Bab 8

16.3K 807 16
                                    

BEBRBUKA puasa pada hari ini seperti ada sesuatu yang agak kurang. Lama mata Farhan memerhati di sekeliling dapur. Matanya tercari-cari kelibat seseorang.

"Arul, mana Kak Piah?" Bisik Farhan kepada Fakrul yang sedang duduk di sebelahnya.

Fakrul hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Fariha pula sejak dari tadi hanya berwajah masam.

"Kamu semua berbukalah ye. Opah nak solat dulu. Nanti opah makan dengan Piah." Tiba-tiba Saleha bangun untuk naik ke bilik selepas menjamah kurma.

"Makan jelah dulu mak. Budak tu tau lah dia cari makan sendiri. Manjakan sangat budak tu." Suraya merengus dengan kasar.

"Angah ni dah kenapa? Asyik nak cari pasal je dengan budak Piah tu. Depan rezeki pun nak bertekak." Tegur Saiful kurang senang.

Suraya mengetap bibirnya menahan rasa geram.

"Along pun sama je. Dengan Piah bukan main melayan lagi..."

Kamal tidak senang hati melihat perbuatan isterinya. Malu juga dia di depan ahli keluarga yang lain.

"Su, sudahlah tu. Kita tengah berbuka kan." Tegur Kamal cuba meredakan keadaan.

Hanya jelingan sahaja yang diberikan oleh Suraya. Saleha yang dari tadi berdiam diri hanya menggelengkan kepala.

"Mak tak tahulah apa lagi yang angah tak puas hati pada si Piah tu. Angah ingat mak tak tahu, angah yang tak bagi Piah berbuka sama dengan kita kan? Mak dengar masa angah ke bilik Piah tadi. Kalau ikutkan hati mak ni, nak je mak marahkan angah tapi mak malas nak panjangkan cerita," luah Saleha dengan perasaan kecewa.

Mereka yang berada di meja makan terkejut mendengar cerita Saleha. Tergamak Suraya berbuat begitu kepada Piah.

Fariha turut terkejut kerana sebentar tadi Piah ada memberikan alasan sakit perut. Disebabkan itu juga Piah enggan berbuka bersama mereka. Wajah Farhan jelas berubah tegang.

Saleha terus naik ke atas menuju ke biliknya. Dia tidak mahu memanjangkan perbalahan dengan Suraya. Kamal yang malu dengan siap isterinya hanya mencerlung ke arah Suraya. Naira dan Naura hanya berdiam diri. Takut jika mereka dimarahi oleh ayah mereka pula.

Farhan turut bangun selepas menjamah sebiji kurma.

"Paan, kamu nak ke mana?" Pelik Faridah melihat Farhan ingin beredar dari meja makan. Nasi di pinggan masih belum luak.

"Paan pun nak solat dulu. Nanti Paan sambung makan."

"Eh! Abang Paan, makanlah dulu. Naira dah belikan bubur lambuk. Ni kan makanan kegemaran Abang Paan." Naira cuba menarik perhatian Farhan agar berbuka puasa bersama mereka.

Farhan hanya berlalu pergi tanpa mengendahkan Naira. Berbahang wajah Naira apabila dirinya tidak dilayan. Suraya turut terkesan dengan perbuatan Farhan.

"Tengoklah anak along tu. Dah berjangkit dengan perangai kurang ajar si Piah tu. Naira tu punyalah baik belikan Paan tu bubur. Boleh pula berlagak sombong." Marah Suraya dengan sikap biadap Farhan.

"Maafkan Paan, Su. Dia tak berapa sihat agaknya." Faridah cuba menenangkan Suraya.

Suasana berbuka yang sepatutnya menjadi meriah bertukar menjadi tegang. Saiful kecewa dengan sikap adiknya yang tidak pernah berubah sejak dari dulu lagi. Hanya kerana dendam lama, Piah menjadi mangsa keadaan.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

HAMPIR tersembur keropok udang yang dimakan oleh Piah. Selepas sahaja Fariha berbuka puasa, terus dia menerjah masuk ke bilik dapur. Habis diceritakan tentang hal yang berlaku ketika berbuka sebentar tadi.

Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang