"Dah sampai." kata Aniq kepada Mawar di dalam kereta berjenama Honda Civic miliknya. Mawar tidak bercakap langsung dengan Aniq sepanjang perjalanan mereka ke tanjung. Walaupun Aniq cuba memecahkan suasana sepi sewaktu di dalam kereta dengan bertanya bermacam-macam soalan kepada Mawar, Mawar tetap diam membisu. Biarlah orang mahu kata dia sombong, dia tidak kisah! Mawar malas mahu bercakap dengan Aniq. Dia ini memang tidak faham ke yang aku tak mahu dia ikut aku jogging? Atau sengaja buat-buat tidak faham?
"Keluarlah." kata Aniq.
"Menghalau nampak?" jawab Mawar.
"Eh? Awak tak nak jog ke? Nak duduk dating berdua dalam kereta? Abang ok je!" balas Aniq sambil mengenyetkan mata kanannya.
Mendengarkan usikan Aniq, terus Mawar membuka pintu untuk keluar dari kereta itu. Panas! Panas duduk dalam kereta ni lama-lama! Panas betul hatinya dengan Aniq. Suka mengusik dia.
"Eh, kejap!" panggil Aniq.
Mawar tidak mempedulikan Aniq. Dia tidak mahu mendengar apa-apa daripada mulut Aniq. Terus Mawar melangkah keluar dari kereta tapi pergerakannya terhenti sebab... dia tidak boleh keluar!
"Mawar, Mawar..Awak ni gelojoh sangat kenapa? Kan dah tersangkut. Kot ye pun nak lari daripada saya, bukalah seat belt tu dulu." tegur Aniq dengan perbuatan Mawar. Dia sebenarnya mahu ketawa tetapi dia menahan dirinya daripada menggelakkan Mawar. Dia tidak mahu rajuk Mawar semakin menjadi-jadi.
Muka Mawar terus bertukar merah menahan malu.
'Kenapa eh setiap kali dia ada, aku mesti buat benda yang memalukan?' bisik hati Mawar. Cepat-cepat Mawar membuka seat belt kereta yang telah memalukan dirinya. Eh, salahkan seat belt pulak?
Seat belt : 'Its not my fault, hooman!'
Melihat Mawar yang sudah keluar daripada kereta dan mula memanaskan badan dengan membuat regangan, pantas Aniq keluar dan join Mawar. Dia tidak mahu ditinggalkan Mawar. Entah kenapa dia berasa selesa dan seronok berkawan dengan Mawar walaupun Mawar tidak melayannya.
***
"Mawar, awak masih marahkan saya lagi ke?" tanya Aniq kepada Mawar yang sedang membuat cool down setelah jogging sebanyak tiga pusingan iaitu lebih kurang sebanyak 2 km.
"Kenapa saya nak marah pulak? Awak ada buat salah ke?" jawab Mawar acuh tidak acuh.
"Ok, saya minta maaf kalau awak tak suka saya ikut awak jog." kata Aniq cuba meraih kemaafan daripada Mawar. Dia tidak sangka adik kawan baiknya ini seorang yang keras kepala. Merajuk, kalah anak kucing!
Mawar hanya mendiamkan diri. Sebenarnya, Mawar sudah tidak marahkan Aniq. Mawar ni bukanlah sejenis manusia yang suka marah lama-lama. Dan dia tidak bencikan Aniq pun. Dia cuma tidak mahu bercakap dengan Aniq atas sebab Aniq suka mengusiknya dengan cara membuat pickup line yang mencairkan hati Mawar. Mana boleh tahan, sudahlah rupa Aniq ni seiras wajah artis korea kegilaannya, Ji Chang Wook!
Aniq berasa sedikit terkilan apabila Mawar tidak membalas walau sepatah perkataan pun. Air muka Aniq jelas menunjukkan kekecewaan pada wajahnya. Mawar, menyedari perubahan riak wajah Aniq itu terus rasa bersalah. Hati Mawar ni lembut sebenarnya walaupun percakapannya kadang kala sedikit kasar. Mawar membuka mulut memulakan bicara untuk menjernihkan keadaan. Akan tetapi, lidahnya kelu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak memujuk Aniq. Aduh..pening! Ini kali pertama Mawar ingin memujuk makhluk yang bernama lelaki. Mawar sendiri tidak pernah memujuk Balong dan Banchik sekiranya mereka berperang mulut. Menurut Mawar, dia kan perempuan so lelakilah yang kena pujuk! Mawar mula memerah otaknya bagi mencari idea bagaimana hendak memujuk hati kaum Adam.
'Ada yang aku Google jugak ni kang..' fikir Mawar.
Dia tidak mahulah hubungan mereka tegang. Sudahlah mereka ini duduk berjiran. Pasti keluarganya berasa kecewa sekiranya dia tidak melayan Aniq dengan baik. Kadang Mawar berasa musykil, sebenarnya di antara Mawar dan Aniq, siapa anak kandung dan siapa jiran? Hal ini kerana ibu dan ayah Mawar terlampau mengambil berat akan makan pakai Aniq. Padahal, Aniq ini sudah tua bangka! Bukannya anak kecil yang hanya tahu ABC sahaja.
'Bercakap pasal ABC...ha! Aku ada idea!' jerit Mawar di dalam hati.
