Bab 4 : Tunggu Abang!

2K 109 1
                                    

Seusai menunaikan solat subuh, Mawar turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

"Eh, ibu? Awalnya bangun?" tegur Mawar apabila terlihat ibunya di dapur. Mawar mengerlingkan matanya ke arah jam yang tergantung di dinding ruang makan. Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi.

"Yang awal tu bukan ibu, tapi Awa." jawab Puan Fatimah kepada anak perempuannya yang seorang itu. Pelik melihat anaknya itu turun ke dapur awal pagi. Kebiasaannya, anaknya itu sering bangun last-last minute nak habis waktu subuh. Apa orang panggil? Gajah subuh? Eh bukan. Subuh gajah. Kadang geram juga Puan Fatimah terhadap anaknya itu. Sudah dikejut banyak kali tapi susah betul hendak bangun. Jika dibiarkan, tertinggal solat pula nanti. Dia tidak mahu dipersalahkan di akhirat kelak kerana tidak mengejutkan anaknya menunaikan solat.

"Hehehe. Awa ingat nak jogging nanti dekat tanjung. Dah dua minggu Awa duduk dekat rumah ni, asyik mengunyah je. Lemak dah naik dah ni." jelas Awa kepada ibunya.

"Amboi..kalau ada sebab duniawi, pandai pula ya nak bangun awal? Kalau tak ada sebab, seronok je ulit selimut babi kan sampai tak nak bangun solat subuh." sindir Puan Fatimah kepada Mawar. Biar anaknya itu terasa.

"Auch, sentap." jawab Mawar sambil mengusap-usap dadanya.

"Ibu, ayah mana? Tak balik lagi ke dari masjid?" soal Mawar.

"Hmm kejap lagi tu baliklah dia. Awa, tolong ambilkan bekas Tupperware dalam almari tu. Ibu nak letak sikit nasi goreng, nak bagi Aniq." arah Puan Fatimah.

"Buat apa nak bagi dia? Pandailah dia masak kalau dia lapar. Ibu jangan nak suruh Awa pergi hantar eh. Awa taknak." bebel Mawar memberikan amaran awal-awal kepada ibunya bahawa dia tidak mahu berurusan dengan Aniq. Walaupun sudah hampir seminggu mereka berjiran, tapi bilangan patah perkataan yang dibualkan antara Aniq dan Mawar boleh dibilang dengan jari. Maksudnya, mereka JARANG berbicara antara satu sama lain. Hanya ayah dan ibunya sahaja yang rancak berborak dengan jiran barunya itu.

"Awa, apa salahnya berkongsi rezeki dengan orang lain? Awa kena ingat, di dalam setiap rezeki kita, ada hak orang lain. Lagipun, tidak rugi kita berkongsi makanan ini dengan orang lain. Makanan ini kalau menjadi darah dagingnya, selagi dia hidup, selagi itu ibu, ayah dan Mawar dapat pahala, tau? Nah, ambil bekas ni. Nanti, sebelum Awa nak pergi jogging, hantarkan makanan ini kepada Aniq." kata Puan Fatimah tidak mempedulikan amaran Mawar.

"Ibu...suruhlah ayah please." pujuk Mawar. Dia betul-betul tidak mahu berjumpa dengan Aniq. Dari sisi pandangan ibu dan ayahnya, Aniq itu seorang lelaki yang sangat baik dan menghormati orang tua. Tapi pada pandangan Mawar, Aniq itu seorang lelaki yang perasan kacak dan annoying!

Pernah suatu hari semasa ibu dan ayahnya keluar pergi ke pasar, waktu itu Mawar sedang menyidai pakaian di ampaian belakang rumah.

"Mawar! Mawar!" Aniq memanggil Mawar yang sedang sibuk menyidai pakaian. Tapi, Mawar tidak mempedulikannya. Mawar buat-buat seperti tidak perasan dengan kehadiran Aniq. Sedegil-degil Mawar, degil lagi Aniq. Dia terus-terusan memanggil nama Mawar. Mawar yang sudah siap menyidai pakaian, ingin melangkah masuk ke dalam rumah terhenti apabila Aniq membaling sebiji buah rambutan di hadapannya. Hampir-hampir sahaja terkena kakinya. Nasib baik buah rambutan, kalau durian... hish! tidak sanggup Mawar membayangkannya.

"Aniq, awak nak apa ha? Kenapa awak kacau saya?!" soal Mawar dengan nada yang sedikit meninggi. Mahu dia tidak bengang? Sudahlah dia tengah datang bulan, boleh pula mamat ni nak bergurau. Kalau tak jadi singa betina, bukan Mawar namanya.

"Garangnya..." jawab Aniq tersengih seperti kerang busuk.

Mawar memberikan jelingan maut kepada Aniq. Dasar fake! Di hadapan ibu dan ayah bukan main sopan-santun. Dengan aku, baling-baling rambutan pulak! Mawar menundukkan badannya dan mengambil buah rambutan yang telah dibaling oleh Aniq tadi. Mawar berjalan menuju ke pagar yang memisahkan kawasan rumah mereka.

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now