tengah malam pon ada orang datang. Selalunya, datang malam tu, orang yang nak buang saka je. Kau boleh lah bawak adik kau buat rawatan kat sana. Mana lah tahu jalan pulak kan ? Kita sama-sama usaha, cuba untuk kau sekeluarga dapat Ara yang dulu. Aku pon naik sedih dah tengok Ara sekarang ni. Haih.."
"Emmm boleh jugak. Lui Timur yang dari jelebu ikut jalan ke Pahang tu kan?"
Ikram hanya mengangguk.
"Pergi hari khamis bro."
"Thanks ikram. Kau je member aku sekarang ni. Kita member sampai mati tau ! Hahhhahhah "
"Ahhh ! Geli aku ! Macam budak-budak lah kau ni ! Hih !" kata Ikram sambil membuat muka jijik. Geli dia dibuatnya. Apa tak nya, Shah tu muka,badan sado. Last-last cakap macam tu. Tak geli geleman dia dibuanya ! Hah !
***
"Ara .. Buat apa tu ?" tegur Shah pada Ara yang duduk berseorangan di taman belakang rumah yang memang cantik dikemas dan dijaga. Taman tu, macam-macam bunga ada yang ditanam Datin Zarina. Walaupon Datin Zarina sibuk di butik baju nya, dia masih akan mencari masa untuk bersama dengan pokok-pokok bunganya. Memang dari kecil begitu."Tak ada. Saje duduk-duduk macam ni. Dah lama Ara tak rasa tenang macam ni. Dia punya tenang tu, sampai tengok pokok bunga mama ni pon boleh tersengeh sorang-sorang. Hehe"
"Pandai eh dia cakap. Ara, along nak cakap ni. Plus nak tanya jugak dekat Ara. Tu pon kalau Ara tak kesah. Alang-alang kita berdua je ni."
Ara angkat kening. Bermaksud 'apa?'
"Kawan Along, Abang Ikram tu. Dia cakap, ada seorang pak cik ni buka rawatan sakit macam Ara. Tapi kene pergi hari khamis je. Rumah dia dekat Lui Timur. Ara nk tak pergi? Kita berdua je. Kalau Ara nak, I will ask mama and papa. Nak ?"
"Emmm okay je. Ara tak kesah. Janji Ara dengan Along kita date ! Hahhhha !"
"Hisy ! Mengada ! So, on lah ni?"
"Yup !"
***
"Sya ! Kau rasa kan, Ara tu kenapa tak datang ek ? Dia sakit ke apa?" tanya Bella."Ntah."leka menggunakan telefonnya yang jenama Samsung ZTE itu.
"Kalau betul, dia sakit apa ek?"
"Ntah." masih leka.
"Ke dia ada masalah lain?"
"Ntah."
"Dia dah nak mati ke ? Puuffffff"
"Emmm"
"Eh kau ni kan sya ! Tak pernah nak fokus dengan apa yang aku cakap kan ?!! Apa masalah kau ni?!! Bak sini fon tu!" tengking Bella. Geram nya ! Aku punyalah banyak cakap, dia boleh ntah em em em je ?!! Bodoh !
"Hesy kau ni ! Semaklah ! Dah berambus sana !" kata Sya kemudian cuba melangkah meninggalkan Bella.
"Berani lah kau nak blah. Aku report kat Ustazah Faridah kau bawak fon kat sekolah. Nak?!!"
"Kau ni Bella !!!!!!! Biadap lah ! Cakp bangang kang, memang bangang pon ! Cakap bodoh memang bodoh pon ! Erhmghh !"
"Biadap kau Sya !" jerit Bella dan menghampiri Sya dengan pantas. Lalu Bella memukul Sya dengan kuat. Ditumbuk perut, muka dan kepala gadis 13 tahun itu.
"Bella ! Sakit !!!!" jerit Sya sekuat hari. Sakitnya teramat sangat. Rasa nak mati dah !
"Diam lah jahanam !!!!" Bella menolak Sya sekuat hatinya sehingga Sya jatuh ke lantai dan kepalanya terhantuk pada pasu bunga berdekatan situ.
Sya pengsan. Tidak sedarkan diri.
"Sya..... Sya....." terketar suara Bella menyebut nama itu. Terkejut dia melihat apa yang terjadi di depan matanya. Sya . rakan baiknya. Pengsan tidak sedarkan diri dengan kepala yang berlumuran darah.
"Takk.... Aku tak buat .... Dia yang jatuh sediri...." terketar suara nya lagi. Sungguh ! Dia takut !
"Bella !" jerit suatu suara dari arah belakangnya membuatkan dia berpaling ke belakang.
Hah mati...
YOU ARE READING
HAIRA ALIYA
Short StorySynopsis Jalan kehidupan Haira Aliya (Ara) yang hidup sebagai seorang anak orang kaya ,hidupnya mewah .dia masih di bangku sekolah menengah yang pelbagai cabaran yang harus ditempuh . ---- "Kalau boleh saya nak tengok Ara membesar depan mata saya...