"Awa! Ooo Awa!"
"Ya, ibu!"
"Ibu nak keluar sekejap dengan ayah pergi melawat suami Mak Eton dekat hospital. Kamu tolong jaga rumah. Jangan nak merayap pula!" kata seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an, bertudung hijau muda.
"Kunci pintu. Kalau ada orang yang tidak dikenali datang, jangan buka pintu. Abaikan je. Apa-apa hal berlaku, telefon ayah." kata seorang lelaki tinggi, bertubuh tegap walaupun kelihatan sudah berusia dan bercermin mata bulat.
"Baiklah ibu, ayah. Jangan risau, Awa kan ada tali pinggang hitam." kata seorang remaja perempuan yang berusia 21 tahun, kurus dan tinggi tetapi tidak melidi, berambut hitam ikal mayang panjang hingga ke paras pinggang. Kulitnya yang berwarna kuning langsat, dihiasi mukanya dengan sepasang mata yang hitam bundar, bulu matanya yang panjang dan sedikit melentik, kening hitamnya ibarat bulan sabit di malam hari, hidungnya yang kecil molek seperti anak patung, bibir nipisnya yang merah merekah seperti buah delima.
"Jangan lupa masak lebih sikit. Balong kamu nak balik katanya. Nanti kebulur pula dia." sambung ibu.
"Eh? Balong nak balik? Rajin pula dia nak balik. Cuti ke?" soal Mawar kehairanan. Almaklumlah, kerja Balong sebagai seorang pilot menyukarkan dia untuk pulang ke kampung halaman.
"Eh budak ni. Banyak tanya pula dia. Ibu dengan ayah pergi dulu. Kunci pintu!" kata ibu sambil masuk ke dalam kereta.
"Ya. Hati-hati." jawab Mawar sambil mengunci pintu rumahnya.
"Hmm. Nak masak apa eh? Ha! Masak ayam sambal, pucuk ubi masak lemak. Minum petang nanti nak buat onde-onde labu lah. Balong suka onde-onde labu ni."
***dua jam kemudian***
'Knock Knock Knock'. Bunyi pintu rumah diketuk dari luar.
"Assalamualaikum." Malangnya, tiada sambutan dari dalam rumah.
"Haziq, aku rasa rumah kau ni tak ada orang?" kata seorang lelaki yang wajahnya seiras dengan muka pelakon korea, Ji Chang Wook.
"Yeke? Sekejap, aku cuba telefon ibu aku." kata lelaki yang bernama Haziq itu.
***5 minit kemudian***
"Ibu dengan ayah aku memang tak ada dekat rumah."
"So, kita tunggu diorang lah ni?" soal lelaki 'Ji Chang Wook' itu.
"Tak. Kita masuk rumahlah. Adik aku ada dekat rumah katanya." jawab Haziq.
"Tapi, tak ada orang jawab." balas jejaka seiras artis korea itu.
"Mesti adik aku tu membuta. Sekejap, bagi aku telefon dia." kata Haziq selamba mengutuk adiknya itu.
***Sementara itu di atas katil queen di dalam sebuah bilik;
'Ring ring ring ring'
"Urgh..siapa ni telefon..emm.." Mawar meraba-raba katilnya mencari telefon bimbitnya yang tersembunyi di sebalik selimutnya.
"Helooo?" Mawar menjawab panggilan telefon itu dengan nada mengantuk.
"Awa! Buka pintu ni. Balong tak boleh masuk rumah. Cepat! Balong tunggu ni. Membuta je kerja kau ye. Dah, bangun, bangun!" kata Haziq kepada adik kesayangannya, Mawar.
"Balong?! Ok ok jap. Awa turun sekarang!" Mawar mematikan panggilan dan terus melompat dari katilnya. Dia berasa sangat teruja kerana sudah dekat setahun dia tidak menemui abang sulungnya itu. Lebih-lebih lagi, Balong sangat memanjakan Mawar, adik perempuannya yang seorang ini.
