VAMPIRE 7

3.8K 323 26
                                    

|| YOU'RE VAMPIRE? ||


Minseo menghela nafas berat. Hari ini hari Sabtu. Kalau waktu sekarang ni, memang dia tengah terbongkang lagi. Tapi disebabkan dia ada latihan tennis, dia terpaksa juga datang ke sekolah .

Jeonhyun pulak demam. Jadi, dia tak boleh temankan Minseo. Alone la dia.

Alone apanya ada Jisoo kot. Hak alahhhh kawan jugak kan? Janji ada peneman.

Sedang Minseo berjalan menuju ke gelanggang tennis, ada benda bulat jatuh di atas kepalanya. Otak bergegar seminit. Minseo mengaduh kesakitan. Boleh bengong kepala dia tu.

Minseo memandang ke arah padang. Tengah main bola sepak rupanya. Salah seorang dari mereka berlari anak menuju ke arah Minseo. Namja yang berlari anak ke arah Minseo itu macam kenal.

Zoom sikit— and...

Kim Taehyung!?

"Sorry pasal bola tu. Gwenchana?" soal Taehyung sambil menundukkan wajahnya untuk memandang Minseo.

Minseo mengangguk kecil. "N-nae... Aduh..."

Kata okay. Tapi cara macam sakit je.

"Aku tau kau tak okay." ujar Taehyung sambil mengambil bola yang hampir bergolek masuk ke dalam longkang.

Tanpa sepatah kata, Taehyung terus berlari ke padang. Cehh. Dia blah terus je?! Si alien tu taguna laaa.

Baru Minseo perasaan akan kewujudan Jungkook di padang itu. Jungkook memandang ke arah Minseo lama. Apabila wisel ditiup, barulah dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

Minseo tidak mengendahkannya. Dia terus menapak ke gelanggang tennis. Kelihatan Miss Tzuyu sedang bermain tennis bersama Umji, pelajar junior gred 3. Dia ni memang baik gila dengan aku sejak dia masuk sekolah ni.

Kalau nak mintak siapa-siapa jadi spy, boleh la harapkan Umji ni. Aku pernah suruh dia ambik gambar Kang Daniel, senior gred 5. Gambar yang dia ambik, semua aesthetic kot. Law@.

Aku pernah crush on dekat Daniel tu dulu. Hehehehe. Dulu eh. Sekarang tak ada dah. Crush aku Cooky.

"Annyeong haseyo—" sapaku sebaik saja aku meletakkan beg sandangku di atas kerusi panjang.

Miss Tzuyu dan Umji serta merta memandang ke arahku. "Minseo, Jeonhyun mana?" soal Miss Tzuyu.

"Dia demam. So, tak dapat datang. Mana yang lain?"

"Ada je. Diorang pergi beli air. Pergi la buat warm-up dulu." arah Miss Tzuyu.

Minseo terus membuat aktiviti memanaskan badannya di satu sudut.



💉💉💉




Minseo's pov

Peluh di dahi kulap dengan tuala kecil yang berada di atas bahuku. Hampir 3 jam juga latihan tennis ini. Aku, Jeonhyun, Umji, Jisoo dan beberapa orang lain terpilih untuk memasuki pertandingan pada dua minggu akan datang.

Sebab tu Miss Tzuyu buat latihan hari ni. Bukan hari ni je, esok pun ada. Waktu sekolah pun ada, tapi waktu kokurikulum je la. Waktu lain cikgu tak nak kacau.

"Miss Tzuyu, saya nak pergi tandas kejap?"

Miss Tzuyu hanya mengangguk. Aku beredar dari gelanggang tennis ini.

☆ミ ONE : You're Vampire? ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now