Bab 17 : Kahwin!

1.7K 91 0
                                    

Bunyi kompang dipalu memeriahkan lagi suasana yang gembira itu. Kedua pasangan mempelai itu kelihatan bagai pinang dibelah dua! Sama cantik, sama padan! Mereka sudah mula berarak ke pelamin yang tersenggam indah seperti sebuah istana yang menanti kehadiran raja dan permaisurinya.

"Subhanallah, abang! Lawanya mereka!" kata Mawar secara teruja. Tepat sahaja kereta mereka sampai, pengantin pun mula kelihatan.

Tapi, excited lagi Aniq apabila Mawar terus menerus memanggilnya 'abang' walaupun tanpa sengaja. Oklah tu daripada tak ada. Huhu.

"Tapi sayang lagi cantik! Kalau boleh, abang dah tak nak pandang mana-mana dah. Nak pandang sayang je! Tapi.. itulah. Nak tenung lama-lama nanti berdosa pula." kata Aniq. Sempat je dia mengusik Mawar. Tak kira tempat dan masa!

"Ish, abang ni. Ada-ada je." jawab Mawar segan dipuji Aniq sebegitu rupa. Lawa sangat ke dia ni?

"Hehe." Aniq tergelak kecil.

"Abang kenapa gelak-gelak ni? Buang tabiat eh?" soal Mawar. Seram pula dia apabila Aniq tiba-tiba sahaja gelak. Tak ada angin, tak ada ribut, tak ada siapa pun di sini buat lawak, tapi boleh pula Aniq gelak sorang-sorang!

"Tak ada apa-apa! Sayang teruskan cakap macam ni eh!" kata Aniq.

"Huh?" Mawar kehairanan. Cakap apa? Dia cakap macam biasalah. Eh sudahlah, malas nak layan Aniq ni. Mengarut je.

Nampak gayanya Mawar masih tidak perasan panggilannya kepada Aniq sudah bertukar menjadi 'abang'. Aniq tidak mahu menegur Mawar. Dia tahu, sekiranya dia menegur Mawar, pasti Mawar tidak akan memanggilnya dengan panggilan itu lagi. Lagipun, dia nak Mawar biasakan diri Mawar supaya memanggilnya dengan panggilan 'abang'. Mereka kan sudah mahu berkahwin. Apa salahnya praktis awal-awal. Tak adalah terbelit lidah nanti kalau dah kahwin. Kan?

"Jom lah makan sayang. Abang lapar lah." Ajak Aniq sambil mengusap-usap perutnya. Mereka melangkah keluar dari kereta Aniq dan berjalan menuju ke majlis.

"Iyalah, jom. Eh, sekejap! Ada call." kata Mawar sambil menggeledah beg tangannya untuk mencari telefon bimbitnya. Beg tangan perempuan ini serupa dengan poket doraemon. Macam-macam ada!

"Helo, assalamualaikum? Oh, ibu! Hmm..yeke? Ok, ok. Takpe ibu. Awa ok je. Dah tak sakit dah. Baru je sampai, nak makan ni ha. Ok, bye.." kata Mawar kemudian mematikan panggilan itu.

"Ibu eh? Diorang dekat mana?" soal Aniq.

"Diorang dah baliklah abang. Kita lambat sangat. Nak menunggu macam tu tak elok pula, sebab tetamu lain nak duduk." kata Mawar.

"Ohh yeke. Hmm tak apalah kalau macam tu. Jomlah makan. Abang dah kebulur teruk ni. Tunggu sayang tadilah!" kata Aniq.

"Ohh.. nak salahkan saya lah ni? Bukan saya yang minta nak sakit pun.." kata Mawar sedih dipersalahkan. Aii, sensitif pula time datang bulan ni. Tegur sikit dah sendu.

"Alalala, tak lah. Abang gurau je. Abang sanggup tunggu sayang. Asalkan sayang tak lari daripada abang." pujuk Aniq.

"Hmm iyalah abang.." kata Mawar.

"Tapi.." kata Aniq perlahan.

"Tapi apa..?" berdebar jantung Mawar apabila Aniq bermain tapi-tapi ni. Entah apalah ayat yang dibelakang itu. Peluh dingin mula terasa di belakang badannya.

"Tapi abang tak sangguplah tunggu sayang sampai tua kerepot baru nak kahwin. Abang pun dah tak larat dah, dah tua bangka! Hidup bersama sampai tua kerepot takpe, tapi kalau nak tunggu tu tidaklah. Nanti nak akad nikah pun dah terketar-ketar tangan menggigil. Takut patah je tangan dek digoncang tok kadi!" kata Aniq berseloroh.

Tergelak Mawar di situ. Habis dia menjadi tumpuan ramai orang. Malu pula dia. Alahai, baru nak acah ayu. Jatuh saham dia sebagai perempuan melayu terakhir!