Mawar mempunyai 3 orang adik-beradik dan merupakan anak yang kedua. Dua lelaki iaitu Adam Haziq aka Balong (Abang + Along) dan Amirul Hakim aka Banchik (Abang + Acik). Banchik merupakan adik lelaki Haziq serta Mawar dan sedang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh. Banchik juga jarang balik ke rumah kerana sedang berhempas pulas menyiapkan persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM yang akan tiba tidak lama lagi.
"Pakai tudung tau. Balong bawa kawan ni. Helo? Awa? Dia dah matikan pula telefon.." kata Haziq.
"Alamak, Aniq! Aku rasa kau jangan berdiri depan pintu sebab---"
Belum sempat Haziq memberi amaran kepada kawannya iaitu Aniq, pintu rumah telah dibuka dan seorang perempuan keluar sambil berlari memeluk abangnya.
"Yay! Balong dah balik!" jerit Mawar keriangan sambil pantas memeluk tubuh lelaki di depan pintu rumahnya.
Aniq : "...."
Haziq : "...."
"Kenapa Balong kaku je ni? Selalu Balong balas peluk Awa..Balong tak sayang Awa dah ke?" soal Mawar yang masih berada di dalam dakapan lelaki yang dianggap sebagai abangnya.
"Ehem! A-awa.. Balong kat sini.." jawab Haziq yang tercegat di sebelah kanan Aniq.
"Huh?" Mawar mendongakkan wajahnya. Sebaik melihat wajah Aniq yang berada di depan matanya, muka Mawar terus bertukar menjadi pucat lesi. Terus Mawar menolak Aniq yang masih terkaku kerana terkejut dipeluk adik kawannya itu. Mawar terus mengalihkan pandangannya ke arah Balongnya itu dengan pandangan tajam. Kelihatan Haziq sedang tergaru-garu kepalanya dek perasaan bersalah kerana telah memalukan adiknya.
"Balong..Balong dah cakap dekat Awa dalam telefon tapi Awa dah matikan panggilan." Haziq cuba mempertahankan dirinya kerana takut dimarahi Mawar. Walaupun Mawar merupakan seorang adik perempuan yang manja, tetapi jika 'dijentik' egonya, singa betina pun kalah.
"Awa benci Balong!" jerit Mawar sambil berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya. Mukanya merah menahan marah dan malu.
'Ya Allah. Malunya aku. Kenapa aku ni bodoh sangat tak tengok dulu siapa yang berdiri dekat depan pintu tu?!' jerit hati Mawar.
"Kau kata adik kau lelaki? Tapi..tadi?" tanya Aniq kebingungan.
"Aku ada dua adik. Lelaki dan perempuan. Tadi tu Mawar, adik perempuan aku." jawab Haziq.
"Ohh.." balas Aniq pendek.
"Err..Aniq, aku minta maaf eh." Haziq cuba untuk menghilangkan suasana yang awkward itu.
"Eh tak, tak. Aku yang patut minta maaf dekat kau. Terutama dekat adik kau tu. Mesti dia malu gila." balas Aniq dalam keadaan serba salah.
"Nanti, aku pujuklah adik aku." kata Haziq cuba meredakan perasaan serba salah Aniq.
"Eh, jomlah masuk dalam rumah ni. Buatlah macam rumah sendiri. Mari, aku tunjukkan bilik tetamu." sambung Haziq mempelawa Aniq ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Jiran Sebelah Rumah ✔
Romance"Mawar! Mawar!" -Aniq Fareez "Kau nak apa? Sibuk panggil aku! Aku tengah jemur kain ni, jangan kacau boleh tak? Kalau tak, kau yang aku jemur nanti!" -Mawar Syahfarani "Aku nak kau---" -Aniq "What?! Aku tak nak kau lah!" -Mawar "Perasan gila kau ni...