Yg mana ada follow group akak atau fb, mesti dah baca teaser ni. Ni yg tak add akak, akak tepek sini. Teaser ni mmg tak pernah ada di wattpad. Plot br akak tambah dalam versi cetak😘
Lama pula tak up teaser. Kt bg secoet. Ni mmg tak ada dalam versi wattpad. Nk bc, hanya di versi cetak😍
Terkebil-kebil mata Piah memandang Azlan. Rasa tak selesa pula berada dalam situasi ini. Terpaksalah Piah menurut sahaja kalau itu yang diinginkan oleh lelaki itu. Asalkan tidak melampau batas, sudah cukup.
“Jomlah kita masuk. Nanti lambat pula nak cari bahan rujukan ni.” Tanpa menunggu jawapan Azlan, laju kaki Piah melangkah masuk ke dalam perpustakaan.
Azlan dibelakangnya sudah tersenyum lebar. Gembira kerana dapat meluangkan masa bersama gadis idamannya.
Hampir satu jam juga Piah menghabiskan masa di perpustakaan untuk mencari bahan rujukan. Setelah yakin dengan bahan maklumat yang dicari, Piah dan Azlan keluar dari perpustakaan itu. Jam juga sudah menunjukkan hampir pukul satu petang. Patutlah perutnya terasa sangat lapar.
“Awak dah nak balik ke, Sufiah?”
“Hah! Errr… ye, saya dah nak balik bilik.” Hampir terlupa Piah yang ketika itu Azlan masih bersama dengannya.
“Kalau macam tu, jom kita makan dulu. Saya belanja,” tawar Azlan.
Piah sudah mula serba salah dengan pelawaan Azlan. Pelik juga Piah dengan perangai Azlan. Rasanya tempoh hari satu dewan sudah tahu tentang statusnya sebagai isteri orang.
“Maaf. Saya dah janji dengan rakan sebilik saya.” Tolak Piah dengan baik.
Wajah Azlan berubah keruh.
“Kalau macam tu, lain kali saya belanja awak makan. Boleh?” Azlan masih lagi tidak berputus asa.
Makin pening pula Piah dengan permintaan Azlan. Dia bukannya budak kecil lagi untuk tidak menghidu perasaan Azlan ketika itu.
“Ehem…”
Belum sempat Piah ingin berterus terang kepada Azlan, tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang. Saat matanya memandang wajah beku itu, hati Piah sudah tidak tenteram. Sudahlah ketika itu dia sedang bersama dengan Azlan.
😜Habislah Piah😂😂😂
Preorder sehingga 26 Jan 2020. Berminat wasap.0129284568
Blh follow akak di group fb Novelis Mia Azwari atau fb Is Ary😊
KAMU SEDANG MEMBACA
Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral
RomancePiah Dan Mr.Beku Seorang ceria Seorang lagi dingin Piah yang sukakan sepupunya sejak kecil Walaupun Mr. Beku yang dingin, namun masih ada sifat melindungi diri Piah Seksa betul hati Piah mencintai dalam diam Dijodohkan dengan Mr.Beku atas sebab ter...