MUKA SURAT SEPULUH

152 5 0
                                    

BHAMMM !!!

sekali lagi bunyi itu berulang.kali ini makin kuat.

"Along .. Apa tu ?" tanya Ara takut.

Shah hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Along tengok kejap "kata Shah

Seraya itu Shah bangun dari duduknya.perlahan-lahan Shah menghampiri pintu tandas itu lalu dia memegang tombol pintu perlahan-lahan.sebelum tombol pintu itu dipulas,sempat Shah memandang ke arah Ara menunjukkan dia bersedia untuk membuka pintu itu.

Tombol pintu itu dipulas ...

Terkejut Shah apabila ternampak seorang perempuan yang tergantung di syiling tandas itu dengan di lehernya terikat seutas tali yang tebal.mukanya hodoh berdarah.rambutnya panjang serabut.bajunya kotor dengan darah dan baunya busuk.

seraya itu Shah mengeluarkan kata "Ara !Ara tunggu sini.Along panggil bantuan ."Seraya itu Shah berlari keluar untuk memanggil bantuan.

*Ara p.o.v*

"Apa bau busuk ni ?cepatlah Along.Apa kat Dalam toilet tu ?" takut Ara dibuatnya Apabila teringat wajah Shah yang takut dan gelabah tadi.

"Apa tu ?"kata Ara selepas ternampak sesuatu yang keluar daripada tandas dengan merangkak.sebiji dengan apa yang Shah nampak tadi.ketika makhluk itu sedang merangkak ,Ara ternampak ada seutas tali yang tebal terikat di leher maklukh itu.

"Along !!!! Arghhhh !!"jerit Ara sekuat hati kerana makhluk itu sedang merangkak menghampirinya.makin lama,makin hampir.

"Arghhh !! Tolong !! Doktor !!"jerit Ara lagi.

Makhluk itu berada di sebelah katil Ara sekarang.Ara hanya memerhati sambil menjerit sekuat hati.Ara menjerit sekuat hati ,tapi tiada seorang pon datang untuk membantunya."hospital ni tak ada orang ke apa ?" kata Ara dalam hati.

"Ya Allah ! Tolong Aku !!"

"Baru ingat tu ke ?"kata makhluk itu kasar di telinga Ara.di hujung katanya ,terdapat tawa yang kedengaran sinis.

Terpempan Ara dibuatnya apabila makhluk itu bersuara tiba-tiba.Ara memejam matanya.tak mampu bergerak .makhluk itu sudah memanjat katil yang diduduki Ara .

"Allah .... Allah .... Allah .... Allah .... Allah .... "Tidak putus Ara menyebut nama suci itu di dalam hatinya.

"Hoi !!"jerit makhluk itu di telinga Ara.

Disebabkan Ara terkejut ,membuatkan mata Ara yang tertutup tadi terbuka seluasnya.terkejut Ara kerana didepan matanya sekarang dia hanya nampak wajah buruk dan jijik makhluk itu.sangat hampir dengan muka dan dirinya.makhluk itu memandang Ara dengan pandangan yang sangat tajam.seakan marah.

"Arghhh !!"jerit Ara sebelum tubuhnya terkulai lemah tidak sedarkan diri.

Ara pengsan ....

HAIRA ALIYAWhere stories live. Discover now