Jam berganti jam, hari berganti hari, akhirnya tiba juga hari Rabu dimana telah tiba untuk Balong meninggalkan keluarga kesayangan dan pulang ke KL.
"Balong pergi dulu tau. Doakan perjalanan Balong selamat pergi dan pulang. Awa, cuti sem ni jangan nak layan drama korea je." sempat Haziq mengusik adiknya yang beza 6 tahun lebih muda daripadanya.
"Hmm. Balong pun, jangan lupa tau." jawab Mawar.
"Lupa apa?" soal Haziq pelik. Sejak bila dia ada buat perjanjian dengan Mawar? Seingatnya, segala janji dia pada adiknya telah ditunaikan seperti janjinya untuk membelikan adiknya itu sebuah laptop baharu sekiranya dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang sewaktu belajar di kolej matrikulasi dulu.
"Jangan lupa bawa balik calon kakak ipar untuk Awa dan Banchik!" usik Mawar.
"Eh budak ni. Awa ingat jadi pilot ni macam dalam drama melayu tu ke? Pakai baju uniform, tarik beg bagasi, jalan-jalan dekat lobi-- ehh terjumpa jodoh!?" jawab Haziq cuba menangkis usikan Mawar itu.
"Hahaha!" tergelak Mawar mendengar bebelan Balongnya itu. Siapa sangka, lelaki pun pandai membebel.
"Balong kalau kahwin lambat pun tak apa. Sebab Balong ni lelaki. No hal kahwin lambat. Awa tu yang kena kahwin awal sebab Awa perempuan, maruah kena jaga elok-elok." nasihat Haziq sambil tangannya mengusap-usap kepala Mawar.
Belum sempat Mawar membidas kata-kata Haziq, Haziq menyambung lagi ayatnya.
"Ha! Balong ada idea. Balong janji Balong akan kahwin tapi Awa kena kahwin dulu lah, baru tenang hati Balong nak dirikan rumahtangga. Amacam?" sambung Haziq menyakat adiknya itu.
"Ibu! Ayah! Tengok Balong ni. Mana aci!" adu Mawar kepada ibu dan ayahnya.
"Hmm. Bagus juga idea kamu tu Balong, ibu setuju." jawab Puan Fatimah, menyokong kata-kata Haziq.
"Ayah pun setuju." Pakcik Rahman pun menyuarakan sokongannya.
"Ish..." cebik Mawar. Dia berasa kesal kerana tiada seorang pun cuba untuk back-up dia. Dalam diam, dia mengerlingkan matanya ke arah Aniq.
'Erk!' Mawar cepat-cepat menundukkan pandangan. Dia tidak menyangka yang Aniq juga sedang memerhatikannya. Mawar tidak sedar bahawa kelakuannya itu diperhatikan oleh ahli keluarganya yang lain.
"Amboi, apa ni pandang-pandang anak teruna orang. Dah tak sabar nak kahwin? Kot iye pun, takkan kawan Balong ni pun Awa nak sambar? Mentang-mentanglah Aniq ni handsome macam artis korea. Kalau tak handsome, mesti tak usya kan? Sudahlah bakal jiran sebelah rumah. Tak berkembang betul Awa ni. Kembangkan badan je tahu." usik Haziq. Seronok dia melihat muka adiknya kemerahan menahan malu dan marah. Dia tahu, jika ada ayah dan ibu, pasti Mawar tidak berani meninggikan suara kepadanya. Maka, makin menjadi-jadilah perangai Haziq seronok mengusik adiknya.
"Balong..." panggil Mawar dengan suara yang kecil umpama bercakap dengan semut. Geramnya Mawar dengan Haziq hanya tuhan sahaja yang tahu. Membuak-buak rasa amarah dalam diri Mawar tapi dia berjaya kawal perasaan itu. Dia tidak mahu bersifat kurang ajar terhadap abangnya terutama di hadapan ibu dan ayah. Dia tahu abangnya itu hanya bergurau tapi gurauan abangnya itu tidak kena pada tempatnya. Jika hanya mereka sahaja yang berada di sini, tidak mengapa. Akan tetapi, ada 'orang luar' iaitu Aniq. Dia malu namanya sering dikaitkan dengan Aniq.
"Balong, sudah-sudahlah tu mengusik Awa. Kesian ibu tengok. Merah dah muka dia. Aniq, jangan ambil hati ya. Mereka berdua ni memang suka bergurau." jelas Puan Fatimah kepada Aniq.
"Eh, taklah. Saya tidak ambil hati pun. Sebaliknya, saya rasa seronok melihat kemesraan mereka. Haziq sangat bertuah ada adik-adik. Yalah, saya kan anak tunggal." kata Aniq sambil tersenyum melihat telatah dua beradik itu.
