015

1.8K 240 25
                                    

Hari ke-27

Ia satu hari biasa kepada mereka menyebabkan ia sudah seminggu sejak cuti sekolah bermula dan masing-masing sedang lakukan perkara mereka sendiri. Walaupun Jaemin ada pelan dia sendiri yang telah dia tetapkan, dia masih lagi ada masa untuk lawat Jihae di rumahnya.

Jihae sedang makan tengahari bersama dengan keluarga dan juga Jaemin juga bersama dengan mereka juga. Jihoon asyik-asyik tidak berhenti mengacau Jaemin makan.

" Hoon, sudah tu. Hyung nak makan kan.. " tegur Puan Nam apabila nampak anak lelakinya tidak berhenti kacau si Jaemin makan. Jihoon memuncung bibirnya dengan merajuk dan duduk di tempatnya semula untuk makan. Yang lain pun layan sahaja karenah dia.

" Oh yeah, Hae, Nana nak ajar Hae pergi ke parti yang keluarga Nana akan buat. " Kata Jaemin kepada Jihae. Jihae terus pandang ibunya yang sedang beri Jihoon makan untuk meminta kebenaran dari warisnya.

" Pergi lah. Lagipun, nie cuti sekolah and kamu pun kena keluar rumah juga. Jangan asyik duduk dalam bilik kamu, main game ja. " Balas Puan Nam yang membuat Jihae malu kerana memberitahu Jaemin yang Jihae asyik main game sahaja.

" Hae main game? Boleh lah lepas nie main sekali. " Kata Jaemin yang sudah membuat Jihae tersenyum kecil. Dengan itu, Jihae akan teman Jaemin ke parti yang telah keluarga Jaemin rasmikan.

dua hari sebelum parti

" Nak beli baju apa eh? Nak nampak comel depan semua orang. " Kata Jihae, bersamanya dengan Jaemin. Mereka berdua berada di pusat membeli-belah untuk Jihae beli baju-baju untuk dipakai ketika parti tersebut. Jaemin ikut sekali kerana dia tidak tahu hendak buat apa dan kemungkinan juga dia nak beli baju juga.

" Pakai simple² ja. Tak yah beli yang mahal-mahal. " Kata Jaemin, untuk memujuk Jihae tidak beli pakaian yang mahal-mahal untuk ditunjukkan depan orang ramai.

" Okay, Nana. " Kata Jihae dengan comel kepada Jaemin yang membuat Jaemin tersenyum kerana kecomelannya. Ketika mereka sedang berjalan-jalan cari kedai baju, mereka terserempak dengan Haechan dan Jeno.

" Wah! Couple of the year ada kat sini juga. " Kata Haechan apabila nampak Jaemin dan Jihae berpegangan tangan. Jaemin cuma jeling kepada Haechan supaya dia diam manakala Jihae senyum dengan gembira apabila terserempak dengan mereka dua.

" Apa korang buat kat sini? " Soal Jihae kepada mereka.

" Sama tujuan dengan korang lah....apa kita buat kat sini eh? " Kata Haechan yang memandang Jeno untuk beri tujuan sebenar mereka di pusat membeli-belah.

" Kitorang datang sini untuk makan. Haechan lapar dan bosan sangat duduk rumah and ajak aku sekali ikut dia makan. Korang dua lak? " Balas Jeno.

" Jihae nak beli baju untuk ke parti keluarga Jaemin buat and Jaemin ikut sekali sebab dia bosan sangat duduk kat rumah. " Kata Jihae. Mereka berdua pandang Jaemin dan dia mengangkat keningnya sebagai balasan.

" Okay, well you two have fun. See you guys soon
" Kata Jeno dan mereka semua berjalan ke arah masing-masing. Jihae dan Jaemin sambung mencari kedai baju mereka manakala Jeno dan Haechan cari kedai makan yang mereka mahu makan.

" Jeno, kau tak rasa something different ka? " Kata Haechan.

" Yes, ada sesuatu berbeza. Ayam nie lebih kecil dari yang nie. " Balas Jeno yang sedang memerhatikan makanan yang mereka telah beli tadi.

" Bukan tu lah. Pasal Jaemin. Dia semakin berubah sejak aku tengok dia dengan Jihae. " Kata Haechan, masih memikirkan tentang Jaemin.

" Itu tanda dia semakin suka dekat Jihae lah. Tak silap aku, dia tak sampai dua minggu, dia dah putus dengan sesiapa dia dating dengan. Tapi kali nie, dia semakin lekat kepada Jihae. " Kata Jeno dan dia sebagai kawan baik Jaemin, dia tahu bagaimana perangai Jaemin.

" Tapi nie challenge tiga bulan. Mestilah dia tak nak putus lagi kan.. " Kata Haechan, merasa sedikit keraguan.

" Apa kata kau henti fikir pasal Jaemin and makan nie. Bukan nie kah tujuan kau datang sini.. " Balas Jeno yang sudah serik mendengar Haechan cakap tentang Jaemin dimana sahaja mereka berada.

" Ya kan.. " Kata Haechan dan melupakan tentang Jaemin untuk seketika. Kalau Jaemin betul-betul jatuh cinta pada Jihae, maknanya Jaemin tidak mahu putus dengan Jihae dan bermakna juga yang Haechan akan menang.

to be continued...

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now