Bab 12 : Move on

1.5K 101 2
                                    

Mawar berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Banchik sudah pulang ke kampusnya kerana cuti sem sudah habis. Pakcik Rahman dan Puan Fatimah pula pergi ke pasar kerana barang dapur sudah habis.

"Ahhhhhhhhhhhh!!! Sunyinya! Bosannya!" jerit Mawar sambil menghempaskan badannya ke sofa yang empuk. Kemudian dia mencapai remote control yang berada di atas meja kopi. Dia menekan punat remote control itu untuk menghidupkan televisyen. Moga-moga ada siaran menarik pagi ni.

"Malaysia Hari Esok (MHE)? Hmm layanlah." kata Mawar.

Dia bangun dan pergi ke dapur. Dia kemudian mencapai sebungkus potato chips yang berada di atas almari. Potato chips itu sebenarnya milik Banchik, tapi Mawar mengambilnya dengan alasan pelajar tak boleh selalu makan junk food. Tak elok! Dan seperti biasa, Banchik hanya mampu mengalah, apa sahaja untuk Mawar.

"Kita bersama dengan tetamu istimewa kita, pengasas OA Conglomerate, salah satu syarikat yang bukan sahaja terkemuka di Malaysia tetapi juga di luar negara. Apa khabar Tan Sri?"

"Alhamdulillah, sihat. Biasalah sihat orang tua." balas tetamu itu.

"Saya dengar Tan Sri sudah bersara dari menjadi CEO? Mengapa?" soal pengacara itu.

"Ya, saya sudah tidak mahu menyibukkan diri dengan bekerja. Lagipun, saya sudah tua. Badan ini tidak mampu lagi nak menanggung tekanan bekerja. Elok sahajalah saya serahkan tugas ini pada orang lain yang lebih layak." jelas tetamu itu.

"Siapakah gerangan orang tersebut? Boleh Tan Sri kongsikan bersama kami dan para penonton?" soal pengacara itu cuba mengorek rahsia tetamu itu.

"Of course, my precious grandson, Aniq Fareez." kata Tan Sri Omar Abdullah.

Kamera terus menangkapkan susuk tubuh pemuda yang duduk di sebelah tetamu itu. Terpampang jelas wajah kacak lelaki itu.

"Pffttttt!!"

Tersembur air jus oren yang diminum Mawar. Mahu tidak terkejut, lelaki yang berada di dalam televisyen itu ialah tak lain dan tak bukan, Aniq Fareez! Lelaki yang sudah lama dia cari selama 3 tahun. 3 tahun! Sedikit clue pun dia tidak jumpa. Puas Mawar mencari di setiap laman sosial yang wujud, tapi satu pun tidak ada. Mawar cuba juga menelefon abangnya, Balong untuk meminta nombor telefon Aniq tapi apa yang Mawar dapat ialah, "Nombor yang anda dail tidak ada dalam perkhidmatan..". Aniq sudah tidak menggunakan nombor telefon itu. Dan Aniq tidak pernah menceritakan kepadanya tentang pekerjaannya. Bila Mawar tanya ibu dan ayahnya, mereka pun tidak tahu nama syarikat Aniq.

"Aniq Fareez. CEO yang kacak bergaya. Of course, you must have a fiancee already right?" gurau pengacara itu.

Hati Mawar seakan-akan terhenti mendengar soalan pengacara itu. Mawar menguatkan volume televisyen itu untuk mendengar jawapan Aniq. Mawar berdoa semoga Aniq masih single and available. Sumpah, dia tak boleh move on!

"Yes." jawab Aniq yakin.

Zapppppp!

Berkecai hati Mawar mendengar jawapan Aniq.

Dia dah ada tunang? Like seriously. Siapa? Orang London? Atau.. orang Malaysia? Mestilah tunang dia duduk Malaysia, sebab tu dia balik sini kan!

"Oh, jadi sebab itu ke OA conglomerate memindahkan centre ke Malaysia dari London?" kata pengacara itu.

"You can say that is one of the reason why.. but of course, because we miss Malaysia. Saya dah lama sangat duduk di London. Saya rindu suasana di Malaysia." kata Tan Sri Omar Abdullah.

"Pasti Tan Sri merindui suasana hari raya di sini." kata pengacara itu.

"Semestinya. Dan saya merindukan suasana perkahwinan orang melayu di sini." kata Tan Sri lagi.

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now