SMK Taman Indah, 2015.
[6.37 pm]
"Aduh, sakit perut!"
Kelihatan seorang budak lelaki yang bertubuh rendah dan gempal sedang berjalan laju ke sebuah tandas khas untuk pelajar lelaki yang terletak di hujung bangunan yang menempatkan kelas tingkatan tiga dan tingkatan lima. Kelas-kelas di bangunan itu kosong tidak mempunyai pelajar kerana semuanya sudah pulang ke rumah.
Gedebuk!
"Hahaha nangka busuk jatuh!" Kedengaran suara galak berdekah-dekah mentertawakan budak lelaki yang jatuh tersungkur itu.
"Aduh.." Nizam mengeluh kesakitan. Niat dia hendak melepaskan hajatnya di tandas terbantut akibat tergelincir memijak kulit pisang di atas lantai koridor.
'Hmm..kulit pisang lagi? Diorang ni dah tak ada cara lain ke nak guna? Tapi aku masih lagi terjerat dengan trick diorang ni.'
"Woi, gemuk! Tepilah! Jangan kau halang laluan aku!" kata seorang pelajar lelaki bertubuh tegap seperti badan pemain rugbi.
"Bangunlah! Kau tak dengar ke kapten cakap apa? Itulah, gemuk sangat! Sampai nak bangun tak mampu! Badan macam ni, ada hati nak masuk kelab rugbi? Jadi manager pun kau tak layak!" sampuk seorang pelajar lelaki botak.
Nizam hanya mendiamkan diri. Dia tahu, jika dia membidas kata-kata mereka pasti nasibnya di sekolah ini tidak tenang. Mereka berdua yang digelar sebagai Kapten dan Botak, merupakan pembuli yang terkenal di kalangan pelajar sekolah ini. Akan tetapi, mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin kerana tiada bukti yang menyatakan mereka membuli para pelajar. Lagipun, mereka berdua ini terkenal dengan talent mereka sebagai atlet yang cemerlang terutama dalam sukan rugbi. Mereka merupakan antara wakil sekolah dalam peringkat kebangsaan. Jadi, agak mustahil untuk para guru percaya tentang kenakalan mereka berdua.
"Kau ni batu ke? Kitorang suruh tepi tu tepi jelah! Kau nak aku sepak ke?!" marah Botak kerana Nizam tidak berganjak dari laluan itu.
"Aku bukan taknak bangun.. tapi kaki aku terseliuh." jawab Nizam.
"Dah tu kau ingat aku kisah ke? Aku kira sampai sepuluh, kalau kau tak gerak, aku sepak kau." kata Kapten memberi amaran keras.
"Hisss.." Aduh sakitnya, macam mana aku nak bangun ni?
"Satu.." Kapten memulakan pengiraannya.
"Sabar sekejap boleh tak?!" kata Nizam sambil dahinya berkerut-kerut menahan sakit yang mencucuk-cucuk buku lalinya.
"Kau diam. Jangan nak menjawab. Kau tu pelajar tingkatan tiga je. Kitorang ni senior kau, tahu tak?" tegur Botak, acah-acah senior sangat padahal beza setahun je.
"Tujuh.." Kapten teruskan mengira tanpa menghiraukan rayuan Nizam.
Nizam cuba mengesot ke tepi tetapi dihalang oleh Botak.
'Kau ingat aku senang-senang nak biarkan kau lepas?' fikir Botak. Hitam sungguh hati.
"Se-pu-luh. Heh" Kapten tersenyum sinis. Kaki kanannya diangkat dengan niat untuk menendang manusia lemah di hadapannya.
'Matilah aku macam ni.. Ya Allah, turunkanlah bantuanMu.' detik hati Nizam.
Doa, merupakan senjata mukmin. Dan doa orang yang teraniaya itu selalunya makbul.
"HOUUUUU!!!"
Tersentak ketiga-tiga manusia yang sedang berdrama itu. Nizam yang memejam matanya kerana sudah bersedia dibelasah membuka matanya luas terbuntang ke arah suara itu. Kapten, akibat terkejut, menghentikan perbuatannya serta-merta. Akibat ketidakstabilan badannya kerana berdiri menggunakan satu kaki, Kapten jatuh terduduk. Manakala Botak, mukanya bertukar pucat lesi melihat lembaga berjubah putih dan berambut hitam panjang di bawah tangga itu.
YOU ARE READING
Jiran Sebelah Rumah ✔
Romance"Mawar! Mawar!" -Aniq Fareez "Kau nak apa? Sibuk panggil aku! Aku tengah jemur kain ni, jangan kacau boleh tak? Kalau tak, kau yang aku jemur nanti!" -Mawar Syahfarani "Aku nak kau---" -Aniq "What?! Aku tak nak kau lah!" -Mawar "Perasan gila kau ni...