"Abang dah call sekolah Ara ?"
"Dah.mereka kata tunggu kesihatan Ara pulih.lepas Ara sihat ,Ara boleh masuk sekolah balik.Abang ikut permintaan Ara untuk rahsiakan tentang ni.Abang pon dah pesan dekat pihak sekolah untuk rahsiakan kes Ara ni .Hanya jawatan teratas je yang tahu di sekolah,kaunseler dan Guru disiplin sekolah.mereka kata ,kalau nak gunakan perkhidmatan bantuan guru disiplin sekolah,boleh .tapi terpulang dekat Ara nak ke tak.ni saya tengok nak pergi berubat dekat pakcik sendiri pon dia tolak.apa lah lagi pihak sekolah punya bantuan.Awak pujuk lah anak kita tu nanti ye..."panjang lebar Datuk Izzudin menerangkannya.
Datin Zarina hanya mengangguk dan akan cuba memujuk satu-satunya anak perempuan yang mereka ada.
"Betullah kata pepatah Na , " lebih mudah menjaga lembu sekandang ,dari menjaga anak perempuan seorang " ."sambung Datuk Izzudin lagi.
"Ehh abang ni.dah tak larat dah ke ?"
"Abang bukannya tak larat.cuma kesal sikit sebab kita mungkin tak jaga anak kita dengan sempurna.abang sibuk dengan PH tu.awak sibuk dengan butik.Shah sibuk nak uruskan PH bersama dengan abang.Abang rasa Ara perlukan perhatian yang cukup selama keadaan dia macam ni.dan abang rasa abang tak kenal anak kita secukupnya."kata Datuk Izzudin
Datin Zarina hanya membisu.
"Abang tak tahu yang anak kita ni hatinya keras.Ara tu sangat degil rupanya.tapi dia ikut aje arahan dan kehendak kita walaupon dia tak suka.Abang tahu yang Ara ada hak untuk pilih hala tuju hidup dia sendiri ,tapi bila dia memilih untuk ke SMADHM tu ,abang bantah,abang halang.sampaikan abang cabar dia untuk masuk ke asrama bukannya menumpang dekat rumah orang.Ara juga ada bakat menyanyi ,tapi abang halang dia untuk tunjukkan bakat dia dekat semua orang.sepatutnya ,abang support dia untuk kembangkan lagi bakat dia.tapi abang paksa Ara buang bakat menyanyi dalam diri dia dan pupuk bakat business .abang kesal Na.bila Ara dah jadi macam ni ,baru abang sedar ,betapa pentingnya dia dalam hidup abang ."dia tidak dapat menahan air di kolam matanya ,lalu tumpah membasahi pipi tuanya.
"Kita sama-sama doakan kesihatan dan kesejahteraan Ara ye bang ..abang jangan lah fikir bukan-bukan.Ara baik-baik aje.dia tak pernah terasa dengan abang.dia pernah cakap dekat Na,yang dia ikut apa yang abang cakap tu sebab dia tahu apa ketentuan dan suruhan parents,adalah yang terbaik untuk diri nya di dunia dan akhirat."kata Datin Zarina memujuk.
"Ma .. Pa .. Apa sedih-sedih ni ?"kata Shah yang tiba-tiba muncul di ruang tamu utama rumah agam itu.
"No.nothing sayang.lambat balik harini ? Along out station ke harini ?"
"Ehh tak lah.along lambat harini sebab ada meeting lembaga pengarah PH tadi.lagipon nak uruskan cuti one week yang along ambil.tu lambat sikit tu.Im sorry if Along buat mama and papa risau."kata Shah
"No lah sayang .it okay .pergilah naik bilik ,bersihkan diri.Ara dalam bilik dia ."
"Ara dah makan ma ?"
"Not yet.dia tak nak keluar bilik.mama tengok dia okay je dalam bilik tu .she us your laptop present haritu.dari tadi lagi.mama pon tak tahu dia buat apa.dia tak nak makan dari tengah hari tadi.ni dah malam dah ni."
"Ermm takpe lah ma... Biar along tengok dia .Along naik dulu eh .."kata Shah meminta diri .
"Okay sayang."kata Datin Zarina.
"Yang tu sorang lagi.Shah lebih suka dalam bidang medical ,tapi abang halang dia .abang suruh dia conduct PH dan tinggalkan medical."kata Datuk Izzudin tiba-tiba.
"Dah lah abang . tak apa lah tu .budak -budak ni tak terasa pon lah dengan abang. Dah .. Dah .. nah minum."kata Datin Zarina seraya menghulurkan secawan kopi panas pada Datuk Izzudin.Datuk Izzudin hanya tersenyum sedikit dan menyambut huluran itu.
YOU ARE READING
HAIRA ALIYA
Short StorySynopsis Jalan kehidupan Haira Aliya (Ara) yang hidup sebagai seorang anak orang kaya ,hidupnya mewah .dia masih di bangku sekolah menengah yang pelbagai cabaran yang harus ditempuh . ---- "Kalau boleh saya nak tengok Ara membesar depan mata saya...