Bab 15 : Why do you love me?

1.6K 91 3
                                    

"Awa! Kenapa tak tidur lagi? Dah malam ni, tak elok anak dara dekat luar malam-malam macam ni." kata Aniq kepada Mawar yang sedang duduk termenung di gazebo luar rumahnya.

"Baru pukul 9." balas Mawar.

"Abang nak join boleh?" kata Aniq. Aniq dan datuknya tinggal di rumah sebelah Mawar, rumah lama Aniq. Manakala Maya sudah pun masuk tidur di bilik tetamu rumah Mawar. Walaupun rumah itu sudah lama kosong tidak berpenghuni, tetapi rumah itu bersih tiada habuk walau secalit. Hal ini kerana, sebelum berangkat ke London, Aniq meninggalkan kunci penduanya kepada Pakcik Rahman. Setiap 3 hari, Puan Fatimah akan membersihkan rumah Aniq. Kata Puan Fatimah, rumah tidak boleh ditinggalkan kosong. Nanti, ada makhluk lain yang menumpang. Oleh sebab itu, kadang-kala Pakcik Rahman dan Puan Fatimah akan melakukan ibadah di situ. Aniq tidak pernah menyuruh mereka menjagakan rumahnya. Niatnya memberi kunci itu kepada Pakcik Rahman adalah untuk orang yang ingat menyewa rumahnya, sekiranya ada. Tapi, mungkin sudah suratan takdir, tiada sesiapa yang mahu menyewa rumah itu.

"Apa abang-abang? Awak bukan abang saya!" kata Mawar.

Mawar beralih sedikit ke tepi untuk memberikan Aniq ruang. Padahal, Aniq sengaja duduk rapat-rapat dengan Mawar. Gazebo tu ruangnya luas kot! Mawar memberikan jelingan yang tajam kepada Aniq. Aniq hanya tersengih dan menjauhkan jaraknya daripada Mawar sedikit, dalam 1cm? Hahaha.

"Eh, tapi abang kan tunang Awa." kata Aniq.

"Kalau abang bukan tunang Awa sekalipun, abang lagi tua daripada Awa. Sepatutnya, Awa kena panggil abang ni, abang!" kata Aniq lagi.

"Sebelum ni awak tak kisah pun saya panggil awak, Aniq." jawab Mawar.

"Itu dulu, sayang." kata Aniq.

"Tunggu saya jadi isteri awak lah kalau macam tu. Waktu itu, kalau awak nak saya panggil awak abang ke, sayang ke, hubby ke, darling ke, baby ke, saya ikut." kata Mawar kepada Aniq yang cuba memaksa dia memanggilnya dengan panggilan abang.

"Fine.." kata Aniq. Dia memuncungkan bibirnya kononnya merajuk.

"Buruklah orang tua buat macam tu!" tergelak Mawar melihat gelagat Aniq. Nasib baiklah muka baby face.

"Awa, awak nak berapa orang anak?" soal Aniq secara tiba-tiba.

"Aniq! Apa ni tanya soalan macam tu? Saya malulah.." jawab Mawar. Merah padam mukanya bercakap soal anak.

"Eh, saya tanya je. Iyalah, kita kan dah nak kahwin. Kenalah ada family planning kan? Ke.. awak fikir benda lain ni..?" usik Aniq.

"Ma-mana ada saya fikir benda lain! Awak yang fikir benda lain! Sudahlah, saya nak masuk dalam, sejuk!" kata Mawar cuba melarikan diri daripada Aniq.

"Awa, sekejap lah. Sudah lama kita tak berborak. Duduklah dulu. Belum pukul 10 malam lagi. Malam masih muda." kata Aniq sambil menanggalkan sweaternya. Dia memberikan sweaternya itu kepada Mawar. Mawar pun tanpa segan silu mengambilnya daripada tangan Aniq. Memang dia sejuk pun!

"Thanks." kata Mawar.

Mereka berdua diam tidak bersuara. Masing-masing termenung memikirkan masa hadapan.

"Aniq." panggil Mawar.

"Hmm?" jawab Aniq.

"Why do you love me? Ramai lagi perempuan yang lebih layak untuk awak di luar sana. Yang setaraf dengan awak. Saya ini bukan sesiapa. Saya tiada harta atau pangkat. Saya tak sempurna, saya banyak kelemahan yang awak tak tahu. Yes, I admit that I love you and you already know about it but you don't have the obligation to accept my feeling. You can just ignore me and choose other girls. And so.. why do you want to marry me? Why do you love me?" soal Mawar kepada Aniq. Dia rasa sangat insecure sebab Aniq ini boleh dikategorikan sebagai 'lelaki sempurna'. Dari segi akhlaknya, rupanya, keturunannya, hartanya. Semua cukup, tip top! Mawar? Dia ini biasa-biasa sahaja, tak sekufu langsung dengan Aniq!

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now