006

2K 313 20
                                    

" Jangan lepas tangan aku. "

" Aku akan jatuh! " Jihae terus terjatuh ke lantai apabila cuba untuk berdiri dalam kasut roda yang dia sudah pakai tu. Sekarang baru tahu apa itu rollerblade dan betapa susahnya hendak bermain dengan kasut itu.

Jeno menghulurkan tangan kepada Jihae untuk Jihae berdiri. Jihae capai tangannya dan berdiri tapi malangnya dia jatuh semula.

" Jap, bagi aku tolong. " Kata Jaemin, hendak menolong Jihae bangun. Jaemin hulurkan tangannya kepada Jihae. Kali ini, Jihae berjaya untuk bangun. Wow kenapa dengan Jaemin juga dia boleh bangun?

" Kau okay tak? " Soal Jaemin kepada Jihae, tangannya masih memegang tangan Jihae. Jihae menggeleng kepalanya.

" Bagi aku tolong dia. Kau gi lah main. " Kata Jaemin kepada Jeno. Jeno kemudian berlalu pergi, meninggalkan mereka berdua bersama sambil memegang tangan.

" Kalau tak reti main, kenapa nak main gak? " Soal Jaemin, cuba untuk tolong Jihae berdiri dalam kasut roda itu.

" Aku tak nak jadi lonely kay.. " Balas Jihae, cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh. Tangan Jihae masih lagi pegang tangan Jaemin.

Jaemin sedang mengajar Jihae naik kasut roda dan melihat hasilnya, Jihae sudah pandai sedikit menaikinya. Sekarang, Jihae sedang berlari sekitar gelanggang kasut roda itu seperti kanak-kanak riang. Dia gembira sudah mahir dengan rollerblade.

" Amboi, gembira nampak. Kau kena belanja aku gak tau sebab aku ajar kau tadi. " Kata Jeno apabila mereka semua sudah habis bermain dengan kasut roda.

" Eh? Jaemin tau ajar aku. But kalau bukan tadi, aku mungkin akan merangkak pakai kasut nie so aku akan belanja kau gak. " Kata Jihae dan Jeno tersenyum riang kerana Jihae akan belanja dia sesuatu.

Seperti yang Jihae janji kepada Jeno, dia akan belanja Jeno sesuatu dan mereka singgah ke kedai makan. Jihae belanja apa yang Jeno mahukan dan Jeno memesan makanan yang mahal di situ maka Jihae terpaksa keluarkan banyak duit.

" Habis duit aku... " Kata Jihae dengan senyap. Kemudian, mereka semua bercadang untuk pulang ke rumah kerana ia hendak hampir senja. Maka semua pulang ke rumah masing-masing manakala Jihae ditemani oleh Jaemin, seperti Jaemin sudah janji untuk bawa Jihae balik.

Mereka berdua sedang berjalan balik ke rumah Jihae setelah bas berhenti di perhentian bas yang berdekatan dengan rumah Jihae.

" Apa kata kita panggil dengan nicknames? " Soal Jaemin.

" Kenapa perlukan nicknames? Nama kita dah elok dah. " Balas Jihae.

" Well bila orang bercinta, mestilah ada nickname. Aku cadangkan kau panggil aku Nana. " Kata Jaemin. Jihae pelik seketika, mengapa Nana?

" Nana sebab nama penuh aku Na Jaemin so, yeah. Surname aku Na. " Kata Jaemin dan Jihae mengangguk kepalanya menandakan dia faham.

" Aku lak? " Soal Jihae, ingin tahu apa nama panggilan untuk dirinya.

" Hurmm...Hae? Aku tak nak panggil kau Ji sebab aku ada kawan yang aku panggil so, nanti aku confuse lak. " Balas Jaemin dan Jihae tersenyum, membuat Jaemin makin gementar.

" Baiklah, Nana. Oh! Rumah aku kat sini. " Kata Jihae apabila mereka berdua telahpun sampai di depan rumah Jihae. Masa untuk berpisah.

" Sat gi malam Nana call Hae tau. Jangan tak jawab ahh. Esok sekolah ti kena dengan Nana. " Kata Jaemin dengan comel, membuat Jihae tertawa.

" Okay, Nana. " Kata Jihae, hendak pergi masuk tetapi berhenti apabila Jaemin menarik tangannya dan terus peluk Jihae.

" One last hug. " Kata Jaemin dan selepas lima saat, mereka lepas daripada pelukan. Mereka berdua berpisah arah; Jihae masuk ke dalam rumahnya manakala Jaemin pulang ke rumahnya.

Apabila Jihae masuk ke dalam rumahnya, Jihae tidak berhenti senyum betapa baiknya Jaemin tadi dan tidak membuat sesuatu yang melepasi batasan mereka. Mungkin Jihae cukup bertuah untuk menjadi teman wanita Jaemin.

" Ha, napa lambat? Nasib eomma tak call polis tau. " Tegur ibu Jihae apabila nampak Jihae di depan pintu rumah yang membuat Jihae terkejut.

" Eomma! Janganlah buat Jihae terkejut. " Rungut Jihae. Ibunya tertawa sahaja melihat anaknya terkejut.

to be continued...

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now