040 [ Final ]

2.8K 195 39
                                    

YOU'RE VAMPIRE?

[Minseo pov]

"Hyun, kau rasakan... vampire wujud tak?"

Jeonhyun memandangku pelik. Mulutnya rancak mengunyah pepero. Tangan pula sibuk bermain di skrin telefon bimbitnya.

"Kau demam ke?" Soal Jeonhyun.

Aku menggeleng.

"Aku rasa wujud. Kau tahu kan dulu ada kes yang ada vampore hisap darah sorang minah ni. Bukan sorang, 2-3 orang jugaklah."

"Tapi tu la... Lama dah tak dengar pasal vampire tu. Sejak 4 bulan lepas." Sambung Jeonhyun lagi.

Suasana sepi seketika.

"Asal kau tanya?" Soal Jeonhyun sambil memandang ke arag skrin telefon bimbitnya.

"Aku nak tahu je. Erm, kalaulah vampire tu ada kat dalam rumah ni, apa kau buat?"

Jeonhyun terus membuntangkan matanya ke arahku. Telefon bimbit dilekapkan ke dadanya. "Eh, kau jangan main-main. Aku takut!"

Terus saja Jeonhyun mengambil tempat di sebelahku. Heh, takut benor engko ye. Dahlah Baekhyun tu pun jenis penakut.

Pfft.

Elok sangatlah pasangan ni. Dua-dua penakut. Dua-dua jenis menggila. Dua-dua jenis kaki bawang.

Sesuai!

"Ishh kau ni! Aku cakap KALAU je. Yang kau takut sangat asal?" Aku menolak sedikit tubuh Jeonhyun yang merapatiku.

Jeonhyun diam. Hahahah malu la tu~

"Erm, takpe la. Aku nak keluar." Ujarku lalu aku terus bangun.

Sekali lagi Jeonhyun memandang pelik ke arahku.

"Nak pergi mana pulak?" Soalnya.

"Saja. Ambil angin kat luar tu." Balasku selamba. Tanganku terus saja menyambar pepero Jeonhyun yang masih berbaki.

Jeonhyun bergumam seketika. "Hah, pergilah. Apa-apa call aku."

Aku sudah tersenyum. Terus saja tubuh Jeonhyun kupeluk erat. "Thank you, my sister!"

Terus saja aku keluar dari bilikku sebaik saja aku mengambil telefonku yang berada di atas katil.

Aku mengeluh perlahan. Mungkin, itulah pelukan terakhir kami. Mungkin juga itu kali terakhir kami bergelak ketawa. Mungkin juga itu kali terakhir kami tinggal bersama.

Maaf. Tapi, aku sudahpun membuat keputusan. Dan aku mahu teruskan niatku ini.

Sorry, omma dan appa.

Sorry, Jeonhyun.

Aku terpaksa.


______________

Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu rumah ini. Dalam hati, aku berharap sangat yang diorang semua takde dekat rumah.

Dup dap dup dap

Jantungku berdetak laju. Bagaikan baru saja selesai larian 200 meter. Atau lebih? Ahh yang aku tahu jantung aku berdegup kencang.

Aku menolak pintu perlahan. Kepala kujenguk ke dalam. Kosong. Mungkinkah petanda baik?

Aku melangkah masuk ke dalam rumah ini. Pintu kututup perlahan. Gaya macam pencuri gamaknya.

Terjengket-jengket kumelangkah ke arah anak tangga. Satu persatu anak tangga kupijak perlahan agar tiada bunyi yang dihasilkan.

☆ミ ONE : You're Vampire? ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now