Sedang Jihae, Jisung dan Mark ke kedai buku, Chenle, Jaemin, Jeno, Renjun dan Haechan sedang berperang main tembak-menembak di kedai arked.
" Wah, highscore dorhh. " Kata Haechan apabila tamat bermain permainan tersebut. Jaemin telah mendapat markah yang tertinggi dalam permainan menembak itu.
" Pro kan aku.. " Kata Jaemin dengan bangga tapi yang lain cuma menjeling kepadanya.
" Kau bawa si Jihae tu tapi tak cakap pun dengan dia. " Kata Jeno, meletak semula permainan senapang itu pada tempatnya.
" Alarhh..relaks lah. Dia bukan gf betul aku, buat apa aku nak duduk tepi kain dia. " Kata Jaemin, mengambil minumannya yang sedang Renjun pegang dan menghirup air itu.
" Relaks ahh, Jeno. Kita tengok sejauh mana kau boleh pergi, Jaemin. Kalau kau tak putus dengan dia, kau kena belanja kami semua. " Kata Haechan dan yang lain setuju dengan cadangan Haechan.
" Kalau aku putus, korang kena belanja aku. " Kata Jaemin dan mereka setuju dengan permintaan Jaemin.
Jaemin tidak pernah ada dalam hubungan yang serius. Paling lama dia boleh kekal ialah lima bulan dan itu pun terpaksa. Renjun pula tetiba menjadi risau kerana dari pandangannya, Jihae seorang gadis yang baik dan cantik, jika Renjun dalam situasi Jaemin sekarang, sudah lama dia jatuh cinta pada Jihae.
" Kau tak rasa dia akan tahu kah pasal hubungan kau dengan dia fake? " Soal Renjun kepada Jaemin.
" Aku lebih rela bagi dia tahu daripada bagitau dia lepas tiga bulan tapi tu lah...tak syoklah kalau dia tahu awal-awal kan.. " Kata Jaemin dan Jeno, Haechan dan Chenle agak setuju dengan Jaemin.
" Don't be a party pooper. Let's all enjoy the fun. Okay Injoon? " Kata Jaemin, meletak tangannya atas bahu Renjun. Renjun beri senyuman palsu sambil angguk. Walaupun Jaemin ialah kawan dia, mahu saja dia tumbuk Jaemin di muka, biar dia sedar betapa jahatnya dia untuk lakukan begitu kepada Jihae.
➖
" Awak masih belajar lagi kah sekarang? " Mark mengangguk kepalanya sambil berjalan-jalan di dalam kedai buku bersama dengan Jihae.
" Well, nak tunggu jawapan ja lah. Saya baru buat permohonan ja. " Tambah Mark dan Jihae mengangguk kepalanya sahaja.
" Rajin yeah awak. Kerja sambil belajar. Tak penat kah nanti... " Kata Jihae dan Mark menggeleng kepalanya.
" Dah biasa dah. Dulu waktu sekolah pun saya kerja juga so, ada pengalaman dah. " Kata Mark.
" Hyung, noona! Jisung dah jumpa buku-buku yang nak beli. " Kata Jisung, berlarian ke Mark dan Jihae dengan tiga buku tebal dia sedang pegang. Kedua-dua Jihae dan Mark melihat buku apa yang dia beli.
" Bapak ahh. Buku tebal nie kau nak beli? Kalau aku, tak boleh katam. " Kata Jihae, melihat betapa tebalnya buku rujukan yang hendak Jisung beli, menyebabkan dua-dua laki itu tertawa.
" Jom bayar. Mungkin yang lain dah tunggu. " Kata Mark dan mereka bertiga mengiringi Jisung ke kaunter bayaran.
" Rajinnya Jisung nak belajar dengan buku tebal nie. " Kata Jihae, masih terkejut betapa tebalnya buku tersebut.
" Nak berjaya, kenalah kita banyak berusaha. " Kata Jisung dan Jihae agak bangga betapa Jisung mementingkan pelajarannya pada usia yang muda untuk berjaya manakala Jihae sendiri tidak boleh mengalahkan Jisung.
Mereka bertiga berjumpa semula dengan yang lain di depan kedai arked. Renjun ucap hai kepada Jihae apabila mereka berjumpa semula.
" Dah beli apa kau nak? " Soal Haechan kepada Jisung dan Jisung angguk kepalanya.
" Jom pi rollerblade. Lama dah tak main benda tu. " Kata Haechan dan mereka setuju untuk pergi lalu berjalan ke kedai rollerblade yang terdapat di sana.
" Pernah main rollerblade? " Soal seseorang kepada Jihae. Jihae memandang siapa dia dan ternyata dia Jeno, rakan rapat Jaemin. Jihae menggeleng kepalanya perlahan. Dia tidak pernah main atau dengar pun perkataan rollerblade itu.
" Nak saya ajar awak nanti? " Soal Jeno lagi dan Jihae angguk kepalanya.
" Okay tapi awak kena belanja saya something. " Kata Jeno dan mereka berdua setuju. Akhirnya mereka sampai ke kedai rollerblade. Jihae terkejut bahawa rollerblade ialah kasut yang mempunyai roda itu. Nasib lah dia boleh dapat pertolongan dari Jeno.
to be continued...