Sudah sebulan berlalu sejak kejadian aku bertemu dengan Nizam. Akhirnya, aku tidak menghubungi Nizam kerana nombor telefon itu sudah pun dihilangkan Aniq. Katanya kertas itu tercicir. Bercakap tentang Aniq, sudah dekat seminggu juga aku tidak melihat bayang-bayang Aniq. Ayah kata Aniq sudah mula sibuk dengan syarikatnya. Sibuk sangat sampai tak ada masa nak kacau aku.
Eh? Rindu ke Mawar..?
Tak! Tak! Tak ada maknanya aku nak rindu dia. Sebelah rumah je pun. Lagipun aku bukannya ada hubungan istimewa dengan dia. Tapi...
"Aniq Fareez, bakal suami Mawar."
Kyaaaaaaaaaa. Ya Allah, Mawar! Jangan berangan! Kau tahu kan dia bergurau je. Dia kan suka mengusik kau. Jadi perempuan jangan cepat perasan, Awa. Bawa bertenang. Tarik nafas, lepas.
"Fuhh!"
Ok. Stop fikir pasal Aniq. Jangan angau sangat. Mari kita fokus..
"Eh? Apa yang bau hangit ni? MasyaAllah! Awaaa! Habis rentung pisang goreng tu dibuatnyaaaa!"
"Eh? Ah? Ibu!"
"Apa eh ah eh ah? Apa tercegat lagi tu! Angkat cepat pisang tu!"
***
"Siapa nak makan pisang rentung tu?" soal Puan Fatimah kepada anak perempuannya yang seorang ini sambil tangannya mengibas-ngibas baju yang hendak disidainya.
"Huhu. Maaf ibu. Awa tak sengaja. Awa terberangan..." kata Mawar. Kakinya dikuis-kuiskan di atas pasir hiasan taman belakang rumahnya. Dia rasa bersalah sebab sarapan pagi mereka habis rentung. Tapi, nasib baik hanya beberapa pisang sahaja.
"Awa. Bukan sekali dua tau Awa buat macam ni. Haritu ibu minta tolong Awa siram pokok bunga ibu dekat belakang rumah ni apa jadinya? Habis banjir semua pasu bunga ibu. Nasib baik hidup lagi semuanya." bebel Puan Fatimah sambil bibirnya dimuncungkan ke arah tanamannya.
"..."
Mawar hanya mendiamkan diri. Dia masih berkira-kira sama ada mahu memberitahu ibunya perkara sebenar. Tapi dia malu. Mana dia nak letak muka dia jika mereka tahu perasaan Mawar terhadap Aniq? Mawar tidak sanggup. Kalau sampai ke pengetahuan Aniq, matilah dia. Mawar takut kena reject. Ini kali pertama Mawar sukakan seorang lelaki ajnabi. Selama ni, dia yang reject orang.
"Awa ok tak? Ada masalah ke? Awa sakit ke? Cuba beritahu ibu. Awa jangan pendam seorang diri. Ibu, ayah, Balong, Banchik, kami ada dengan Awa." kata Puan Fatimah.
Pelik dia melihat Mawar. Boleh dikatakan setiap masa dia termenung. Risau juga kalau anaknya itu ada masalah tetapi tidak mahu berkongsi dengannya. Sebagai seorang ibu, pastinya dia perlu prihatin dengan masalah anaknya.
Mawar tersenyum. Hatinya terusik melihat keprihatinan ibunya. Dia bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menyayanginya. Dan dia bersyukur kerana ibu bapanya masih ada dengannya di dunia ini. Mawar teringat sepotong ayat al-Quran yang diulang sebanyak 31 kali dalam surah ar-Rahman :
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?" (ar-Rahman: 13).
Mawar berasa sendu. Air mata yang bergenang di tubir mata Mawar itu mengocakkan dada Puan Fatimah. Raut wajah Mawar itu seakan menggamit perasaannya. Terus Puan Fatimah mendapatkan anaknya. Mawar dipeluk erat oleh ibunya sambil kepalanya diusap dengan penuh kasih sayang.
Makin membuak-buak perasaan Mawar apabila dipeluk ibunya. Tiba-tiba dia teringatkan Aniq yang membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapanya. Mawar dapat membayangkan kesunyian yang dialami Aniq. Mawar tidak dapat menahan perasaannya lagi. Air matanya akhirnya tumpah menitis di pipi. Tangisannya juga kedengaran sehingga ke depan rumah.
![](https://img.wattpad.com/cover/158500085-288-k416395.jpg)
YOU ARE READING
Jiran Sebelah Rumah ✔
Любовные романы"Mawar! Mawar!" -Aniq Fareez "Kau nak apa? Sibuk panggil aku! Aku tengah jemur kain ni, jangan kacau boleh tak? Kalau tak, kau yang aku jemur nanti!" -Mawar Syahfarani "Aku nak kau---" -Aniq "What?! Aku tak nak kau lah!" -Mawar "Perasan gila kau ni...