Bab 9 : Goodbye, love.

1.6K 97 1
                                    

"Awa.. jom makan jom. Ibu ada masak sambal sotong ni. Favourite Awa kan?" pujuk Puan Fatimah. Pintu bilik Mawar diketuk berkali-kali. Akan tetapi, tiada suara yang menyahut dari dalam bilik seakan-akan bilik itu tidak berpenghuni.

"Awa..makanlah. Sudah seharian Awa berkurung dalam bilik. Awa tak lapar ke? Dari pagi Awa tak makan. Nanti Awa sakit kalau tak makan." rayu Puan Fatimah. Dia sudah tidak tahu lagi apa yang patut dibuatnya.

"Biar abang buka pintu ni." kata Pakcik Rahman. Tangannya memegang segugus kunci. Satu persatu kunci dicuba olehnya.

"Itulah, saya sudah kata dari awal lagi, setiap kunci itu dilabel tapi abang tak nak dengar. Kan susah bila benda macam ni berlaku." bebel Puan Fatimah menyalahkan Pakcik Rahman.

"Manalah abang tahu benda macam ini nak berlaku." balas Pakcik Rahman.

"Sebab itulah ada pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'. Cepatlah abang buka pintu ni, saya risaulah. Kalau Awa pengsan macam mana abang?" gegas Puan Fatimah.

"Iya..sabar sekejap. Banyak ni kunci. Alamak! Abang dah tercampur balik kunci yang dah dicuba dengan belum. Huhu.." kata Pakcik Rahman.

"Astagfirullah..abang!" Puan Fatimah hanya mampu menggelengkan kepala melihat kecuaian suaminya.

Sedang asyik pasangan suami isteri itu bergaduh manja, pintu bilik dibuka dari dalam.

"Awa!" jerit ayah dan ibunya. Mereka terus mendapatkan Mawar.

***

Di ruang tamu.

"Awa ok?" soal Puan Fatimah.

"Awa ok je ibu, ayah." jawab Mawar.

"Awa nampak pucat. Awa lapar? Awa nak makan tak?" soal Puan Fatimah lagi. Dia tidak mahu anaknya sakit. Dia sendiri menghidap penyakit gastrik dan tahu betapa peritnya sakit itu jika tidak menjaga pemakanan.

"Awa tak ada selera." kata Mawar lemah.

"Ibu buatkan air Horlicks ya untuk Awa." kata Puan Fatimah.

"Abang nak kopi. Terima kasih." sampuk Pakcik Rahman.

"Amboi, sedap je order ya. Abang ingat ini kedai mamak?" balas Puan Fatimah.

"Ala..bolehlah sayang. Kopi sayang sedap, mamak tak sedap." rayu Pakcik Rahman. Matanya dikenyitkan kepada Puan Fatimah.

Lantas satu cubitan dilandaskan di peha Pakcik Rahman.

"Aduh! Sakitlah sayang!" Pakcik Rahman menggosok-gosok pehanya.

"Mengada!" kata Puan Fatimah sambil menguntumkan satu senyuman. Dia mengerlingkan matanya ke arah suaminya. Mereka saling berkomunikasi melalui pandangan mata dan hanya mereka sahaja yang faham. Lantas Puan Fatimah bangun menuju ke dapur.

Mawar tersenyum melihat ayah dan ibunya.

Macam manalah aku kalau dah kahwin nanti. Aku harap aku dan Aniq..aku dan Aniq.. Aniq..

"Aniq..?" kata Mawar perlahan. Apa yang aku fikir ni? Hatinya sakit apabila teringatkan Aniq. Air matanya mengalir terus di pipi.

"Awa." panggil Pakcik Rahman.

Mawar cepat-cepat mengesat air matanya yang mengalir tanpa warning. Kalaulah air mata ini boleh disaman, sudah lama dia saman air matanya yang datang tanpa diundang. Eh tak. Dia patut saman kehadiran Aniq dalam hidupnya. Seperti lagu nyanyian Baby Shima dan Floor 88, yang berjudul 'Roadblock Hatiku'.

"Awa cintakan Aniq?" soal Pakcik Rahman secara tiba-tiba.

Cinta? Mawar diam sejenak. Kemudian dia mengangguk perlahan. Ya, dia cintakan Aniq. Tapi Aniq..?

"Ada benda yang ayah nak sampaikan kepada Awa. Ini berkaitan dengan Aniq. Tapi Awa kena bersabar ya." kata Pakcik Rahman.

Suasana tiba-tiba menjadi sunyi. Bunyi katak dan cengkerik di luar rumahnya juga terdiam.

Tiada lagi ong ge dek ge dek.

Tiada lagi krik krik krik.

(A/N : Haha apa yang aku cuba sampaikan ni..sumpah fail)

Mawar berasa tidak sedap hati. Sesuatu berlaku kepada Aniq? Mawar menelan air liurnya berkali-kali. Dia berasa haus secara tiba-tiba. Matanya tertancap pada susuk tubuh ibunya yang sedang berjalan menuju ke arah mereka sambil menatang secawan air kopi dan segelas air Horlicks khas untuk ayahnya dan dirinya. Lantas Mawar bangun untuk mendapatkan dulang tersebut daripada Puan Fatimah. Puan Fatimah dengan rela hati menyerahkan dulang itu kepada Mawar. Puan Fatimah kembali semula ke dapur kerana tugasnya di dapur belum selesai. Pinggan mangkuk di singki dapur masih belum dibasuh. Dia meninggalkan suami dan anaknya berdua di ruang tamu. Dia sudah pun berbincang dengan Pakcik Rahman dan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada suaminya untuk mengendalikan heart-to-heart talk with their daughter.

Pakcik Rahman memerhatikan anaknya yang berwajah pucat itu. Kalau hendak diikutkan, berat sungguh hatinya ingin menyatakan kebenaran. Tapi...

"Aniq dah tak ada." kata Pakcik Rahman.

Prang!!!

Dulang di tangannya jatuh terhempas ke lantai.

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now