Bab 20

23.7K 885 61
                                    


FARHAN dan Fariha sedang ralit menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara orang memberi salam. Faridah yang ketika itu baru sahaja ingin ke dapur, terus ke pintu utama untuk melihat tetamu yang datang.

Saleha turut duduk di sisi Farhan. Tidak lama kemudian muncul Faridah bersama Suraya serta kedua-dua anak kembarnya.

Fariha dan Farhan segera bersalam dengan Suraya. Namun huluran tangan Farhan langsung tidak disambut. Terus berubah wajah Farhan dengan reaksi ibu saudaranya itu.

"Riha, pergi panggil papa." Faridah memberikan arahan kepada anaknya.

"Baik mama..."

Hati Faridah mula tidak senang dengan kehadiran adik iparnya itu. Sebaik sahaja Saiful muncul di ruang tamu, barulah mereka memulakan perbualan.

"Awal Aangah datang rumah along. Angah datang ni, nak tolong untuk persiapan perkahwinan Paan dan Piah ke?" Tanya Saiful.

Suraya mencemik mulutnya tanda meluat.

"Tak ingin angah. Angah datang ni nak minta perjelasan dari along dan mak. Kenapa along nak sangat kahwinkan Piah tu dengan anak along? Dah tak ada sangat ke perempuan yang lebih layak untuk dijadikan isteri Paan ni?"

Merah muka Suraya menahan marah. Hati Suraya benar-benar sakit saat diberitahu tentang perkahwinan ini. Malah, baru semalam dia diberitahu oleh Saiful tentang perkara yang penting ini.

"Jaga mulut tu sikit angah. Perempuan yang angah mengata tu, cucu mak, anak saudara angah juga." Tegur Saleha dengan agak lantang. Dia sudah semakin hilang sabar dengan sikap pendendam anaknya itu.

Suraya tersenyum sinis.

"Angah tak pernah anggap dia tu anak saudara angah. Bagi angah, Safina tu bukan adik angah lagi. Mak dah lupa ke apa yang dia dah buat pada hidup angah dulu?" Tengking Suraya yang tidak mahu mengalah.

"Bawa mengucap Su... jangan ikutkan hati sangat." Faridah cuba memujuk.

Naira dan Naura yang turut berada di situ hanya berdiam diri sahaja. Saiful dan Farhan turut terkejut dengan sikap Suraya ketika itu.

"Mana Piah? Panggil dia. Biar angah beritahu dia siapa mak bapak dia tu yang sebenarnya. Biar dia sendiri tahu dari mulut angah yang arwah mak bapak dia tu bukan orang yang baik."

Suraya sudah menjerit-jerit sambil menangis. Hatinya sangat sakit saat teringatkan perbuatan arwah ibu bapa Piah dahulu terhadap dirinya. Kesan perbuatan ibu bapa Piah sehingga sekarang masih menghantui dalam kehidupan Suraya.

Farhan yang mendengar ugutan itu, segera menyuruh Fariha ke bilik Piah. Dia tidak mahu Piah keluar dari biliknya ketika ini.

"Riha, pergi dekat Piah. Jangan benarkan Piah keluar bilik." Pesan Farhan dengan tegas.

"Baik. Riha pergi sekarang..." Fariha segera ke bilik Piah. Dia juga sangat risaukan keadaan Piah jika benar ibu saudaranya itu mahu menyerang Piah.

"Cukup angah! Sampai bila angah nak berdendam? Angah tak kesian ke pada mak?" Saleha cuba merayu kepada anaknya. Pipinya sudah lencun dengan air mata saat melihat keadaan Suraya yang semakin teruk.

"Sepatutnya angah yang tanya mak. Mak pernah ke kesiankan dengan nasib angah lepas apa yang arwah mak bapak Piah tu buat pada angah? angah tak setuju Piah dikahwinkan dengan Paan. Kau pun Paan, jangan ingat mak Nnah tak tahu kau kahwin dengan Piah tu pun sebab nak lindungi dia sahaja kan? Kau takut aku serahkan budak Piah tu pada orang lain. Betul kan?" Amuk Suraya.

Terkedu Farhan dengan telahan Suraya. Saleha juga turut terkejut sehingga dadanya terasa sakit.

"Mak ngah cakap apa ni? Paan tak faham apa yang mak ngah cakapkan tapi Paan ikhlas nak bernikah dengan Piah. Mak ngah jangan cuba nak buat fitnah..."

Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang