BONUS!!!

2K 127 15
                                    

6 tahun kemudian.

"Along! Jomlah teman Nana main dengan jiran sebelah." kata seorang budak kecil perempuan dalam lingkungan umur 5 tahun. Rambut hitamnya panjang hingga mencecah pinggang. Anak matanya berwarna coklat seperti mata pakciknya. Raut wajahnya saling tidak tumpah seperti ibunya. Dia menarik-narik lengan baju abangnya yang dipanggil Along itu.

"Tak nak. Along nak siapkan kerja sekolah." kata seorang budak lelaki berumur 7 tahun itu. Walaupun masih muda, tapi pemikirannya agak matang tidak seperti rakan-rakan seusianya. Wajahnya sangat kacak tapi sentiasa serius. Susah betul hendak disuruh senyum. Moyangnya kata, perangai dia sebijik dengan perangai bapanya sewaktu kecil, beku je muka macam ais batu! Nasib ada isteri yang berjaya mencairkannya.

"Along ni asyik belajar je. Cubalah main dengan Nana." kata Nana.

"Mana ada. Every weekend kita kan praktis taekwando." balas Along.

"Mama!!! Tengok Along ni, dia tak nak main dengan Nana!" jerit Nana, mengadu kepada mamanya di dapur.

"Apa ni jerit-jerit cakap dengan Mama?!" jerkah Along. Dia sangat menyayangi mamanya itu. Pantang dia kalau ada yang berkasar dengan mamanya. Walaupun orang itu keluarganya. (Like father like son lah.. sama-sama cintakan orang yang sama. Hehe.)

"Mana ada jerit. Kuatkan suara je." balas Nana.

Dua beradik itu sempat berperang mulut sebelum ditegur mama mereka.

"Aydin Fawwaz! Hannah Maryam! Apa gaduh-gaduh ni? Kan Mama dah pesan, jangan bergaduh!" tegur Mawar kepada anak-anaknya ini. Pening kepalanya. Agaknya inilah perasaan ibunya sewaktu dia dan Balong masih kecil.

Nana berlari memeluk mamanya.

"Along ni, dia tak nak main dengan Nana. Nana nak ajak Along berkenalan dengan kawan Nana dekat rumah sebelah je. Dia sibuk nak siapkan kerja sekolah. Macamlah susah sangat kerja dia sampai tak ada masa untuk Nana. Along tak sayang Nana!" mengadu Nana kepada mamanya.

"Betul ke Along tak nak layan Nana?" tanya Mawar kepada anak lelaki sulungnya itu.

"Along nak siapkan kerja sekolah Along je." jawab Aydin sambil menundukkan wajahnya. Dia sangat menghormati mama dan papanya. Terutama sekali mamanya. Entah kenapa. Memang sejak azali?

"Aydin..sini peluk mama." kata Mawar sambil menggamit anaknya itu datang dekat kepadanya.

Aydin berjalan perlahan-lahan ke arah Mawar. Sampai sahaja di sisi, Mawar terus memeluk Aydin bersama dengan Nana.

"Mama sayang anak-anak mama. Mama sedih tengok anak-anak mama bergaduh. Aydin dan Nana tak sayang mama ke?" soal Mawar sambil mengusap-usap kepala mereka.

"Uhuk..maafkan Nana, mama. Nana sayang mama!" jawab Nana sambil menangis teresak-esak.

"Aydin minta maaf, ma. Aydin janji lepasni Aydin tak bergaduh lagi dengan Nana." jawab Aydin serius.

Mawar tersenyum. Alhamdulillah, anak-anaknya ini jenis mendengar kata. If only Aniq was here to see this... Mawar mengusap-usap perutnya yang sudah membesar 5 bulan.

Bertenang. Aniq Fareez masih hidup. Dia fly sekejap ke London ada kerja.

"Nana, Aydin ini abang Nana. Nana kena hormat dia, dengar cakap along. Kalau along kata dia busy, Nana janganlah paksa, bagi along siapkan kerja dia dulu. Aydin, Nana ini adik kamu. Kamu kena sayang dia, jaga dia elok-elok. Kalau Nana ajak bermain, sekali-sekala layanlah dia. Understand?" terang Mawar.

"Yes, mama." jawab mereka.

"Nana, salam along. Minta maaf dekat along sebab kacau along."

"Aydin, peluk Nana. Usap kepala dia."

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now