Bab 18 : Finally!

1.9K 100 7
                                    

Jumaat.

Di pagi subuh ini, aku membuka mataku dengan harapan segalanya akan berjalan dengan lancar. Hati ini berdegup kencang seperti ingin pergi berperang. Padahal, hanya ingin membina masjid. Entah ini permainan syaitan atau bukan. Keraguan mulai timbul dalam hati. Bermacam perasaan bermain di dalam benak hati ini. Takut, teruja, risau, sedih. Aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan ibadah subuh. Tikar sejadah dibentang sebagai tempat aku mengadu kepada tuhan. Seusai menunaikan solat subuh, al-Quran dicapai dan dipeluk dekat ke dada.

"Ya Allah.. betul ke jalan yang aku pilih ini? Betul ke dia ialah jodohku?"

Sedang asyik aku melayan perasaan, kedengaran bunyi burung berkicauan di luar jendela. Aku bangun dan membuka luas tingkap agar dapat menghirup udara segar. Kelihatan sekawan makhluk tuhan sedang terbang mencari rezeki ke arah yang telah tuhan tetapkan.

"Yakinnya mereka.."

Ya. Atas sebab mereka yakin dengan takdir dan rezeki tuhan, mereka melebarkan sayap mereka tanpa rasa ragu-ragu. Mengepak sayap entah ke mana-mana dengan perut kosong tapi pulang dengan rezeki secukupnya. Aku tersenyum.

"Mawar.. apalagi yang hendak diragukan. Sudah banyak petunjuk yang Allah berikan pada engkau. Setiap malam kau buat solat istikharah, apalagi yang hendak diragukan? Ini semua permainan syaitan yang tidak mahu melihat masjid terbina."

Al-Quran ditangannya dibuka. Satu persatu ayat dibacanya dengan sayu. Sungguh, selepas ini dia akan bergelar sebagai isteri orang. Semoga dia dapat menjadi seorang isteri yang sempurna untuk suaminya, Aniq. Air mata menitis di atas lembaran al-Quran itu.

Dan langit semakin cerah.

***

"MasyaAllah, lawanya adik akak ni! Macam bidadari! Untungnya Aniq. Kalaulah Kak Maya ni lelaki...dah lama dah akak sauk adik ni!" kata Maya. Matanya bersinar-sinar melihat kecantikan bakal adik iparnya ini. Sungguh!

"Kak Maya ni, ada-ada je. Memanglah lawa, sebab makeupnya, bajunya. Tunggul kayu dekat luar tu kalau dimakeupkan pun cantik juga!" balas Mawar.

"Sudahlah kalau Awa tak percaya. Tapi, Awa macam mana? Apa perasaan? Nervous tak?" soal Maya seperti seorang wartawan.

"Tipulah kalau Awa kata Awa tak nervous. Rasa macam nak lari je sekarang ni. Tapi itulah, nak lari ke mana kan?" kata Mawar. Debaran di dadanya tidak hilang sejak dari malam semalam. Takut penyakit pula, hehe.

"Lari ke mana? Lari ke hati Aniq laaaa." usik Maya.

"Akak ni!" marah Mawar. Dia tengah nervous lagi diusiknya. Makin takut tahu tak!

"Kalau Awa tengok Aniq dekat luar tu mesti Awa gelak! Dia punya nervous asyik nak ke tandas je! Keluar masuk keluar masuk. Pening Haziq dibuatnya. Dengan Haziq sekali nervous! Hahaha." cerita Maya sambil menggelakkan dua lelaki itu.

"Kak Maya ni, hahaha." gelak Mawar. Dia dapat membayangkan keadaan Aniq dan Balongnya itu. Aniq itu dia fahamlah, tetapi kenapa Balongnya sibuk nervous sekali? Berjemaah ke macam mana ni?

"Eh, Awa. Jom. Dah nak mula dah tu." ajak Maya.

Akad nikah mereka hanya dijalankan di rumah sahaja. Senang, tidak perlu terkocoh-kocoh ke masjid. Cuma majlis persandingan mereka akan buat sekali di hotel untuk jemputan kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Persandingan mereka terpaksa dibuat besar-besaran atas pangkat Tan Sri Omar Abdullah. Sebagai seorang usahawan yang berjaya dan terlibat dalam bidang perniagaan, hubungan perlu dijaga untuk kebaikan bersama. Lagipun, benda baik kan. Apa salahnya, lagipun cucunya hanya seorang sahaja. Dan sekali seumur hidup.

***

"Wahai Aniq Fareez Bin Mustapha."

"Saya."

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku, Mawar Syahfarani Binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya berbentuk jongkong emas."

"Aku terima nikahnya, Mawar Syahfarani Binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya berbentuk jongkong emas."

"Sah?"

"Saksi? Puas hati?"

"Sahhh." jawab saksi-saksi tersebut.

"Alhamdulillah."

Air mata Mawar yang bergenang di tubir matanya tumpah ke pipi. Kini, dia sah menjadi isteri Aniq Fareez, lelaki yang dicintainya.

***

Setahun kemudian, Haziq dan Maya berjaya mengikat kasih secara sah disisi syarak. Maya masih bekerja dengan Aniq. Dia membantu Aniq menguruskan cawangan syarikatnya di KL. Hal ini kerana, untuk memudahkan kehidupan sehariannya. Rumah Haziq dan Maya berada di KL. Manakala Aniq dan Mawar duduk di sebuah kondominium di JB. Agak jauh daripada rumah ibu dan ayah Mawar, lebih kurang dalam 2-3 jam perjalanan menaiki kereta. Datuk Aniq masih tinggal di rumah lama Aniq. Katanya, datuk seronok berjiran dengan Pakcik Rahman dan Puan Fatimah. Lagipun, bolehlah mereka sama-sama menjaga satu sama lain. Datuk sudah lama pencen dan tidak lagi menguruskan hal syarikatnya sejak dia pulang ke Malaysia. Banchik? Dia sedang sibuk dengan housemanship dia. Khabar angin mengatakan dia sudah tidak single lagi!

Another good news, Mawar mengandung! Sudah 7 bulan kandungannya. Katanya anak lelaki. Semoga menjadi anak yang soleh ya!

***** TAMAT *****

A/N : Alhamdulillah, terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis cerita yang tak seberapa ini. Maaf sebab cerita ini agak rushing. Hope you guys enjoy lah ya! Kalau tak enjoy pun, buat-buatlah enjoy ya! Hahaha. Ok bye! Assalamualaikum~ Lebiu <3


Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now