|| YOU'RE VAMPIRE? ||
Keep reading yahh. Wink from Jeon Jungkook aww~
.
.
No one's pov
Hari ini, Minseo sudahpun boleh ke sekolah. Kakinya sudah sembuh sepenuhnya. Bukan main lagi lompat-lompat dalam bilik sebelum ke sekolah. Haih... Macam ni punya perangai pun ada ka?
Minseo berjalan bersama Jeonhyun. Hari ini, Minseo tidak mengikat rambutnya. Katanya, dia mahu menukar gaya baharu. Asyik ikat rambut saja. Sudah bosan. Ingin saja dia mewarnakan rambut. Tapi, nanti-nanti sajalah.
Sebaik saja mereka berdua masuk ke kelas, Mina dengan segera berlari ke arah Minseo. Belum sempat Minseo meletakkan begnya, lengannya sudah ditarik Mina hingga ke belakang kelas.
Berkerut-kerut dahi Minseo memandang Mina yang sudah tersengih-sengih menampakkan barisan giginya.
"Kau dah kenapa?" soal Minseo.
"Serious la Jungkook yang angkat kau masa kaki kau terseliuh tu?"
BOOM!
Siapa yang sebarkan benda ni woii?!
"Mana kau tahu semua ni?" soal Minseo sambil memandang tajam ke arah Jisoo yang rancak bersembang dengan Rose.
"Jisoo yang bagitau." balas Mina jujur.
Seperti yang sudah diagak. Jisoo... Siap la dia nanti. Makcik bawang betul. Sama la dengan geng-geng Minseo ni HAHAHAHA!
Minseo mengangguk kecil.
"So, betu la ni? Oh My God! Best la kau, Jungkook angkat kau. Kau yang first ni..." ujar Mina sambil menampar bahu Minseo perlahan.
Minseo hanya tersenyum tawar. Setelah Mina berlalu pergi, Minseo terus menuju ke arah Jisoo. Tidak sempat Jisoo berkata apa, pinggang Jisoo dicubitnya. Terangkat habis tubuh Jisoo. Fikir tak sakit?
"Yahh! Minseo! Sakit laa!" ujar Jisoo.
"Siapa suruh kau bagitau yang Jungkook angkat aku tu?!" soal Minseo garang.
Jisoo hanya tersenyum kambing. Minseo sudah bercekak pinggang. Mahu saja dia karate si Jisoo tu. Namun, niatnya ditahan saja. Dalam kelas kot. Agak-agaklah. Tak pasal-pasal masuk bilik disiplin. Buat malu je.
"Kau bagitau siapa lagi?"
"Rose dengan Mina je. Betul, aku tak tipu. Sumpah." Jisoo mengangkat tangan kanannya ala-ala nak baca ikrar.
Minseo memandang Jisoo dengan mata yang dikecilkan. Boleh percaya ke tak ni?
"Okay. Tapi kalau ada lagi yang tahu, kau yang aku cari dulu. Araaseo?!" Minseo acah garang. Matanya dijegilkan.
YOU ARE READING
☆ミ ONE : You're Vampire? ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
Fanfiction" Aku dahagakan darah manusia. " " J-jung... k-kook... " . . ©2018