"Ermm..Aniq! Kalau betul awak nak saya maafkan awak... awak kena.." panggil Mawar.
"Ya?" jawab Aniq dengan penuh debaran. Risau dia menanti kata-kata yang bakal keluar daripada mulut Mawar. Perasaannya sekarang ini seperti orang yang sedang menanti hukuman mandatori! Takut ya amat! Janganlah tiba-tiba disuruh agar menjauhi Mawar. Dia lebih rela dimarahi oleh Mawar daripada disuruh meninggalkannya.
"Awak kena belanja saya ABC!" kata Mawar sambil tersenyum nakal. Nak aku maafkan kau kan.. ha apalagi, kenalah pujuk dengan makanan! Eh sekejap.. bukan aku ke yang kena pujuk dia? Eh lantaklah yang penting perut kenyang, barulah hati senang!
"Bukan setakat ABC, kalau awak nak buka kedai ABC pun saya sanggup bagi modal!" kata Aniq tersenyum riang sambil mengangkat tangan kanannya ala-ala membaca ikrar gituu.
'Alahai..comelnya!' detik hati Mawar. Ish, apani! Jangan berangan Mawar. Ini jiran kau, kawan abang kau, anak angkat ibu dan ayah, cucu orang kaya pula tu! Takkan lah kau nak bercinta dengan dia. Dia pun anggap kau macam adik sendiri. Sedarlah diri Mawar oii.
"Tapi Mawar..kita makan ABC petang-petang boleh? Sebab pagi-pagi kan sejuk sikit jadi macam tak sesuai makan ABC. Petang kan panas, baru 'syiok' makan!" kata Aniq bersungguh-sungguh. Sebenarnya, dia tidak kisah pun jika Mawar hendak makan sekarang. Tapi, dia sengaja membuat trick agar dapat keluar lagi bersama Mawar pada petang nanti. Harap-harap Mawar tidak dapat menangkap apa yang sedang bermain-main di benak fikirannya.
Aniq memang bertuah kerana Mawar seorang yang sedikit naif.
"Hmm.. betul jugak tu. Ok! Kita pergi petang ni selepas solat Asar." kata Mawar sambil mengangguk setuju.
"Oh ya!" jerit Mawar.
"Kenapa?" soal Aniq. Aduh..kenapa pula ni? Janganlah dia nak batalkan 'date' ni.
"Tapi awak kena cakap dengan ibu dan ayah. Cakap awak yang ajak eh. Jangan libatkan saya! Saya tak tahu menahu." terang Mawar. Dia bukan risaukan ibu dan ayah melarang kerana dia pasti mereka membenarkan dia keluar dengan Aniq. Cuma.. dia tidak mahu.. dia tidak mahu.. err.. mereka tahu perasaan sebenar dia terhadap Aniq. Ya, Mawar sudah mula menyayangi Aniq. Tapi, Mawar tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.
(Kalaulah Mawar tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan... maka novel ini akan terhenti di sini sahaja. Tapi sebab penulis berasa sedikit rajin, maka penulis teruskan menyambung cerita ini.)
"Oh. Itu je. Saya ingatkan kenapalah tadi. Ok, tidak ada masalah! Yang penting, awak tak cancel date kita ni." jawab Aniq selamba.
"D-D-Date?!" jerit Mawar. Mukanya terus bertukar kemerah-merahan. Malu dia dibuatnya. Sebab inilah dia tidak mahu bercakap dengan Aniq! Habis sahaja membuat cool down, Mawar cepat-cepat berjalan ke arah kereta. Mawar lupa yang kunci kereta berada di tangan Aniq. Aniq sengaja berjalan lambat dan tidak menekan punat kunci kereta itu. Boleh sahaja ditekan dari jauh kerana ada sensor.
Mawar berdiri di tepi pintu kereta menunggu Aniq yang sengaja berjalan lambat. Tiba-tiba, ada satu suara memanggil namanya dari jauh.
"Mawar!" seorang lelaki berambut panjang tetapi diikat secara ponytail berlari-lari anak menuju ke arah Mawar. Nampak gaya macam orang seni.
"Mawar kan?" tanya lelaki ponytail itu untuk memastikan bahawa dia tidak tersilap orang.
"Awak siapa eh?" soal Mawar kembali tanpa mengiyakan pertanyaan lelaki itu kerana dia tidak mengenalinya. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya semua orang. Kadang, muka sahaja nampak baik tapi perangai nauzubillah! Bukan hendak bersangka buruk tetapi tidak salah sekiranya mahu berhati-hati, kan? Kerana bukan semua orang baik macam yang kita sangkakan!
"Saya Nizam. Anak Cikgu Ashaari masa sekolah menengah dulu. Takkan awak sudah tidak ingat? Sampai hati awak lupakan saya. Saya tak pernah lupakan awak, Mawar. Tidak pernah sama sekali." kata Nizam dengan nada yang sayu.
"What?!" jerit Mawar.
YOU ARE READING
Jiran Sebelah Rumah ✔
Romansa"Mawar! Mawar!" -Aniq Fareez "Kau nak apa? Sibuk panggil aku! Aku tengah jemur kain ni, jangan kacau boleh tak? Kalau tak, kau yang aku jemur nanti!" -Mawar Syahfarani "Aku nak kau---" -Aniq "What?! Aku tak nak kau lah!" -Mawar "Perasan gila kau ni...