002

2.8K 385 141
                                    

" Tak suka kah aku buat macam tu? " Soal Jaemin kepada Jihae, merujuk kepada PDA yang mereka lakukan tadi pagi.

" Bukan tak suka tapi... " Ayat Jihae berhenti seketika. Jihae tidak terima lagi confession Jaemin tetapi Jaemin telahpun menunjukkan affection kepada Jihae.

" Nak aku buat bila kita alone kah? " Kata Jaemin, menarik lengan Jihae dan mengakibatkan badan mereka rapat dan muka mereka jauh beberapa sentimeter sahaja.

Jihae menjadi merah lalu menolak badan Jaemin jauh daripadanya supaya Jaemin tidak nampak muka merah Jihae. Jaemin cuma tertawa sahaja melihat aksi balas Jihae tadi.

" No! Bukan tu..just..be normal kay? Aku tak nak kena serang dengan fans kau. " Kata Jihae, matanya menjadi lembut. Jaemin cuma melepaskan keluhan sahaja sebagai jawapan.

" Okay but.. nie last. " Kata Jaemin lalu mengucup dahi Jihae buat kali terakhir. Kemudian berlalu meninggalkan Jihae di bumbung sekolah berseorangan. Walaupun ia cuma kucupan kecil, jantungnya tetap berdegup dengan kencang.

lepas sekolah

Pelajar sekolah mengemas barang mereka sebelum beredar dari sekolah apabila loceng sekolah terakhir berdering. Jihae mengucap selamat tinggal kepada rakan-rakannya apabila siap kemas barangnya.

Jihae membuka kunci basikalnya sebelum beredar dari premis sekolah. Pada masa itu juga, latihan bola sepak sedang berlangsung di padang sekolah dengan pasukan bolasepak berlatih dan salah seorang mereka adalah Jaemin.

Jihae melihat mereka main dengan penuh semangat walaupun ia sebuah latihan. Ramai pelajar telah menghadiri ke latihan tersebut untuk bersorak kepada mereka, terutamanya untuk Jaemin dan beberapa pemain lain.

Sewaktu itu, Jihae sedang melihat mereka main dan dengan tidak sengaja, Jaemin dan Jihae membuat eye contact dan mengakibatkan Jaemin senyum, melambai tangannya kepada Jihae yang hendak pulang ke rumah. Jihae cepat-cepat menaiki basikal dan mengayuh basikalnya dengan cepat sebelum sesiapa nampak.

Seorang rakan Jaemin yang menjadi penyokong, ternampak gadis yang Jaemin melambai tangannya, Lee Haechan terus tanya kepada Jaemin apabila mereka berhenti main.

" Wei Jaemin, tu bukan yeo yang kena dare tu kah? " Jaemin angguk kepalanya perlahan.

Lee Jeno, salah seorang pemain bolasepak dan rakan kepada Jaemin dan Haechan terkejut bahawa gadis itu adalah daripada permainan Truth or Dare mereka tempoh hari.

" Aku ingatkan kau tak buat dare tu. " Kata Jeno, mengelap peluhnya menggunakan tuala.

" Hey, nie Na Jaemin, king of flirtatious. " Kata Jaemin, bangga akan kejayaan menjadi seorang sweet talker.

seminggu yang lalu

Rakan-rakan Jaemin; Haechan, Jeno, Huang Renjun, Lee Mark, Zhong Chenle dan Park Jisung atau geng mereka dipanggil NCT Dream sedang berseronok di rumah Mark untuk menyambut kepulangannya dari Canada.

Mereka sedang bermain permainan yang dinamakan Truth or Dare dan pelbagai rahsia telahpun terbongkar daripada permainan tersebut.

Jeno memusing botol pada gilirannya dan botol itu berhenti pada Jaemin, menandakan Jeno sama ada boleh tanya soalan ataupun berikan cabaran, terpulang kepada Jaemin hendak pilih Truth or Dare.

Jaemin memilih Dare dan Dreams yang lain wow kan Jaemin kerana keberanian untuk memilih Dare setelah lama memilih Truth.

" Aku dare kau couple dengan Nam Jihae selama tiga bulan. " Disebabkan dare Jeno, ramai yang terkejut kerana dare Jeno agak susah untuk dilakukan dan Jihae dikirakan seorang nerd yang cantik tapi pendiam.

" Kau rasa kau boleh buat? " Kata Jeno, mencabar Jaemin dengan dare yang susah dia.

" Kau ingat aku akan mengalah? Tunggu sampai minggu depan, kami dua akan lekat macam gam. " Balas Jaemin, berasa bangga yang dia terima dare Jeno.

end

Haechan dan Jeno terkejut kerana Jaemin buat dare itu walaupun mereka cuma bergurau tentang sate itu. Tidak sangka Jaemin akan ambilnya dengan serius. Jika perkara ini diketahui oleh Jihae, mungkin akan mengecewakan Jihae jika Jihae betul-betul jatuh cinta pada Jaemin.

malam

Jaemin sedang melayan Instagram dia selepas sahaja mengulangkaji mata pelajaran Fizik. Kemudian, gambar Jihae terpapar dalam Instagramnya yang menyebabkan dia terfikir tentang Jihae.

Dia akan menyakitkan hati Jihae jika Jihae tahu tentang hubungan mereka adalah palsu selama ini tapi ia akan menjadi lagi teruk jika Jihae jatuh cinta pada Jaemin.

to be continued...

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now