Bab 16 : Bendera Jepun

1.7K 96 0
                                    

"Awa! Cepat bersiap. Nanti lambat!" jerit Puan Fatimah dari tingkat bawah rumahnya. Geram betul dia dengan Mawar. Sudah diingatkan semalam yang hari ini mereka akan ke majlis perkahwinan Nizam dan isterinya, Sarawati. Boleh pula Mawar sedap melepak menonton televisyen seusai sahaja siap membuat kerja-kerja rumah. Kalau dia sejenis yang pantas tidak mengapa, tapi Mawar ini kalau bersiap memang lambat! Orang yang lapar pun boleh jadi kenyang!

"Yaaa! Tengah siap lah ni!" jerit Mawar dari dalam biliknya. Terkocoh-kocoh Mawar memakai tudung bawal berwarna soft purple yang baru dibelinya di butik Mak Eton pada dua hari yang lepas. Dia, ibunya dan Kak Maya pergi bersama ke butik itu. Pada mulanya, Aniq mahu ikut tapi dihalang oleh Mawar. Alasannya, dia mahu bermesra dengan bakal kakak iparnya a.k.a. Kak Maya. Padahal sebenarnya dia tidak mahu Aniq mengikutnya. Mawar bukan apa, dia cuma tidak mahu Aniq terlalu berkepit dengannya. Memang mereka ini sudah bertunang tapi mereka masih belum ada ikatan yang sah. Dia tidak mahu kemanisan itu hilang apabila sudah berkahwin. Nanti kalau dah kahwin, ha nak berkepit ke toilet sama-sama pun boleh!

Mawar memerhatikan dirinya di cermin itu.

Tudung, cun!

Baju, ok!

Oh! Tak pakai gincu lagi, nanti nampak pucat. Fikir Mawar sambil tangannya pantas mengambil gincu berwarna oren mandarin. Mawar tidak berapa gemar gincu yang berwarna merah sebab terlalu mencuri perhatian. Lagipun, warna kulitnya yang kuning langsat ini lebih sesuai dengan gincu yang berwarna oren tetapi tidaklah keterlaluan warnanya. Dia mencalitkan gincu itu dibibirnya sedikit. Asal tidak nampak pucat seperti orang sakit sudahlah. Mawar bukan sejenis yang suka makeup sangat. Sejujurnya, dia tidak pandai bab-bab makeup ni dan dia malas nak belajar. Akhirnya, dia tak pakai makeup. Hanya apply sunscreen dan secalit gincu sebelum keluar rumah.

"Ya Allah.. Awa! Apa berangan lagi tu? Aniq dah tunggu kat bawah dah. Itulah, orang suruh siap, dia sibuk nak layan drama korea dekat tv lagi. Boleh je dirakam benda itu kan? Hai.. Awa.. Awa.." bebel Puan Fatimah.

"Ibuku sayang.. janganlah membebel je, nanti muka tu cepat berkedut tau! Tengok dahi tu, berkerut-kerut. Cuba senyummm." kata Mawar cuba berseloroh dengan ibunya.

"Hmm apa-apa jelah Awa. Sudah, cepat turun ke bawah! Tak baik tau buat orang tertunggu-tunggu!" kata Puan Fatimah sambil menggesa Mawar turun cepat ke ruang tamu.

"Tahu pun tak baik buat orang tertunggu-tunggu! Awa tunggu dia 3 tahun tau. Dia baru tunggu Awa tak sampai setengah jam." kata Mawar sambil memerli Aniq yang sedang duduk berbual dengan Maya.

"Ish! Apa Awa cakap macam tu? Kalau Aniq dengar, kecil hati dia." kata Puan Fatimah cuba membela Aniq.

"Ibu ni asyik bela Aniq je kan? Siapa anak ibu sebenarnya? Awa ke Aniq?!" tanya Awa emosi.

"Dua-dua anak ibu. Dua-dua ibu sayang. Yang Awa ni emo tak tentu pasal ni dah kenapa?" soal Puan Fatimah kepada anaknya itu. Pelik dia melihat Mawar yang tiba-tiba beremosi. Jarang anaknya begini kecuali...

"Entahlah ibu, nak period kot. Hmm.. maafkan Awa sebab ternaikkan suara dekat ibu." jawab Mawar. Sempat dia meminta maaf kepada ibunya. Iyalah, redha ibu itu kan redha tuhan. Nanti kalau ibu terasa dengan sikapnya, dilabel sebagai anak derhaka pula.

"Ibu faham. Ibu tak marah pun. Macamlah ibu tak faham perangai anak ibu yang seorang ini." Mustahil seorang ibu itu tidak mengenali anak yang dikandungnya selama 9 bulan, disusukan olehnya hampir 2 tahun, dijaga dan dididiknya dengan kudratnya sendiri. Lebih kurang 24 tahun Mawar hidup dengannya, mustahil dia tidak faham angin anaknya ini.

Mawar memeluk ibunya yang bertudung hijau muda itu.

"Thanks ibu. Sayang ibu!" kata Mawar.

"Amboi, ini drama apa ni tak ajak ayah?" tegur Pakcik Rahman.

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now