Bab 13 : Kabedon!

1.6K 83 3
                                    

"Assalamualaikum!"

Kedengaran satu suara dan ketukan dari luar pintu rumah.

"Ha, itu kot orangnya dah sampai." kata Pakcik Rahman. Dia terus pergi ke ruang hadapan untuk menerima tetamunya.

***

"Hai, Mawar. Awak apa khabar?" soal Nizam.

"Alhamdulillah, saya sihat. Awak?" jawab Mawar.

"Kalau saya tak sihat, saya tidak datang sini." jawab Nizam.

"Oh ya, macam mana awak tahu alamat rumah saya?" soal Mawar.

"Awak ingat Cikgu Suraya? Saya minta daripada dia. Dulu, rumah dia di sekitar kawasan ini. Dan dia beritahu bahawa dia pernah tumpangkan awak balik ke rumah."

"Oh, cikgu muzik, kan?"

"Yup! Saya pelajar dia."

"Eh, saya pun pernah belajar muzik dengan dia masa tingkatan 1. Saya ingat lagi, dia suruh saya main piano, fail teruk! Ada sekali tu dia suruh saya menyanyi, habis saya kena gelak dengan satu kelas. Saya memang fail betul kalau benda berseni ni. Nasib baik lulus. Haha." kata Mawar.

"Maksud saya, dia mentor saya dan saya ini menti dia."

"Huh?"

"Saya seorang penyanyi. Tapi, mungkin saya tidak popular, sebab itu awak tidak tahu."

"Serius?! Wow, tahniah! Tak sangka saya berkawan dengan artis!" jawab Mawar teruja.

"Awak taknak tahu nama band saya?" soal Nizam.

"Apa ya?"

"Rosénta. Berasal dari perkataan Rose yang bermaksud Mawar."

"Oh, macam nama sayalah!"

"Yup. Memang saya ambil daripada nama awak." Nizam memandang Mawar dengan pandangan yang bermakna.

"Oh..terima kasih, saya terharu. Tapi kenapa nama saya..huhu." Mawar sudah berasa tidak sedap hati. Senaif-naif Mawar, dia masih lagi boleh berfikir.

"Because I used to like you." jawab Nizam.

"You..what?" Mawar terkejut. Dia tidak sangka Nizam sukakan dia. Tapi sejak bila?

"Saya pernah sukakan awak Mawar. Tapi awak jangan risau, saya sudah move on. Lagipun, awak kan sudah bertunang. Oh ya, bila awak nak kahwin?" soal Nizam. Aniq tidak cemburu ke melihat dia dan Mawar sedang berborak di gazebo depan rumah Mawar ini?

"Saya..tunang? Kahwin? Apa awak merepek ni Nizam?" soal Mawar pelik.

"Eh? Bukan ke dulu Aniq kata dia bakal suami awak?" soal Nizam.

"Dia bergurau je Nizam. Dia jiran saya. Tapi selepas itu dia pindah ke luar negara." jelas Mawar.

"Tapi saya rasa dia serius..." kata Nizam perlahan.

"Sorry saya tak dengar, awak cakap apa?"

"Oh, tak ada apa-apa."

"Ok.."

"Mawar."

"Ya?"

"Sebenarnya kehadiran saya ke sini sebab saya nak luahkan perasaan saya yang sudah lama terpendam dekat awak." jelas Nizam.

"Maaf, Nizam.. saya tak boleh terima awak." jujur Mawar. Selepas Aniq, dia tidak rasa dia boleh menerima lelaki lain dalam hatinya untuk masa terdekat ini. Biarlah luka lama pulih terlebih dahulu. Dia mahu fokus pada kerjayanya. Mungkin, bila dia sudah berumur 30 tahun, baru dia akan fikir soal pernikahan? Seperti Aniq, kahwin di usia 30 tahun.

Jiran Sebelah Rumah ✔Where stories live. Discover now