017

1.6K 245 32
                                    

Jihae menjadi lagi gementar apabila dia menjejak kaki masuk ke dalam rumah Jaemin. Bukan sahaja ia dipenuhi dengan ahli keluarga Jaemin, tetapi juga dengan pembantu rumah. Seorang demi seorang berjalan merata-rata tempat. Seorang pembantu rumah tegur Jihae...

" Selamat datang, cik. Mari saya tolong tanggalkan cardigan cik. " Jihae dengan cepat-cepat menolak tawaran dia dan mengatakan tidak mengapa lalu pembantu rumah itu berlalu pergi.

" Hae tak tau pulak Nana begitu kaya. Sampai ada ramai pembantu. " Kata Jihae kepada Jaemin.

" Eomma dengan appa Nana yang nakkan. Nana tak leh buat apa-apa lah.  Jom, jumpa dengan parents Nana. " Kata Jaemin, menyeret Jihae kepada kedua-dua ibubapa Jaemin.

Ibubapa Jaemin sedang bersembang dengan orang yang Jihae tidak dikenali dan mereka berdua berhenti berborak apabila mereka nampak Jaemin datang bersama dengan Jihae.

" Eomma, appa. Nie Jihae, girlfriend Nana. " Perkenalkan Jaemin kepada ibubapanya. Puan Na kelihatan sangat gembira berjumpa dengan Jihae manakala Encik Na berikan senyuman manis kepada Jihae.

" Akhirnya dapat juga jumpa Jihae! Kamu nampak sangat cantik sepertimana Nana bagitau. " Kata Puan Na dengan teruja. Jihae berikan senyuman gembira kerana ibu Jaemin bukannya ibubapa yang gilakan kekayaan sepertimana Jihae sangkakan.

" Make yourself a home, sweetie. Nana, jangan biar dia keseorangan lak. Nanti hilang pulak anak orang nie. " Kata Puan Na dan Jaemin cuma balas dengan senyuman sambil menggeleng kepalanya. Jihae dan Jaemin berlalu pergi ke tempat lain.

" Parents Nana baiklah. Tak tau pula Nana ceritakan pasal Hae kat parents Nana. " Kata Jihae dan Jaemin tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Selama dia pernah couple dengan orang lain, ini pertama kali dia menceritakan tentang pasangannya kepada ibubapanya.

" Oh, it's nothing. Tengok, ada fav Hae. " Kata Jaemin apabila mereka berdua berada di sudut makanan dan terjumpa makanan kegemaran Jihae. Jihae membesar apabila makanan kegemaran dia ada.

" Wah! Yalah! Bagi nie satu pinggan. " Kata Jihae kepada pembantu yang berada di belakang meja makan. Jihae gembira yang dia dapat juga makan makanan kegemaran dia.

" Nana nak pergi sana kejap. Hae cari tempat untuk makan. " Kata Jaemin. Jihae angguk kepalanya dan Jaemin berlalu pergi ke tempat lain. Dari jauh, Jihae telah merasai seseorang sedang memberi pandangan maut kepadanya.

" Kau sapa? Kau bukan family member kami... " Kata seorang gadis dan dua lagi gadis yang telah mengikutinya. Jihae tidak tahu hendak membalas apa. Mereka kemungkinan sepupu Jaemin tetapi Jihae tidak kenal mereka.

" Kalau kau bukan family kami, sila berambus. Cepat. You are not welcome here. " Kata gadis itu, cuba untuk menolak Jihae keluar. Aku cuma nak makan, ada ja someone nak kacau.

Sebelum mereka cuba untuk halau Jihae, Jaemin datang dan membuat gadis itu berhenti halau Jihae.

" Jaemin oppa! Apa oppa buat kat sini? " Kata gadis itu dengan terkejut dan suara yang lebih lembut dari cara dia bercakap dengan Jihae tadi. Bukannya main kasar gila dia cakap dengan aku tadi.

" Berapa kali aku nak kata, jangan panggil aku oppa? Kita sama umur kan... " Balas Jaemin kepada gadis itu. Gadis itu balas dengan memuncung bibirnya. Tak padan dengan sepupu sama umur, ada ja nak panggil Jaemin oppa.

" Apa tengok-tengok? Aku suruh kau berambus kan? Senang hati ja tengok drama free... " Kata gadis itu, masih lagi ingin menghalau Jihae.

" Kau nak halau apa, Gowon? Aku lah yang jemput dia datang. " Kata Jaemin, berhenti gadis bernama Gowon cuba halau Jihae. Gowon terkejut dengan apa Jaemin telah katakan.

" Seriously? Perempuan yang low class macam nie oppa jemput? Tsk. Tak ada taste langsung. " Kata Gowon dengan biadap. Jihae terasa keyakinannya jatuh apabila Gowon kata begitu. Mungkin pakaian aku nampak low class tapi perangai aku tak lah kurang ajar macam kau.

" Perempuan low class pun lagi baik dari kawan-kawan kau yang tak pernah hormat orang, asyik nak mengumpat ja. Dah, jom Hae. Kita makan kat tempat lain. " Kata Jaemin dan membuat Gowon terkejut akan kata-kata Jaemin. Jihae berlalu pergi, meninggalkan Gowon dan rakan-rakannya tergamam kerana ayat-ayat Jaemin tadi.

" Nasib Nana sempat sampai. Kalau tak, diorang halau Hae, tak sempat nak enjoy makan. " Kata Jihae, membawa makanan kegemarannya ke meja dimana rakan-rakan Jaemin berada.

💫

new update! sempena 2k reads aku, haritu lupa nak sambut so kita sambut di chap nie walaupun reads dah lebih 2.5k+ 😂 ! anyways, thanks kepada semua yg sudi support, komen dan vote buku nie!

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now