Harini double update !
Jangan lupa VOTE dan COMMENT !----------------------
"Assalamualaikum." Sapa Shah dan Ustaz Hafidz hampir serentak.
"Waalaikumsalam." Jawab Tok Yeh. " Cari siapa?" Tanyanya.
"Ahhh. Kami cari Tok Elyas. Pak Cik ni Elyas ke?"
"Ye. Haaa Tok lah tu. Hah meh masuk dulu." Jemput Tok Yeh. Yelah dari tadi berdiri je. Dah lah panaih kemain ni.
Mereka pun menuju ke dalam rumah. Tok Yeh mempelawa mereka bertiga duduk. Kemudian, Tok Yeh berlalu ke dapur. Tidak lama kemudian, dia kembali membawa dulang air yang berisi beberapa buah cawan dan sebuah jag kecil.
" Sejak bila dia sakit?" Tanya Tok Yeh
Shah dan Ara berpandangan satu sama lain.
"Pelik betul. Tak cakap apa-apa lagi dah tahu Tok Elyas ni. Power teroks ni. Hehee. " Getus Shah dalam hati
Tiba-tiba kedengaran Ustaz Hafidz berdehem. Ahhh aku mengelamun lama sangat ke erk.
"Dalam 6 bulan jugak lah Tok. Macam mana Tok Elyas tahu adik saya sakit ni Tok?" Jawab Shah agak tergagap-gagap.
Tok Yeh hanya senyum. " Tak perlu lah panggil Tok Elyas. Panggil Tok Yeh je. Haaa nama glamour Tok tu. " Dihujung ayatnya terdengar tawa kecilnya.
Ara, Ustaz Hafidz dan Shah juga ketawa kecil. Sporting pulak Tok Yeh ni. Hoho.
" Kenal kan lah diri kalau ye pun. Awak ni siapa?" Kata Tok Yeh sambil menunjuk ke arah ustaz hafidz dan shah.
" Ahh lupa pulak saya. Ahhh saya Shah, yang ini Ara, Adik saya." Kata Shah sambil menunjuk ke arah Ara. " Yang ini, Ustaz Hafidz, cikgu Ara. " Sambung Shah lagi.
Ara dan Ustaz Hafidz hanya tersenyum dan mengangguk sahaja. Begitu juga Tok Yeh.
" hmm kalau macam tu, Kita mulakan lah. Ara, kedepan sikit duduk tu. Dekat sikit ke sini." Kata Tok Yeh.
Ara turuti aje.
" Ara ada rasa gangguan tu macam mana?"
" Saya rasa malam tak dapat tidur, risau je. kadang, rasa macam tak mahu keluar rumah. Saya pun dah lama sangat tak pergi sekolah." jawab Ara.
Tok Yeh angguk sahaja. Kemudian, dia diam buat seketika sambil mulutnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu.
Tok Yeh berdehem. " Ahh dekat sekolah ada apa-apa ke? Apa yang Ara nampak dekat sekolah?"
" Macam-macam. Ada satu malam tu, Ara nampak Ada seorang nenek tengah tinjau Ara dekat Asrama."
Flashback--
[ Pada pukul 8 malam di Aspuri ]
Ketika itu Ara duduk di dalam Saf di dalam musolla sambil berzikir. Ara duduk bersama-sama rakannya yang lain sementara menunggu masuk waktu solat fardhu Isya'. Ketika Ara sedang asyik berzikir, mukanya terasa ada angin meniup. Dengan pantas Ara berpaling ke kiri memandangkan dia duduk di bahagian tepi dinding.
Setelah dia membuka matanya semula, Ara ternampak seorang budak lelaki yang sedang merenung tajam ke arahnya. Budak lelaki itu hanya memakai baju T-shirt kosong berwarna putih dan seluar pendek paras lutut berwarna hijau gelap.
Ara hanya pandang budak lelaki itu dengan pandangan kosong.
" HAAAAAACHUUMMMMMM !" Shah terbersin hohoiii !
Semua orang pandang Shah dengan pandangan pelik.