"Ok lah semua. Haziq pergi dulu ya. Aniq, kau tolong tengok-tengokkan keluarga aku ni ya." kata Haziq kepada kawan baiknya itu. Tahap kepercayaan Haziq terhadap Aniq sama seperti kepercayaannya terhadap ahli keluarganya. Dia sudah menganggap Aniq ini seperti darah dagingnya. Perkenalan Haziq dan Aniq sewaktu belajar di universiti sebagai rakan sebilik mengeratkan lagi hubungan mereka. They have such a good rapport.
Pernah rakan-rakan mereka di universiti menganggap bahawa Haziq dan Aniq ini gay disebabkan mereka tidak pernah berenggang seperti belangkas, sering bersama ke mana-mana sahaja mereka pergi. Kenyataan ini semakin kukuh apabila Haziq dan Aniq menolak lamaran gadis-gadis yang ingin berkenalan dengan mereka. Padahal, mereka hanya mahu memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada pelajaran. Malas hendak melayan perempuan yang tergedik-gedik mahu berkenalan dengan mereka. Lagipun, wanita-wanita itu hanya memandang kepada rupa sahaja. Orang kacak memang ramai peminat. Tambahan pula, mereka tahu Aniq ini cucu orang kaya. Memang ramailah yang gilakan Aniq. Dasar pisau cukur!
"InshaAllah. Keluarga kau, keluarga aku juga, bro." janji Aniq.
Pakcik Rahman dan Puan Fatimah tersenyum mendengar kata-kata Aniq. Mereka bersyukur kerana Haziq tidak salah memilih kawan. Aniq seorang yang menghormati orang tua dan tidak sombong walaupun dia merupakan orang berada. Terkenangkan yang Aniq sudah tidak mempunyai kedua orang tua sejak kecil, Pakcik Rahman berkata, "Aniq, mulai sekarang Aniq ialah anak pakcik dan makcik juga. Kalau ada apa-apa masalah, jangan pernah rasa segan hendak meminta pertolongan daripada kami."
"Betul tu, kalau Aniq tak rasa keberatan, Aniq boleh panggil kami ayah dan ibu macam mana Haziq dan Mawar panggil kami." kata Puan Fatimah kepada Aniq yang sudah dia anggap sebagai anaknya sendiri.
Aniq terkedu seketika. Sudah lama dia tidak mendapatkan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Walaupun umurnya kini sudah menginjak 27 tahun, namun dia masih dahagakan kasih sayang mereka yang bergelar 'ibu bapa'. Sejak mama dan papanya meninggal dunia akibat kemalangan maut di atas sebuah jalan raya sewaktu hendak ke tempat kerja, dia telah dijaga dan dibesarkan oleh datuknya, Tan Sri Omar Abdullah. Datuknya sangat menyayangi Aniq. Bak kata pepatah, bagai menatang minyak yang penuh. Namun, besar mana pun kasih datuknya itu, tetap tidak sama seperti kasihnya seorang ibu dan bapa terhadap anaknya. Akan tetapi, kehilangan kedua orang tuanya itu menjadikan Aniq lebih matang daripada rakan seusianya.
"Aniq? Aniq tidak setuju ke?"
Suara Pakcik Rahman memecahkan lamunan Aniq.
"Eh, tak. Aniq setuju. Aniq..Aniq rasa terharu sebab pakcik dan makcik sanggup menerima Aniq." jawab Aniq tergagap-gagap. Dia tidak pasti sama ada ini realiti ataupun mimpi. Dia hampir mengalirkan air mata tetapi ditahan agar tidak menitis. Malulah, lelaki menangis! Sudahlah ada Mawar yang sedang memerhatikannya.
"Kalau setuju kenapa masih panggil pakcik dan makcik lagi?" tegur Puan Fatimah.
"Emm..te-ter-terima kasih, ibu, ayah." merah muka Aniq menahan sebak di dada. Pakcik Rahman terus mendakap anak muda di hadapannya ini.
Haziq yang berada di dalam kereta, tersenyum melihat ayah dan kawan baiknya itu. Dia berasa gembira melihat orang-orang yang disayanginya turut bahagia. Puan Fatimah pula sedang mengesat air matanya yang sudah lama mengalir di pipi.
Manakala Mawar : 'Alamak, nak buat cerita hindustan pula diorang ni. Nasib baik aku tidak disuruh menjadi penari latar.'
'Eh sekejap. Maksudnya aku ada abang baru lah ni? Noooo! Why him?'
Itulah Mawar, semakin kita mahu lari dari masalah, semakin kita didekatinya. Orang tua-tua pernah berkata, kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana!
Eh tiberrr.
YOU ARE READING
Jiran Sebelah Rumah ✔
Любовные романы"Mawar! Mawar!" -Aniq Fareez "Kau nak apa? Sibuk panggil aku! Aku tengah jemur kain ni, jangan kacau boleh tak? Kalau tak, kau yang aku jemur nanti!" -Mawar Syahfarani "Aku nak kau---" -Aniq "What?! Aku tak nak kau lah!" -Mawar "Perasan gila kau ni...