|| YOU'RE VAMPIRE? ||
Minseo's pov
Sekejap je dah malam. Ye la. Kitorang sampai pun pukul 4 petang. Nak angkat khemah-khemah tu ambik masa 30 minit jugak la. Nak pasang khemah lagi. Tup-tup pukul 7 malam dah. Dengan unggun api baru nak buat.
Haih... Salah Sir Sehun la ni. Kalau dia tak pot pet pot pet je memanjang, dah lama unggun api tu buat awal-awal.
Selepas makan malam, kami akan membuat aktiviti Treasure Hunt iaitu pencarian harta karun. Kami perlu mencari benda-benda yang tersembunyi di dalam hutan. Tapi, tidak jauh dari kawasan perkhemahan.
Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan ada 6 orang dan mesti ada perempuan, lelaki dan senior gred 5. Namun, bukan boleh pilih sendiri. Miss Sana yang akan menentukan ahli kumpulan masing-masing.
Aku sekumpulan dengan Chanyeol, Mina, Baekhyun, Jisoo dan... Jungkook. Jungkook weyh, Jeon Jungkook.
Ramai je kawan-kawan aku dah pandang-pandang group aku tak puas hati. Ewah, dah Miss Sana yang aturkan. Korang dengki apasal? Erghh—
Sekarang, kami sudahpun duduk di dalam kumpulan masing-masing. Kami membuat bulatan. Yang aku tak selesa sekarang ni, banyak je mata-mata dah pandang aku macam nak telan la, nak bunuh aku pun ada jugak. Sebab?
Lelaki yang bernama Jeon Jungkook duduk sebelah aku je sekarang ni. Kau rasa? Tak ke nanti aku kena kecam dengan fans dia?
Hak alahhh. Taehyung yang satu group dengan Jeonhyun tu tak nak pulak jeling-jeling dia. Aku yang duduk sebelah Jungkook ni je kena? Hampeh!
Mina yang duduk di sebelah kiriku sudah menampar-nampar lenganku taatkala Jungkook terpandang ke arahnya. Haih, minah ni... Keluar dah perangai gedikss dia tu.
"Weyhhh Minseo— Best la dapat satu group dengan dia. Arghh handsome!" Ujar Mina. Senyumannya tidak lekang dari bibir.
"Aku suruh Miss Sana tukarkan kau ke group lain nak?" soalku dingin.
Mina menggeleng perlahan. "Ahh tak nak, tak nak. Aku nak group ni."
"Kalau tak nak, simpan sikit perangai gedikss tu."
Sebaik saja aku berkata sebegitu, Mina terus mendiamkan diri. Haa, tahu takut. Aku tahu, idola kau satu group dengan kau. Tapi, jangan la buat dia rimas. Rimas sebab tergedik-gedikkan dia. Over gituu.
Kupandang sekilas ke sebelah kananku. Aik? Mana mamat tu menghilang? Wah wah wah, time game dah nak mula la dia nak hilang. Kes nak mengelak ke apa??
"Baiklah. Kamu semua boleh bermula dari... Sekarang! Wooo!" jerit Sir Sehun dengan gembiranya.
Kesemua pelajar terus berpusu-pusu masuk ke dalam hutan. Aku selambanya menghampiri Jeonhyun yang selamba badak dia je tengok smartphone dia sambil berjalan. Orang lain punyalah semangat kami berdua? Lenggang-kangkung je.
Leher Jeonhyun kupeluk. "Oii Jeonhyun. Kau tengok apa?" soalku.
"Erm... Tengok mesej omma." balas Jeonhyun lalu dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.
"Weyh... Taehyung sombong gila doh. Aku tegur dia, dia buat tak tahu je. Ahhh broken!" Jeonhyun meluahkan rasa tidak puas hatinya. Alaaa. Orang famous memang la macam tu. Jual mahalahanat katakan.
"Dia tak nak kat kau kot. Hahahaha!" aku ketawa paksa. Saja je nak kacau dia ni.
Jeonhyun mensepetkan matanya ke arahku. "Amboi! Mulut tu. Kot ye pun tak nak, at least balas la 'hai' ke. Ni tak, muka tu senyum pun tak nak. Huh!"
YOU ARE READING
☆ミ ONE : You're Vampire? ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
Fanfiction" Aku dahagakan darah manusia. " " J-jung... k-kook... " . . ©2018