Bab 2 : Jiranku Handsome!

2.4K 128 5
                                    

Kelihatan tiga orang lelaki sedang duduk berbual di ruang tamu sebuah rumah dengan rancaknya.

"Ohh..ini Aniq Fareez yang kawan satu bilik dengan Haziq masa dekat universiti dulu kan? Makin bertambah handsome kamu ni, macam pakcik masa muda-muda dulu." tanya seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an itu.

"Ya, saya Aniq. Pakcik pun apa kurangnya, masih kelihatan segak, sihat dan bergaya!" balas Aniq.

"Eh, kau jangan puji ayah aku ni. Kalau ibu aku dengar, mahu cemburu ibu aku nanti." kata Haziq memberi amaran.

"Eh? Kenapa makcik nak cemburu pula? Bukan makcik patut bangga ke suaminya dipuji?" soal Aniq. Dia berasa pelik dengan apa yang telah dikatakan Haziq sebentar tadi.

"Betul kata Haziq tu, Aniq. Makcik kau ni, mana boleh tengok pakcik dipuji seperti orang muda, dia cemburu, takut-takut pakcik disambar anak ikan di luar sana. Eh, kau jangan mengadu dengan makcik kau tu, habis pakcik 'diketam'nya nanti. Hahaha." balas Pakcik Rahman. Sempat dia bergurau dengan Aniq sambil 'membawang' tentang isterinya, Puan Fatimah.

Itulah, lain kali jangan mengata perempuan je pandai 'membawang', lelaki pun apa kurangnya. Dua kali lima je. Bukan jantina menjadi puncanya. Akan tetapi sikap individu itu sendiri. Ingat ya!

Sedang mereka asyik berborak, mereka ditegur oleh satu suara.

"Ayah, Balong. Jemput minum air kopi ni. Awa ada buat onde-onde labu, jemputlah makan." kata Mawar sambil tangannya pantas menghidangkan makanan dan minuman ke atas meja.

"Wah! Onde-onde labu! Favourite Balong ni!" kata Haziq sambil tangannya rakus mengambil sebiji onde-onde labu masuk ke dalam mulutnya.

"Ayah dengan Balong je? Kawan Balong ni, Aniq. Tak jemput sekali ke? Dia kan tetamu. Tetamu datang membawa berkat, pulangnya mereka akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. InshaAllah." sempat Pakcik Rahman bertazkirah.

"Eh. Jemput, jemput. Maaf, Awa..tak perasan. Ma-makanlah emm..kawan Balong." kata Mawar menunduk. Sebenarnya, Mawar masih tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku tengahari tadi. Masih jelas dalam ingatannya bagaimana dia memeluk lelaki yang bukan mahramnya itu. Dia berasa segan dan bersalah terhadap Aniq. Dia tak sanggup nak berhadapan dengan Aniq.

"Aniq. Aniq Fareez." Aniq memperkenalkan namanya kepada Mawar.

"Ya, ya. Jemputlah makan, Aniq Fareez." kata Mawar mempelawa Aniq tetapi wajahnya dipalingkan ke arah Balongnya.

"Eh, kenapa pandang Balong? Itulah, Aniq." soal ayahnya.

"Tak..Balong makan comot. Eh, jemputlah makan, sambung berborak. Mawar nak tolong ibu dekat dapur." jawab Mawar pantas meninggalkan ruang tamu itu.

*****

"Haziq dan Aniq tinggal disini berapa lama? Cuti sampai bila?" soal ibu sambil menghidangkan hidangan makan malam.

"Haziq cuti tak lama. Lusa dah kena balik KL sebab nak kena fly ke Istanbul." jawab Haziq dengan nada yang sayu. Homesicknya tak habis lagi, dah kena balik semula ke KL.

"Ohh. Hati-hati memandu tu. Jangan lupa setiap kali nak memandu, baca selawat banyak-banyak. InshaAllah dipermudah segala urusan ya. Aniq pula?" nasihat Puan Fatimah kepada anak lelaki sulungnya, Haziq.

"Aniq cuti lama. Err-" belum sempat Aniq menghabiskan ayatnya, Haziq mencelah.

"Aniq sebenarnya bukan pilot macam Balong. Aniq ni dia ada syarikat sendiri dekat luar negara. Kan, Aniq?" kata Haziq sambil sikunya dikenakan pada pinggang Aniq. Kelakuan Haziq dipandang pelik oleh ayah dan ibunya. Gayanya seperti memaksa Aniq memberitahu sesuatu perkara yang rahsia. Mawar pula hanya duduk membuat hal sendiri di meja makan iaitu menikmati hidangan makan malam. Akan tetapi, sebenarnya Mawar sedang memasang telinga terhadap perbualan mereka.

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now