035

1.4K 196 10
                                    

Hari ke-86

" Nah, sijil kamu. " Seorang guru memberi sijil Jaemin setelah Jaemin meminta guru tersebut mencarikan untuknya.

" Btw, kenapa kamu tak hadir semalam? Semua kawan-kawan kamu datang...? " Soal guru itu dan Jaemin tidak tahu bagaimana hendak membalas.

" Erm, saya terbangun lewat jadi, tak sempat nak datang. " Balas Jaemin dengan alasan tak kukuh tetapi guru tersebut terima sahaja. Kemudian, Jaemin pun pulang balik ke rumahnya.

Menyebabkan dia masih lagi tiada kereta, dia terpaksa balik ke rumah menaiki bas awam macam dulu. Ketika Jaemin sedang menunggu, dia memeriksa telefonnya. Melihat jika ada apa-apa mesej.

Ada dua dari Luna, tiga dari ibunya dan 100+ dari Jihae. Sudah sebulan dia tidak langsung bercakap, berjumpa atau balas mesej Jihae. Dia telah block Jihae dari semua sosial media, termasuklah juga nombor Jihae. Tetapi dari pandangan mesej yang dia dapat itu, Jihae sudah tahu tentang gambar yang dia hantar di Instagram itu.

Jaemin berasa menyesal menghantar gambar itu, dia langsung tiada kawalan ketika itu dan terhantar gambar itu. Dia berasa bodoh dan terasa mahu menerangkan kesemuanya kepada Jihae, tentang gambar itu tetapi mindanya yang mengata 'Jihae takkan tahu tentang nie' atau 'she's too naive to even notice' menjangkakan Jihae tidak akan tahu tetapi tengoklah apa dah terjadi.

" Jaemin? " Jaemin mengangkat kepalanya untuk lihat siapa yang memanggil namanya dan terlihat dia Renjun, nampaknya baru lepas balik dari pasaraya dengan beg plastik dalam tangannya. Mungkin Renjun boleh bantunya?

Mereka berdua berada di kafe berdekatan. Katanya Jaemin mahu bercakap sesuatu dengan Renjun tetapi masa sedang berjalan dan Jaemin langsung tidak sebut apa-apa perkataan sejak mereka jejak kaki masuk dalam kafe tersebut.

" So, apa kau nak bagitau? " Soal Renjun, yang kelihatan merasa jengkel kepada Jaemin setelah apa dia buat kepada Jihae. Jaemin masih lagi tidak bercakap apa-apa, dia sendiri tidak tahu dimana hendak dia bermula.

" Kau tau apa kau dah buat? Jihae terutamanya. Kau tak kesian kah kat dia? " Renjun membara di dalam apabila berkata ini.

" Aku tau aku salah tapi biar aku explain dulu. " Kata Jaemin dan Renjun beri masa kepada Jaemin untuk terangkan kesemuanya kepada Renjun.

" Sebenarnya, lepas ja habis challenge couple tu, tepat pada tarikh tu, aku kena belajar di Australia. " Kata Jaemin.

" Bwo? " Kata Renjun, keliru dengan apa Jaemin sedang katakan.

Katanya dia diarah untuk pindah ke Australia kerana ibubapanya mahu dia belajar di luar negara selepas habis sekolah menengah dan wanita yang mereka nampak dalam Instagram dia ialah guru Bahasa Inggerisnya. Untuk dia pindah ke Australia, perlulah dia fasih berbahasa dalam Bahasa Inggeris.

Sekarang, baru Renjun faham mengapa Jaemin sedang buat semua ini.

" Tapi, kau boleh ja bagitau kat Jihae? " Soal Renjun lagi, masih keliru mengapa dia tak bagitau Jihae.

" Aku tak nak bagitau dia sebab aku tak nak dia sedih yang aku nak break up dengan dia. Aku terpaksa sebab eomma dengan appa aku suruh. Diorang nak aku fokus dalam belajar and tak nak apa-apa gangguan sepanjang aku belajar di sana. " Terang Jaemin lagi.

" Walaupun eomma dengan appa suka kat Jihae, diorang kata ia mungkin keputusan yang terbaik untuk putus dengan dia sebab sepanjang aku akan di Australia nanti, aku akan fokus ja. Mungkin takkan ada contact dengan korang di Korea. " Kata Jaemin lagi.

Renjun tidak tahu hendak balas apa kecuali melepaskan keluhan berat. Ia juga keputusan yang baik untuk Jihae lupakan sahaja tentang Jaemin jika Jaemin akan begini.

" Tapi aku nak satu ja kau buat untuk aku. Janji dengan aku, sepanjang aku kat Australia, jaga Jihae, please. Kita tahu dia takkan hidup gembira macam sekarang kalau bukan kita. So, aku nak kau jaga dia. Also dengan dreamies yang lain. " Kata Jaemin dan Renjun angguk perlahan kepalanya.

" Thanks. Apa-apa, aku call atau mesej kau. " Kata Jaemin dan berlalu pergi dari kafe tersebut dengan kopi dia. Renjun tak tahu hendak buat apa. Nak bagitau pada Jihae sekarang? Nak tunggu sampai harinya? Nak bagitau lepas Jaemin pergi? Ugh! Peningnya!

💫

dunt dunt dunt! the secret has been revealed! korng semua boleh rileks dah kay? jaemin buat semua nie kerana ada sbb. aku harap korng enjoy bab nie, ptng nnti aq update lagi ^^

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now