Jihae melihat dirinya pada cermin yang ada di dalam tandas itu. Baju tu elok padanya. Nak ambil gambar lah.
Jihae ambil telefonnya yang dia bawa sekali masuk ke dalam tandas dan membuka aplikasi kamera. Dia mencari gaya yang sesuai untuk ditangkap tetapi tiada apa-apa yang dapat dia fikirkan.
" Nana, datang kejap. " Jihae panggil Jaemin datang ke tandas maka, Jaemin mematuhi arahan itu dan datang masuk ke dalam tandas.
" Wae? " Soal Jaemin dengan comel.
" Hae nak ambil gambar tapi tak tau nak pose macam mana. " Balas Jihae masalahnya kepada Jaemin.
" Apa kata kita dua tangkap sekali? " Cadang Jaemin.
" Good idea but nak pose macam mana? " Jaemin meletak kepalanya atas bahu Jihae yang berdiri depan cermin dengan tangan Jaemin terletak di pinggang Jihae.
" Bagus! Okay, stay kejap. " Kata Jihae dan mengambil gambar mereka berdua. Gambar mereka nampak sempurna untuk Jihae. Jihae terus menghantar gambar itu di Twitter.
➖
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
➖
" Kenapa tak post kat Instagram ja? " Soal Jaemin apabila dia sedang melihat Jihae menghantar gambar itu di Twitter.
" Tak mau lah, nanti Hae dapat komen biadap dari fans Nana. Bukan boleh diorang tu, tak leh tengok Hae senang. Ada ja nak cuba musnahkan Hae. " Balas Jihae sambil memuncung bibirnya dan Jaemin terus memicit pipinya kerana Jihae nampak sangat comel apabila dia merajuk.
" Nak main game dengan Nana tak? " Soal Jaemin dan mata Jihae menyala dengan cerah apabila berkata tentang game.
" On, jom! " Kata Jihae dengan seronok dan menuju ke sudut game dengan pantas. Apabila Jaemin sampai ke sana, Jihae telah bersedia di depan konsul dengan memegang joystick.
" Kita nak main apa? " Soal Jihae dengan pantas, tangannya mula mencari permainan video yang mana dia nak main. Jaemin mampu membalas dengan senyuman sahaja dan ambil tempat di sebelah Jihae.
next morning
" Anak-anak sekalian, bangun! Dah nak masuk tengahari dah, tak bangun-bangun lagi. " Kata Puan Na apabila dia masuk ke dalam bilik Jaemin dan terjumpa Jihae dan Jaemin tertidur di atas lantai di sudut game.
Kedua-dua mereka bangun dari tidur dan badan mereka rasa sangat sakit kerana tidur di atas konkrit.
" Dah pukul berapa nie? " Kata Jihae dan capai telefonnya untuk lihat sudah pukul berapa. Mata Jihae terbeliak besar kerana jam sekarang sudah pukul 11:27 pagi. Jihae serta-merta bangun dan kelam-kabut pergi ke beg tangannya.
" Kenapa kalut sangat, Hae? Kita tak sekolah lah, cuti sekolah kan.. " Kata Jaemin dengan suara bangun tidurnya.
" Tak, hari nie pertandingan taekwondo Jihoon and Hae janji dengan dia untuk datang tapi tengoklah sekarang dah pukul berapa? Pukul 12 tengahari start pertandingan diorang. " Kata Jihae yang terus masuk tandas untuk cuci muka dan salin baju.
Jaemin pula turut bangun juga kerana dia perlu menghantar Jihae ke lokasi pertandingan taekwondo Jihoon.
12 : 05 pm
Mereka telah sampai ke lokasinya dan kereta Jaemin berhenti di depan pintu masuk. Sebelum Jihae keluar dari kereta, Jaemin tarik tangan dan ciuman Jihae di bibirnya.
Pipi Jihae reaksi dengan cepat sekali tetapi Jihae membalas ciuman itu. Selepas sepuluh saat kemudian, mereka berhenti kerana Jihae sudah terlambat.
" Jangan lupa mesej Nana sat gi. " Kata Jaemin.
" Okay, Nana. Bye! " Kata Jihae sambil melambai tangan kepada Jaemin dan keluar dari kereta. Jihae mengipas dirinya dengan tangannya kerana ciuman yang mengejutkan tadi dan masuk ke dalam bangunan untuk menonton perlawanan taekwondo.
Apabila Jihae sampai di dewan sepatutnya, dia terus mencari Jihoon dan ibunya dan dia terjumpa mereka di tepi gelanggang perlawanan. Jihoon terus berlari ke Jihae dan terus memeluknya.
" Noona dah sampai! " Kata Jihoon dan Jihae balas pelukan dia.
" Lambatnya Jihae. Tak jumpa jalan ka apa? "
" Sorry lambat, tadi bangun lewat sebab main game dengan Jaemin. " Nasib lah ibu Jihae tidak memarahi Jihae kerana lewat.
" Nie kenapa merah sangat? Lari kah? " Soal Puan Nam apabila melihat muka merah Jihae. Jihae berbohong pada ibunya yang dia lari padahal ia sebab lain.
💫
new update sepertimana aq kata di chap sebelum. enjoy membaca bab nie and aku harap ia tak membosankan sbbbnyaksngatbullcrap dlm chap nie 😂