Bab 10 : Shiro

1.5K 95 3
                                    

3 tahun kemudian.

"Awa! Tahniah dah graduate!" kata seorang remaja lelaki yang sangat kacak. Anak matanya yang berwarna coklat dapat mencairkan hati wanita-wanita di luar sana.

"Banchik! Aww so sweet of you. Thanks for the flower!" kata Mawar sambil memeluk adiknya itu.

Banchik berumur 20 tahun dan merupakan seorang pelajar jurusan kedoktoran di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.

"Tahniah Awa!" kata ayah dan ibunya serentak. Mereka berasa gembira dan terharu melihat anaknya itu berjaya mengharungi zaman belajarnya dengan jayanya.

"Kalau Balong ada kan bagus! Baru complete keluarga kita!" kata Banchik beriya.

"Balong busy kan. Dia tak dapat balik. Dia kena fly ke London. Lagipun, Balong dah janji nak bagi hadiah dekat Awa bila dia balik cuti nanti!" kata Mawar kepada Banchik.

"Mana aci. Masa Banchik dapat straight A's SPM, Balong buat dek je." gurau Banchik. Dia sejujurnya tidak kisah pun. Siapa je tak sayang Mawar? Mereka satu keluarga sangat memanjakan Mawar bagai menatang minyak yang penuh. Dia sendiri pun memanjakan akaknya itu. Seolah-olah dia ialah abang dan Mawar ialah adiknya. Sehinggakan kawan-kawannya memanggilnya dengan panggilan 'sis-con' [1].

"Alololo. Nanti Awa bawak Banchik jalan-jalan ok! Kita date berdua tanpa Balong. Kita buat dia jealous!" pujuk Mawar.

"On!" jerit Banchik.

"Janganlah jerit! Malulah orang tengok." kata Mawar. Boleh pula adiknya itu berteriak sakan seperti tiada orang di sini.

"Awa! Nak try jubah, topi Awa. Nak ambil berkat. Hehehe." kata Banchik kepada Mawar.

"Boleh." jawab Mawar sambil menanggalkan topi dan jubahnya itu.

Pantas Banchik menyarung jubah dan topi Mawar. Dia terus mengeluarkan telefon pintarnya untuk ber-selfie. Bangga sungguh wajahnya seperti dia pula yang graduate.

"Ibu, ayah. Terima kasih sebab selama ini support Awa. Kalau ibu dan ayah tak ada, Awa tak tahu nak buat apa." kata Mawar sambil tangannya menggenggam erat sebelah tangan ayah dan ibunya.

Pakcik Rahman dan Puan Fatimah tersenyum. Kejadian pada 3 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan mereka. Mawar mengalami depression yang agak teruk selepas kehilangan Aniq. Pelajarannya juga semakin merosot. Setiap minggu, Pakcik Rahman dan Puan Fatimah akan datang melawat Mawar. Alhamdulillah berkat usaha dan doa mereka, Mawar kembali normal. Pemakanannya juga mula terjaga. Tidak seperti sebelum itu. Kadang-kadang hampir seminggu Mawar tidak mahu makan nasi.

"Dan terima kasih sebab rahsiakan perkara itu daripada Balong dan Banchik." kata Mawar lagi. Dia tidak mahu Balong tahu kerana dia tak nak merosakkan hubungan Balong dengan sahabatnya itu. Dan Banchik sebab dia tidak mahu mengganggu konsentrasi Banchik yang ketika itu sedang berperang dengan peperiksaan besar, SPM. Lagipula, dia tidak menyalahkan Aniq. Dia tidak bencikan Aniq atas keputusannya itu. Malah, dia rasa bersyukur. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai perasaan yang bitter-sweet itu.

Pakcik Rahman memandang Mawar dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

***

3 tahun yang lalu.

"Aniq, marilah sarapan dekat rumah ayah. Makan sorang-sorang kat rumah tu buat apa. Boleh kita borak-borak sekali." kata Pakcik Rahman kepada Aniq. Mereka baru sahaja pulang dari solat subuh berjemaah.

"Bukan Aniq tak nak, ayah. Aniq sebenarnya kena bersiap-siap ni."

"Eh? Aniq kata harini cuti."

"Sebenarnya, Aniq kena balik ke London."

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now