Bab 5

18.1K 786 32
                                    

FARHAN masih ralit membalas kiriman mesej dari rakan-rakannya di UITM Jengka. InshaAllah, tahun hadapan dia akan berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajarannya selama lima tahun di sana.

"Abang Paan..."

Farhan menoleh memandang adik bongsunya.

"Ehmm..." Guman Farhan.

"Tadi Abang Paan marah ke dengan Kak Piah?" Tanya Fakrul.

"Tak sebab dia tak sengaja." Farhan melihat telefon bimbitnya semula.

"Ye ke?" Duga Fakrul.

Farhan mengeluh perlahan. Telefon bimbitnya diletak di atas riba.

"Arul nak cakap apa sebenarnya dengan Abang Paan?" Hampir sahaja Farhan meninggikan suaranya kerana ditanya dengan soalan yang sama.

Terkulat-kulat Fakrul dengan reaksi Farhan. Aura dingin Farhan sudah muncul.

"Err... biasanya Abang Paan kan tak suka perempuan pegang abang. Tadi tu, Kak Piah siap terpeluk lagi. Tapi Abang Paan macam biasa je..." Fakrul sekadar ingin tahu.

Sejak dari kecil lagi Fakrul sudah tahu perkara yang tidak disukai oleh Farhan. Pernah beberapa kali sepupu mereka iaitu Naira cuba memegang tangan Farhan. Akibatnya, teruk sepupu mereka itu dimarahi oleh Farhan.

"Dahlah. Abang Paan dah mengantuk. Tutup lampu tu," arah Farhan tanpa menjawab soalan Fakrul.

Fakrul hanya menurut.

Sebaik sahaja lampu bilik terpadam, Farhan teringatkan kejadian tadi. Dia sebenarnya tidak pernah rapat dengan semua sepupunya yang lain, lebih-lebih lagi dengan sepupu perempuan.

Selepas kejadian tadi, Farhan sudah tidak senang duduk. Dia cuba beriak selamba di hadapan Piah. Hakikatnya, dia hampir sahaja gagal mengawal perasaannya dengan sentuhan gadis itu. Dia pun lelaki yang normal.

Farhan cuba mengusir bayangan Piah dari fikirannya. Matanya dipejam rapat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lekas dia melihat mesej di telefon itu.

Assalamualaikum. Awak dah ada kat kampung ke? Saya harap awak dapat bagi jawapan awak pada saya ye. Saya akan sabar menunggu. Selamat malam. - Humaira.

Farhan menarik nafasnya dengan agak berat. Perlu ke dia memberikan jawapan kepada Humaira?

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

SEJAK kes Piah terpeluk Farhan tiga hari yang lepas, Piah selalu saja mengelak dari terserempak dengan Farhan. Malunya masih lagi bersisa sehingga ke hari ini.

"Piah, esok kita pergi bandar ek. Aku nak cari baju raya. Kau pun kena ikut. Papa aku nak belikan baju raya untuk kau," ajak Fariha.

"Malaslah. Lagipun, baju raya aku elok lagi." Piah menolak dengan baik.

Mustahil dia mengikut Fariha keluar ke bandar esok. Sudah pasti lelaki itu ada sekali. Lebih baik dia tinggal di rumah sahaja.

"Tak payah nak mengada nak duduk dekat rumah. Esok, opah kata dia nak ke rumah kawan dia. Jadi kita semua berbuka dekat luar."

Piah mengeluh lemah. Serba salah pula Piah dibuatnya. Jika boleh, dia memang tidak mahu keluar bersama keluarga Fariha. Takut jika perasaannya semakin melarat.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi motorsikal di halaman rumah Saleha. Melihat dua beradik itu sudah pulang dari meronda kedai, membuatkan Piah sudah mula gelisah.

"Abang Paan, Arul... meh lah sini." Jerit Fariha dari atas pangkin.

Piah ketap bibirnya menahan geram. Boleh pula dipanggil si mamat beku tu ke sini. Piah sudah mula tidak senang duduk.

Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang