003

2.4K 345 32
                                    

" Aku tak nak ikut~ Aku ada kerja kat rumah. " Rungut Jihae kepada Jaemin yang tidak mendengar apa yang Jihae katakan. Situasi sekarang menjadi semakin teruk buat Jihae. Apa tengah berlaku?

sewaktu sekolah

Guru matapelajaran Ekonomi tidak hadir hari ini maka ada guru ganti menggantikan waktunya dalam Kelas 2. Jihae sedang sibuk melakukan kerja sekolahnya dengan aman tetapi ia terganggu apabila Jaemin datang.

" Hai, buat apa? " Soal Jaemin, duduk di sebelah Jihae yang tuannya tidak hadir hari ini.

" Dah buta kah? " Soal balik Jihae secara sarkastik yang membuat Jaemin memuncung bibirnya dengan sedih.

" Joking ja. Jangan merajuk. " Kata Jihae dan Jaemin senyum semula.

" So, aku nak ajak kau keluar lepas sekolah. " Kata Jaemin dan Jihae memikir apa yang dia akan lakukan lepas sekolah. Dia perlu menyiapkan tugasan yang dia perlu siapkan.

" Aku tak leh- "

" No choice. Kau ikut gak. Jumpa lepas sekolah~ " Tidak sempat Jihae menghabiskan ayatnya, Jaemin sudah berlarian ke tempat lain.

end

" Kenapa aku kena pergi? Kawan-kawan kau yang ramai tu dah cukup, kenapa nak tambah aku lagi.. " Kata Jihae apabila ternampak enam lagi rakannya yang ikut sekali.

" Aku kenalah kenalkan gf aku yang tersayang nie. Mana tau, bila kau dalam bahaya and terserempak dengan diorang. Kau minta tolong tapi diorang tak kenal? Ha, kau survive sorang-sorang. " Jaemin memberi alasan yang kukuh tapi Jihae tetapi tidak mahu kerana dia akan berinteraksi dengan lebih ramai manusia daripada melayan si Jaemin nie.

Bas awam tiba dan mereka semua memasuki ke dalam bas tersebut. Jihae mahu melarikan diri tetapi Jaemin telahpun menangkapnya sebelum dia lari.

Jihae yang cuma kenal Jaemin dalam kumpulan rakannya, maka dia akan duduk di sebelah Jaemin. Jihae sudah kenal 3/6 rakan Jaemin, menyebabkan mereka dari tahun yang sama. Dua lagi sering ternampak muka mereka kerana sekolah sama dan seorang lagi dia tidak kenal.

" Btw, kita nak pergi mana nie? Aku tak boleh balik lambat. Eomma aku akan bunuh aku. " Kata Jihae, memberitahu bahawa dia hendak balik secepat yang mungkin sebelum ibunya mula menelefon polis atas sebab anaknya diculik padahal keluar dengan Jaemin sahaja.

" Adalah. Tak pa, nanti aku bawa kau balik sebelum enam petang. " Kata Jaemin dan dia sambung semula bersembang dengan rakannya yang duduk di depannya. Jihae cuma terdiam sahaja.

" Diam ja. " Kata seorang rakan Jaemin dan Jihae cuma balas dengan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

" Well, saya tak banyak cakap and akan cakap bila someone mulakan perbualan tu. " Balas Jihae, tersenyum kepada laki itu. Jihae memandang tanda namanya yang terlekat pada jaketnya, Huang Renjun.

" Awak Cina ehh? " Soal Jihae dan Renjun mengangguk kepalanya.

" Tapi awak mesti akan kata yang saya Korea kalau awak tak kenal nama saya. " Kata Renjun dan ternyata sekali, Jihae angguk kepalanya. Jikalau dia tidak kenal namanya, mesti dia tidak kata yang dia Cina kerana cara dia bertutur bahasa Korea sangatlah bagus.

" So, how? " Soal Renjun dan Jihae keliru dengan soal dia. Apa?

" Couple dengan Jaemin.. " Terang Renjun lagi dan Jihae faham dengan soalan Renjun; hubungannya dengan Jaemin.

" Boleh lah. Lagipun, saya masih tak kenal dia lagi disebabkan kami baru dating dua hari lepas. " Jawab Jihae.

" Tak ada rasa macam bangga ka.. " Tambah Renjun dan Jihae menggeleng kepalanya.

" Neh. Dia cuma manusia biasa ja, bukan malaikat. Lain lah cerita kalau dia seorang vampire. " Kata Jihae dan Renjun tertawa akan kata-kata Jihae.

" Awak lawak lah. No wonder Jaemin suka kat awak. " Kata Renjun dan Jihae senyum kecil sahaja. Mendengar dari rakan Jaemin yang Jaemin menyukainya membuat Jihae gembira sedikit.

" Yah, pandang depan, Injoon. " Kata Jaemin apabila sudah habis sembang dengan rakan sebelahnya. Renjun memberikan muka tidak puas hati dan terus pandang depan.

" Jap, siapa Injoon? " Soal Jihae kerana Renjun adalah nama dia tapi mana datang Injoon...

" Injoon nama Korea dia but nametag dia kata Renjun. Cuma beberapa orang ja panggil dia Injoon. " Jawab Jaemin dan Jihae angguk.

to be continued...

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now