Selepas satu jam parti tersebut berlangsung, kolam telahpun dibuka memandangkan sudah ramai orang hadir ke parti itu dan di dalam semakin sempit.
Jihae dan Jaemin perlahan-lahan jalan keluar ke kolam supaya mereka tidak terpisah kerana ramai orang sedang kelam-kabut keluar.
Setelah mereka sampai, nafas udara mereka hirup dengan nikmat kerana penat sangat berjalan keluar dengan ramai orang berhimpit-himpit.
Mereka berdua lekat seperti gam apabila mereka di luar dengan Jaemin asyik pegang tangan Jihae kemana-mana sahaja dia pergi dan seringkali dia melilit tangannya pada pinggang Jihae. Kenapa dia tetiba terlalu touchy nie? Monolog Jihae.
Jihae pandang sekeliling dan ternampak sekumpulan lelaki dalam umur mereka berdekatan dengan mereka. Ternyata mereka seringkali asyik melihat Jihae. I see,sweet nya dia nak kata kat diorang yang aku dia punya.
" Jom blah dari sini. Bosan lah. " Bising Jaemin kepada Jihae kerana suasana bising sangat. Jihae angguk kepalanya dan Jaemin tarik Jihae keluar dari parti tersebut dan masuk ke dalam rumah yang kini kekurangan orang.
Mereka berdua menaiki tangga yang menuju ke tingkat atas dan mereka berjalan terus ke bilik yang Jihae sangkakan ialah bilik Jaemin. Ternyata, ya, mereka menuju ke bilik Jaemin.
Jihae agak terpesona apabila masuk ke dalam bilik Jaemin. Dalam biliknya ada katil saiz king, televisyen yang besar, sudut games yang mempunyai pelbagai konsul, almari yang mempunyai pakaian yang berjenama mahal, dan peti sejuk mini.
" Apa nie? Apartment ka aku masuk? " Kata Jihae dengan sarkastik yang membuat Jaemin tertawa yang telah duduk atas katilnya.
" Biasa ja nie. Parents Nana yang uruskan bilik nie. Nana cuma ikut ja arahan diorang. " Kata Jaemin dan Jihae terasa ingin menjadi anak angkat Puan dan Encik Na.
" Malam nie, tidur rumah Nana lah. Nana malas nak hantar Hae balik. " Kata Jaemin, baring atas katilnya. Dengan serta-merta, Jihae membulat matanya dengan besar.
" Nana gila kah? Nana nak bagi eomma Hae risau kah? " Kata Jihae dengan cemas.
" Just kata kat eomma Hae yang Hae akan bermalam di rumah Nana. Eomma Hae mesti bagi, Nana kan anak angkat dia. " Kata Jaemin dengan selamba. Jihae keluarkan telefonnya untuk mesej ibunya.
➖
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
➖
" Nasib eomma bagi tau. Kalau tak, Hae ketuk kepala Nana. " Kata Jihae, membuat gaya seperti dia mahu ketuk kepala Jaemin.
" Hehe. Btw, kalau Hae nak tukar baju, pilihlah baju dalam almari Nana. Ada banyak baju tu. " Kata Jaemin.
" Yes, I can see that. " Kata Jihae dengan sarkastik. Jaemin tersenyum kecil sahaja. Jihae meletak beg tangannya di atas meja kecil yang di ada dalam bilik Jaemin.
Sebaik dia pusing untuk ke almari Jaemin, dia ternampak Jaemin yang telah menanggalkan bajunya, sedang mencari baju dalam almari dia. Jihae jerit dengan terkejut dan terus menutup matanya kerana malu. Jaemin terkejut dan kelam-kabut bertanya apa telah berlaku.
" Kalau nak tukar baju pun, bagitau lah! " Kata Jihae yang telah menutup matanya dengan pipinya telah menjadi merah.
" Aish, terkejut Nana ja. Ingatkan apa. " Kata Jaemin dan meneruskan mencari baju manakala Jihae masih menutup matanya.
" Dah, boleh buka dah. " Kata Jaemin selepas memakai pakaian yang lebih selesa iaitu seluar biasa dan baju putih.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ baju yang Jaemin pakai seperti dalam gambar ]
Jihae membuka matanya perlahan-lahan dan melepaskan keluhan berat apabila melihat Jaemin telah dalam pakaiannya.
" Tadi Hae nampak abs Nana kan? " Bisik Jaemin kepada Jihae yang serta-merta pipinya menjadi merah kerana soalan itu.
" Y-yah! Hae tak...nampak apa pun! Pabo. " Kata Jihae yang kemerahan itu. Jaemin sengaja mahu mengacau dia. Suka lah tu~
Jihae melihat baju apa yang dia nak memandangkan Jaemin ada berlambak baju yang dia mampu pakai. Setelah lima minit mencari, dia jumpa dan ia adalah baju lengan panjang yang berwarna hitam dan seluar pendek. Jihae ambil pakaian tersebut dan masuk ke dalam tandas untuk tukar.
💫
new update on heartbreaker! okay, aku nak deal dgn korang. kalau chapter nie mencecah 50 reads, aku akan immediately post next chapter!