Haaa tu dia. Dua kali dah acik post teaser. 😆
“Saya Sir.” Laung seorang gadis pula.
“Ye silakan.”“Saya Dayana. Kalau tak keberatan boleh kami tahu Sir dah berkahwin ke belum?” Soal Dayana dengan aksi menggeletis. Hampir juling biji mata Piah melihat kelakuan gadis itu.
“Sudah. Baru tiga bulan saya berkahwin.”
Satu dewan kuliah itu gamat dengan suara sorakan. Ada juga suara nakal yang menyatakan rasa kecewa kerana pensyarah mereka ini sudah pun berkahwin.Tiba-tiba pandangan mata Piah dan suaminya saling bertemu. Berdebar Piah dibuatnya dengan renungan Farhan. Segera Piah mengalihkan anak matanya ke arah lain.
“Saya Azlan. Isteri Sir orang mana?” Tanya Azlan pula.
“Orang Pahang juga. Sekarang, dia ada dekat dengan saya...” Farhan tayang wajah selamba sambil matanya tidak lepas memandang wajah isterinya.
Piah sudah tidak senang duduk. Takut kalau Farhan tiba-tiba membuat pengakuan. Masak Piah nak menjawab dengan kawan-kawannya nanti. Pelajar yang lain, sudah mula berbisik-bisik.
“Hah! Dekat mana Sir?” Tanya salah seorang pelajar di sini.
Berangin pula Piah dibuatnya. Tiba-tiba sahaja isu isteri pensyarah yang timbul di sini. Langsung tak ada kena mengena dengan subjek mereka.
“Dalam hati saya.”
Sekali lagi dewan kuliah itu gamat dengan jawapan Farhan.
Cia cia cialah sangat! Hampir putus nyawa Piah dibuatnya. Sudahlah membuat ayat manis dengan wajah yang ketat. Tak sesuai langsung.
“Sekarang, giliran saya pula yang bertanya. Saya harap, semua pelajar di sini bersikap jujur. Ada tak di kalangan pelajar saya di sini, sudah pun berkahwin?”
Tubuh Piah menjadi tegak. Sah! Farhan memang sengaja cuba mengenakan dia. Serba salah pula Piah hendak mengaku. Piah masih ingat janjinya kepada Farhan. Mulutnya tiba-tiba menjadi berat untuk mengaku. Fatin dan Iris dipandangnya silih berganti. Jika Piah mengaku, pasti kedua-dua sahabatnya ini akan mengamuk besar.
“Memang tiada ke?” Sekali lagi Farhan bertanya.
Mata Farhan memandang tajam ke arah Piah. Dia sebenarnya ingin menguji Piah sama ada isterinya akan menepati janji atau tidak.
Terkilan juga Farhan melihat Piah hanya berdiam diri.
“Baiklah. Saya andaikan semua pelajar saya masih belum berkahwin. Jadi saya harap, tiada alasan untuk pelajar saya tidak memberi komitmen terhadap subjek saya nanti. Kita teruskan dengan kelas kita sekarang.” Satu jelingan tajam diberikan kepada Piah sebelum Farhan menghidupkan komputer riba.
Gerun pula Piah melihat jelingan tajam Farhan. Piah tidak sanggup lagi untuk terus menutup mulut. Takut kalau Farhan merajuk panjang dengannya, jenuh pula dia nak memujuk. Piah menarik nafas dalam-dalam. Bersedia dengan perkara yang bakal berlaku kepada dia selepas ini.
“Saya!”
Bergema suara Piah di dalam dewan kuliah itu. Semua mata memandang ke arah Piah. Iris dan Fatin terpinga-pinga dengan kelakuan Piah.
“Kau ni dah kenapa Piah?” Bisik Iris yang cuba menarik Piah supaya duduk kembali.
“Ye, kenapa dengan kamu? Kalau nak tanya soalan, masa dah tamat.” Farhan masih mengekalkan nada yang tegang.
“Err, sa... saya...” Tergagap-gagap Piah sebaik sahaja melihat wajah serius Farhan.
“Saya apa?” Sengaja Farhan menyoal dengan suara yang lebih tinggi.
“Dah kahwin! Ya Sir, saya dah kahwin.”
Iris dan Fatin sudah ternganga. Suasana di dalam dewan menjadi sunyi sepi. Hampir menangis Piah dibuatnya. Semuanya kerana Farhan.
“Okey. Awak boleh duduk. Saya nak sambung mengajar kelas sekarang.” Wajah Farhan beriak kosong.
Terlopong Piah dengan reaksi Farhan. Tidak sangka dia menerima reaksi suaminya seperti ini. Punggungnya dihempas dengan kasar di atas kerusi. Buku nota dan pen dikeluarkan dengan kasar dari beg galas.
“Ehem…” Iris berdeham keras.
Keras kejung tubuh Piah saat dia baru tersedar sesuatu. Tersengih-sengih Piah memandang wajah Fatin dan Iris.
******
🔥 Jimat postage (free sehingga 26 Jan) dengan pembelian Kombo Bossy = Piah Di Hati mr Beku dan The Boss
🔥 1000 cetakan (anggaran)
🔥 400+ muka surat
KAMU SEDANG MEMBACA
Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral
RomancePiah Dan Mr.Beku Seorang ceria Seorang lagi dingin Piah yang sukakan sepupunya sejak kecil Walaupun Mr. Beku yang dingin, namun masih ada sifat melindungi diri Piah Seksa betul hati Piah mencintai dalam diam Dijodohkan dengan Mr.Beku atas sebab ter...