"Ish, abang ni! Ada-ada je tau! Janganlah buat lawak!" kata Mawar sambil tangannya sempat memukul bahu Aniq.

"Abang serius lah! Abang tak kira, no matter what, I want to marry you as soon as possible! Tak sanggup dah abang nak tunggu. Setiap hari abang tak keruan, takut sayang ni lari." kata Aniq.

"Abang ni mengarut je. Awa nak lari pergi mana? Paling-paling pun lari rumah ibu ayah." kata Mawar.

"Manalah tahu, Awa lari dengan lelaki lain.." kata Aniq perlahan. Tapi ayatnya itu didengari Mawar.

"Abang, Awa sayang abang seorang je tau. Kalau betul Awa ada lelaki lain, Awa tak jadi tunang abang. Dah lama Awa bercinta dengan lelaki lain dalam tempoh 3 tahun tu. Buat apa Awa tunggu abang yang statusnya tak pasti? Entah dah kahwin ke belum.. Nasib baik belum berpunya, kalau tak..." kata Mawar sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

"Kalau tak?" soal Aniq.

"Kalau tak, membujanglah Awa sampai ke tua." kata Mawar sambil berjalan meninggalkan Aniq yang sudah terkedu mendengar luahan hati Mawar.

"Ha tengok tu, abang dah cakap. Sayang suka tinggalkan abang!" jerit Aniq sambil berlari-lari anak mengejar Mawar.

***

"Nizam, Sara, tahniah ya! Semoga berbahagia sehingga ke Jannah!" kata Mawar sambil memeluk Sarawati. Sarawati atau lebih dikenali sebagai Sara, tersenyum mendengar ucapan Mawar. Dia tahu, wanita di dalam dakapannya ini pernah menjadi wanita idaman suaminya suatu ketika dahulu. Nizam telah menceritakan segalanya tentang perasaannya terhadap Mawar kepada Sara. Nizam tidak mahu ada apa-apa rahsia di antara mereka. Dia tidak mahu salah faham berlaku apabila sudah berkahwin nanti. Biarlah dia buka rahsia itu dari mulutnya sendiri. Lagipun, itu kisah cinta lama. Sara pun jenis seorang yang open-minded. Dia tidak kisah sekiranya suaminya itu pernah menyukai seseorang kerana perasaan itu fitrah. Kisah lama, biarlah terbuku dan dibakar menjadi debu. Tidak perlu diungkit. Buku yang baru sudah pun dibuka. Semoga berkekalan tidak reput dek zaman.

"Terima kasih. Selepas ini, kamu berdua pula kan? Jangan lupa jemput kami ya!" balas Sara. Manis sungguh senyuman wanita yang bernama Sarawati ini. Lesung pipit di kedua belah pipinya menyerlahkan lagi kemanisan wajahnya seiring dengan keayuan personalitinya yang lemah lembut. Untung Nizam.

"InshaAllah. Doakan kami ya." kata Aniq. Tangan Nizam dijabat erat. Walaupun Nizam ini lebih muda umurnya daripada Aniq dan Mawar, tapi kematangan yang terserlah di wajah Nizam terutama setelah menjadi suami orang, makin jelas di wajahnya. Betullah, tanggungjawab mematangkan seseorang. Bukan umur yang menentukan.

***

"Alhamdulillah. Lepasni Balong dan Kak Maya pula." kata Mawar sambil badannya disandar ke tempat duduk penumpang itu. Pinggangnya rasa tegang semacam. Period kan.

"Mana boleh. Kita dulu. Abang dah bincang dengan Haziq. Dia pun setuju nak kita kahwin dulu." kata Aniq serius.

"Abang ni tak sabar-sabar kan. Miang!" usik Mawar.

"Mestilah. Sampai bila kita nak macam ni. Tak ada ikatan yang sah. Syaitan ni ada je dekat sebelah abang berbisik-bisik suruh buat benda tak elok dekat Awa tau. Mujur abang masih kuat. Lagipun, abang ni dah 30 tahun tau sayang. Dah tua dah. Sayang tu lainlah muda lagi, masih 20 series." jelas Aniq.

"Baiklah abang, kita kahwin. Jangan risau. InshaAllah. Awa tak lari." jawab Mawar.

"Bagus. Macam inilah sayang abang!" kata Aniq sambil mengusap kepala Mawar.

"Eh, apa abang ni?!" tegur Mawar terkejut dengan tindakan Aniq.

"Astagfirullah.. sorry sayang. Abang tak sengaja. Ha kan abang dah cakap tadi. Cepat je syaitan buat kerja." kata Aniq dengan penuh rasa bersalah. Nasib baiklah berlapik.

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now