PIAH masuk ke dalam bilik tidur yang terletak di bahagian dapur setelah pulang dari menunaikan solat terawih. Malas pula Piah hendak melayan drama tak berapa menjadi di antara Farhan dan Naira di kereta.
Jika diikutkan hati, Piah tidak mahu menaiki kereta bersama Farhan. Sakit pula hatinya melihat Naira yang menggeletis macam ulat bulu di sisi Farhan.
Kesian juga Piah melihat Naira yang tidak pernah beputus asa untuk mengambil hati Farhan. Farhan pula langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap Naira. Tak faham Piah dengan masalah personaliti Farhan ni. Sekejap mesra, sekejap beku.
Baru sahaja Piah hendak berbaring, dia ternampak satu beg kertas terletak elok di atas meja solek. Berkerut dahi Piah seketika. Lekas dia bangun dari berbaring dan mengambil beg kertas itu. Berhati-hati dia melihat isi di dalam beg kertas itu. Takut juga Piah jika si kembar mahu membuat onar.
Terkedu Piah saat melihat sepasang baju kurung moden yang dilihatnya tempoh hari di dalam beg kertas itu. Siapa yang beli? Fariha ke? Tersenyum piah. Tanpa membuang masa, lekas dia mencuba baju itu di tubuhnya. Makin lebar senyuman Piah saat dia bergaya di hadapan cermin.
"Amboi, dah cuba ke baju tu?" Sergah Fariha yang tiba-tiba muncul di bilik.
Terkejut Piah. Mahu sahaja Piah meluku kepala Fariha yang sesuka hati masuk ke bilik ini tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Terperanjat aku. Suka sangat masuk bilik orang tak bagi salam. Terima kasih, Riha. Baiknya kau bagi baju ni," kata Piah sambil tersenyum manis.
"Eh, bukan akulah. Bukan kau ke yang beli?" Fariha sudah duduk bersila di atas katil. Bilik di dapur ini agak selesa walaupun kecil.
"Hah! Err... mak long kut bagi..." Teka Piah.
"Hishh! Apa hal papa aku pula. Ni, Abang Paan yang suruh aku letak dalam bilik kau. Dia kata, kau yang terlupa nak ambil baju ni. Konon tak nak beli, sekali aku tengok lagi mahal dari aku adalah," sindir Fariha.
Tergamam Piah. Kepala yang tidak gatal digarunya.
"Abang Paan cakap macam tu ke?" Bulat mata Piah
"Yelah. Abang Paan yang cakap macam tu." Fariha sudah memandang Piah dengan cuiriga.
Piah masih lagi tercengang. Tak mungkin mamat beku tu yang belikan.
"Err... ye lah. Aku sendiri terlupa pasal baju ni." Piah ketawa yang dibuat-buat.
"Betul ni? Lain macam je aku tengok kau..."
"Dah lah. Pergi tidur. Aku nak rehat. Kau tu dah lah tak puasa. Esok aku nak sahur." Halau Piah cuba menukar topik perbualan.
"Amboi! Menghalau nampak. Malam ni aku nak tidur sini. Malas nak menghadap si kembar tu. Sakit telinga aku ni dengar budak Naira tu berdengkur. Yang Naura tu elok pula tidurnya..."
"Eh, jangan nak mengada."
"Tak kira. Tepi sikit..."
Tersengih-sengih Fariha berbaring di atas katil Piah. Piah menarik nafasnya dengan agak berat. Selepas dia menukar pakaiannya kepada baju tidur, baju pemberian Farhan di simpan ke dalam almari.
Termenung Piah memikirkan sebab Farhan melayan dia dengan baik sejak akhir-akhir ini.
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
SEJAK pagi tadi, keluarga Saleha sedang sibuk menghias rumah dan memasak hidangan untuk hari raya esok. Piah dan Fariha bersemangat mengemas dan menghias ruang tamu rumah. Sedang rancak mereka berdua berbual, terdengar suara orang memberi salam. Fariha dan Piah saling berpandangan. Segera mereka berdua keluar untuk melihat tetamu yang datang.
KAMU SEDANG MEMBACA
Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral
RomancePiah Dan Mr.Beku Seorang ceria Seorang lagi dingin Piah yang sukakan sepupunya sejak kecil Walaupun Mr. Beku yang dingin, namun masih ada sifat melindungi diri Piah Seksa betul hati Piah mencintai dalam diam Dijodohkan dengan Mr.Beku atas sebab ter...