Bab 11 : Awa & Banchik

1.5K 93 2
                                    

Knock Knock Knock.

Bunyi pintu bilik diketuk dari luar.

"Awa, Banchik masuk eh?" kata Banchik dari luar pintu bilik Mawar.

"Banchik? Masuklah. Pintu tak kunci." Mawar cepat-cepat mengesat air matanya.

"Awa, Banchik nak pinjam hard- eh? Awa? Kenapa mata merah? Awa menangis eh? Awa ok tak ni? Cakap dengan Banchik siapa buli Awa!" soal Banchik. Dia terus mendapatkan Mawar yang sedang duduk di bucu katil sambil memeluk Shiro.

"Shiro buli Awa.." kata Mawar.

"Shiro?" Banchik memandang patung beruang putih itu.

"Awa..Banchik serius ni." kata Banchik tegas.

Mawar tersenyum. Dia terus menarik adiknya duduk di atas karpet bulus berwarna krim yang terhampar di tengah biliknya.

"Banchik..Banchik ada girlfriend?" soal Mawar kepada Banchik.

"Awa ni, macam tak kenal Banchik je. Banchik mana layan cintan-cintun ni. Kenapa Awa tanya? Awa ada boyfriend ke?" soal Banchik pula kepada Mawar.

"Crush pun tak ada ke? Tipulah Banchik ni. Budak-budak medic selalunya kan lawa-lawa. Huhu." Mawar tidak menjawab soalan Banchik.

"Kenapa Awa tanya?"

"Jawablah dulu soalan Awa!"

"Tak ada."

"Seriuslah?"

"Ya. I am dead serious. Fullstop!"

Mawar mencebikkan bibirnya. Dia tidak percaya pada adiknya ini. Adiknya ini boleh tahan kacak, takkan lah tak ada yang berkenan.

"Ala..Banchik ni. Bosanlah." kata Mawar.

"Ok, fine. Ya, ada je yang minat dekat Banchik. Tapi, Banchik tak minat pun dengan diorang. Banchik nak perempuan macam Awa. Puas?" kata Banchik jujur.

"Mana ada perempuan macam Awa! Awa ni limited edition tau!" gurau Mawar.

"Maksud Banchik, Banchik nak perempuan yang kuat. Banchik tak minatlah perempuan lemah. Macam Awa, ada taekwando." jelas Banchik.

"Ala, apa salahnya. Banchik kan pandai taekwando. Banchik jadilah prince charming." kata Mawar.

"Long story short, Banchik nak perempuan macam Mulan atau Khaulah Al-Azwar. Strong physically, mentally and spiritually. Ok, stop talking about me. Awa kenapa?" kata Banchik. Geram dia dengan akaknya ini. Suka mengelak daripada soalan dia.

Mawar masih tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya.

"So, Banchik tak kisahlah kalau dia tak lawa?" Mawar cuba mengorek rahsia adiknya.

Haih. Banchik hanya mampu mengeluh dengan perangai Mawar. Nasib baik sayang.

"Awa, kecantikan itu kan subjektif. Lawa pada pandangan orang lain, tak semestinya lawa pada pandangan Banchik. Beauty lies in the eyes of the beholder, Awa. Rupa, Banchik tak kisah. Asalkan sejuk mata memandang, lawa pada pandangan Banchik seorang cukuplah. Yang penting, hati." terang Banchik. Dia sejujurnya tidak kisah pada kecantikan luaran. Bagi Banchik, kecantikan luaran itu tidak akan kekal lama. Bila-bila masa sahaja boleh hilang. Tapi, kecantikan hati itu yang menentukan hidupnya bahagia atau tidak bersama dengan pasangannya. Dia sendiri pun bukannya seorang yang sempurna.

Clap! Clap! Clap!

"Bagusnya Banchik. Awa bangga ada adik macam ni. Inilah lelaki yang kita mahukan!" kata Mawar.

"Awa! Jangan tukar topik lagi. Cuba Awa jujur dengan Banchik, kenapa Awa menangis?" kata Banchik tegas.

Nampaknya niat Mawar untuk mengalihkan perhatian Banchik daripada kesnya tidak berkesan. Mawar pun mula menceritakan kisah perkenalannya dengan Aniq. From A to Z. Sedikit pun Mawar tidak rahsiakan daripada Banchik. Termasuklah perasaannya pada Aniq. Mereka memang begini. Sejak kecil, tiada rahsia di antara mereka. Jarak umur mereka yang kecil iaitu 4 tahun merapatkan hubungan mereka. Mawar, sebagai seorang kakak merasakan dia ada tanggungjawab yang besar untuk melindungi adiknya. Banchik dilahirkan secara caesar kerana tidak cukup bulan. Oleh sebab itu, Banchik sering jatuh sakit. Antibodinya tidak kuat seperti orang lain. Banchik sangat manja dengannya. Ke mana sahaja Mawar pergi, mesti Banchik mahu mengikutinya. Akhirnya, Mawar membuat keputusan untuk belajar martial arts - taekwando agar dia dapat melindungi adiknya secara fizikal.

Banchik pula mula belajar taekwando apabila dia mendapat tahu daripada ibunya bahawa Mawar buat semua ini untuknya. Dia juga mahu menjadi kuat seperti Mawar. Dia taknak Mawar risaukan dirinya lagi. Dia mahu buktikan yang dia boleh menjaga dirinya sendiri. Pada awalnya, ibu dan ayahnya tidak membenarkan dia membuat aktiviti yang lasak, tetapi setelah dia mogok tidak mahu makan selama 3 hari, baru mereka mengizinkan. Banchik mengaku, dia seorang yang lemah. Dan dia benci menjadi seorang yang lemah! Dia lelaki, dia sepatutnya kuat. Dia yang patut melindungi Mawar, bukan sebaliknya.

Cita-citanya untuk menjadi seorang doktor juga adalah disebabkan Mawar. Pernah suatu ketika dahulu, Mawar diserang demam denggi. Melihat keadaan Mawar yang lemah itu telah merobek hatinya. Dia tidak suka melihat Mawar yang lemah. Dia berasa marah dengan dirinya kerana tidak dapat membantu merawat Mawar. Apa yang dia boleh buat? Waktu itu umurnya hanya 9 tahun. Dia tidak tahu-menahu tentang perubatan. Melihat Mawar menangis akibat kesakitan, dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan menjadi seorang doktor agar dia dapat merawat Mawar sekiranya Mawar jatuh sakit.

Sweet kan mereka?

"So, Awa masih sukakan Aniq atau sudah move on?" soal Banchik. Tiba-tiba dia berasa cemburu apabila mengenangkan yang Mawar menyukai seseorang. Dia akan pastikan yang lelaki itu layak atau tidak untuk Mawar! Dasar sis-con.

"Kalaulah move on itu semudah menterbalikkan telapak tangan, pusing-pusing je move on. Haih.." keluh Mawar.

"Means Awa masih sukakan dia lah? Macam mana kalau dia dah lupakan Awa?"

"Berani dia lupakan Awa? Dia tak sukakan Awa ok lagi, tapi kalau dia lupakan Awa... memang makan tali pinggang hitam Awa!" kata Mawar sambil mengepal-ngepal tangannya seperti mahu menumbuk sesuatu.

"Jangan lupa ajak Banchik, when the time comes! Hahaha." sempat Banchik bergurau. Dia juga mempunyai tali pinggang hitam. Tapi, dia tetap tidak dapat mengalahkan Mawar. Tak padan dengan kecik!

"Deal! Hahaha." Mereka membuat pinky promise.

***

Sementara itu di sebuah kota London.

Aniq : Achooo!!!

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now