TERASA berat kepala Piah saat dia tersedar. Perlahan-lahan Piah membuka mata dan memandang di sekelilingnya. Sah! Dia hanya bermimpi di siang hari rupanya. Satu senyuman manis terukir di bibirnya. Terasa indah betum mimpinya tadi.
Lekas dia bangun dari terus berbaring sambil mengikat rambutnya dengan kemas. Piah teringatkan mimpi tadi. Laju kepalanya digelengkan kerana cuba menghapuskan tentang lamaran itu. Kenapalah susah sangat Piah hendak melupakan Farhan.
"Parah ni..."
Hampir melompat Piah saat tersedar Fariha sedang duduk di kerusi sambil memeluk tubuh. Saleha juga ralit memerhati Piah yang baru sedar itu.
"Kau... kau bila balik?"
Berkerut dahi Fariha. Sah si Piah ni tengah mengingau. Saleha turut berasa hairan.
"Bangun-bangun dari tidur, dok tersenyum macam orang tak betul. Lepas tu, tergeleng-geleng kepala. Ni, dah hilang ingatan pula. Aku tak pergi mana pun sejak kau pengsan."
"Ha! Aku pengsan?"
Geram dengan reaksi Piah yang masih belum sedar, dia lekas meluru ke arah Piah dan memukul lengannya dengan kuat. Tergeleng kepala Saleha melihat gelagat cucu-cucunya.
"Adoi! Sakitlah. Kau ni dah kenapa?" Marah Piah apabila dipukul secara tiba-tiba.
"Kau tu memang drama sangat hari ni. Baru kena lamar dah pengsan. Kalau dah nikah gamaknya terus goal..." Sindir Fariha.
"Fariha., apa cakap macam tu? Tak baik." Saleha menegur Fariha.
Tersedar gurauannya agak kasar, Fariha hanya tersengih-sengih memandang Saleha.
"Ni... nikah?" Bulat mata Piah.
"Yelah. Kau dengan Abang Paan." Selamba Fariha menjawab.
"Jadi aku bukan mimpilah tadi?" Tanya Piah inginkan kepastian.
Kali ini Saleha pula bertindak dengan mencubit lengan Piah sekuat hati. Makin kuat jeritan Piah kali ini.
"Sakitlah opah." Rasa nak menangis dibuatnya. Berbisa sungguh cubitan Saleha.
"Biar kamu tu sedar sikit. Pasal hal petang tadi, Piah hampir buat opah sakit jantung."
Berbahang wajah Piah. Fahamlah dia dengan apa yang telah berlaku sekarang. Ternyata ia satu realiti. Adegan Farhan melamarnya juga adalah betul.
"Maaf opah, Piah tak sengaja. Piah ingat Abang Paan tu opah. Sebab tu... ermm..."
Tak sanggup pula Piah hendak menghabiskan ayat. Terasa tebal wajahnya ketika ini saat teringatkan adegan itu. Gara-gara tuala yang menutup kelapa Farhan dia menganggap lelaki itu Saleha.
"Kau ni selalu je kalut. Risau aku dengan kau ni. Dahlah dengan peel abang aku yang susah nak bercakap. Nanti kalau dah kahwin, tak tahulah aku..."
"Eh! Siapa cakap aku nak kahwin dengan abang kau?" Marah Piah apabila Fariha tiba-tiba bercakap tentang isu perkahwinan.
Saleha mencerlung memandang Piah.
"Jangan nak membantah. Opah nak Piah terima lamaran Paan tu. Opah yakin Paan ikhlas dengan Piah. Kalau Piah sayangkan opah, ikut cakap opah dan pak long," arah Saleha dengan tegas.
Terkebil-kebil Piah memandang Saleha. Fariha pula tersenyum mengejek.
"Opah! Kenapa tiba-tiba je nak Piah kahwin? Lagi satu, kenapa pula cucu opah tu tetiba je nak nikah dengan Piah? Enam tahun menghilang, sesuka hati je ajak orang nikah."
Marah juga Piah dibuatnya. Bukan dia tidak suka di satukan dengan Farhan, cuma Piah merasakan perkara ini terlalu mendadak.
"Kau terima jelah Piah. Memang abang aku tu dari dulu lagi nak kahwin dengan kau. Kalau kau nak bahagia, lebih baik kau terima lamaran Abang Paan tu." Nasihat Fariha.
KAMU SEDANG MEMBACA
Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral
RomansaPiah Dan Mr.Beku Seorang ceria Seorang lagi dingin Piah yang sukakan sepupunya sejak kecil Walaupun Mr. Beku yang dingin, namun masih ada sifat melindungi diri Piah Seksa betul hati Piah mencintai dalam diam Dijodohkan dengan Mr.Beku atas sebab ter...