|| YOU'RE VAMPIRE? ||
No one's pov
Minseo menggoyang-goyangkan kakinya. Sebelah tangan mengetuk perlahan kerusi di bus stop ini. Matanya meliar mencari kelibat Jeonhyun. Sudah 10 minit dia menunggu rakan baiknya itu. Namun, batang hidung minah itu pun masih tidak kelihatan.
Dating ke apa minah ni? Bisik hati Minseo.
Suasana di situ mulai mendung dan kemudiannya menjadi gelap sedikit demi sedikit. Dalam beberapa saat sahaja, hujan turun dengan lebatnya diikuti guruh yang bergema.
Minseo ingin masuk ke dalam kawasan sekolah. Namun, apakan daya. Dia tidak mempunyai payung. Takkan hendak meredah hujan begitu saja? Habis basah lecun baju dibuatnya.
Minseo mengeluh perlahan.
"Jom redah sama-sama?"
Satu suara menarik perhatiannya. Dari tunduk, Minseo mendongak. Jungkook. Ya, Jungkooklah yang berada di hadapannya sekarang ini. Jungkook tersenyum tipis ke arah Minseo. Minseo pula sudah tersenyum tersipu-sipu.
Minseo mengangguk. "Okay. Jom."
Jungkook membuka blazer sekolah yang dipakainya. Dia kemudiannya mengangkat tinggi blazer itu. Sekadar tidak mahu dibasahi air hujan yang masih turun.
"1... 2... 3!"
Jungkook dan Minseo terus berlari masuk ke dalam kawasan sekolah. Alele sweet gitu gamaknya. Nasib baik tiada banyak mata yang memandang.
Ahh lantaklah ada orang tengok pun. Peduli ada dua merpati tu. HAHAHAH!
Hujan begitu lebat. Macam manalah mahu pulang ke rumah. Sedang dia memerhatikan hujan yang galak membasahi bumi, dia ternampak kelibat Jackson yang keseorangan di koridor bilik guru.
Minseo melepaskan keluhan berat. Lama Minseo memerhati kelibat manusia yang sudah tidak bertegur sapa dengannya lagi.
"Kau... rindu persahabatan kau dengan Jackson?"
Diam.
"Kau nak berbaik dengan dia semula?"
Lambat-lambat Minseo menggeleng perlahan. Lidahnya terasa kelu saat Jungkook melontarkan soalan itu.
"Okay." balas Jungkook.
Blazer yang terkena hujan itu diletakkan di dalam beg sekolah. Ewahhh basah-basah dia letak je dalam beg? Bengong betul cucu Jebon ni!
"Awak tahu kan, saya dengan Jackson berkawan sejak kitorang kecil. Masa tu Jackson is everything."
"But now, saya buat perkara yang paling bodoh dalam hidup saya- Marah orang yang ada masa susah dan senang saya tanpa sebab..." Mata Minseo mula merah. Hidungnya juga begitu.
Sungguh perit rasanya apabila dia mengimbau kembali waktu dia memarahi Jackson. Waktu dia memalau Jackson hanya kerana mahu luangkan masa bersama Taehyung ataupun Jungkook.
Jungkook hanya memandang sayu gadis di hadapannya itu. Dia tahu, perit rasanya jika hal itu terjadi padanya. Dia berasa serba salah.
Serba salah kerana sebabkan dia, Minseo sanggup keluar dengannya. Dia sanggup abaikan kawan baiknya sendiri.
"And you have me now." ujar Jungkook.
Minseo mendongak memandang wajah Jungkook yang tampak tenang itu.
"Kim Minseo, I'm promise. Aku janji yang aku akan sentiasa buat kau happy. Aku akan sentiasa ada di sisi kau. And-"
"Jungkook, awak gantikan tempat Jackson untuk saya." potong Minseo.
YOU ARE READING
☆ミ ONE : You're Vampire? ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
Fanfiction" Aku dahagakan darah manusia. " " J-jung... k-kook... " . . ©2018