" Hehe. Maaf maaf. Sambung lahhh hehe." Pinta Shah sambil tersengeh.
okey back to the flashback hoho
Ketika Ara sedang lena tidur, Ara bermimpi. Ada seorang nenek dan Seorang budak lelaki sedang bergurau senda. Keadaan mereka sangat mesra. Tiba-tiba budak lelaki tersebut melarikan diri daripada nenek itu. Nenek itu mengikuti langkah Budak lelaki itu.
Mereka berdua berjalan menuju ke arah satu tempat. Keadaan tempat itu seperti Ara pernah lihat.
" ehh macam pernah nampak je tempat ni." Getus hati kecil Ara.
"Nek. Mari kita main sorok-sorok." ajak budak lelaki itu.
Nenek tua itu mengangguk sambil tersenyum mesra.
Kemudian, budak lelaki itu terus berlari meninggalkan neneknya di bawah pokok yang rendang. Nenek itu mula mengira." Satu........... Dua........... Tiga ......... Empat......" nenek itu mengira buat seketika.
"Sembilan ..... Sepuluh...." selesai mengira, nenek itu berpaling ke belakang memandang ke arah jalan raya yang kecil. Budak lelaki tersebut bersembunyi di sebalik pokok di seberang jalan sana.
Nenek tersenyum. Dia menuju ke arah jalan raya. Dia berdiri di pinggir jalan itu.
"Cu.. Nenek dah dapat cucu." kata nenek sambil tersenyum.
Tidak lama kemudian, budak lelaki itu keluar dari tempat penyembunyiannya dan menuju ke arah nenek kesayangannya.Apabila dia cuba melintas jalan...
Tidak lama kemudian, muncul sebuah kereta Proton Saga berwarna merah menuju ke arah mereka berdua dan melanggar budak lelaki tersebut. Kereta Proton itu terus meninggalkan Budak lelaki itu yang sedang terkulai lemah di atas jalan raya yang dibanjiri darah merah dari tubuh kecil budak lelaki itu.
Nenek tua itu terus mendapatkan jasad yang terbaring di atas jalan raya itu.
"Cu.. Tahan sedikit. Nenek panggilkan orang datang tolong." kata nenek tua itu dengan air mata yabg tidak berhenti-henti keluar dari tubir matanya.
Budak lelaki itu cuba menggapai tangannya mendapatkan wajah tua di hadapan matanya itu.
Dia menggeleng. Lalu dia pun melepaskan nafasnya yang terakhir.Nenek tua itu berasa tidak enak di bahagian dadanyam seperti sesak nafas. Dia tidak mampu untuk duduk memangku cucunya. Dia terbaring lemah dan...
"Allahhhh..."
Dia melepaskan nafas terakhirnya...
Tidak lama selepas itu, Ara tersedar dengan mimpi ngeri dan menyedihkan itu dan dia merasakan ada sesuatu cuba menolak badannya dari arah belakang. Dia memandang sekeliling dalam dorm itu.
"Huh semua dah tidur." getus hati kecilnya.
Dia memandang sekeliling dan matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang berdiri dan cuba meninjaunya di sebelah locker bahagian hujung dorm 5 yang didudukinya. Agak jauh darinya.
"Siapa tu?" getus Ara.
Dia perhati tubuh tersebut.
"Hmm macam nenek tua. Rambut dia, serabut dan panjang. Mukanyaaa,, tak nampak. Gelap. Bongkok. What? Nenek bongkok tiga ke nii ?!!" cakap Ara sendiri di dalam hatinya.Ara cepat-cepat cuba tidur kembali. Dia mengambil masa yang lama untuk melelapkan matanya. Sungguh ! Dia takut sekarang !
TBC--
YOU ARE READING
HAIRA ALIYA
Storie breviSynopsis Jalan kehidupan Haira Aliya (Ara) yang hidup sebagai seorang anak orang kaya ,hidupnya mewah .dia masih di bangku sekolah menengah yang pelbagai cabaran yang harus ditempuh . ---- "Kalau boleh saya nak tengok Ara membesar depan mata saya...