036

1.5K 206 11
                                    

Hari ke-90

Sudah tiga bulan berlalu sejak Jihae dan Jaemin couple dan juga ia ialah hari Jaemin akan pergi ke Australia.

Walaupun ia sangat menyakitkan hati Jaemin untuk buat ini tapi dia kena juga. Beg bajunya, barang-barang yang diperlukan juga telah siap sedia, untuk dibawa ke Australia.

" Nana akan rindu eomma dengan appa! " Kata Jaemin dan peluk kedua-dua ibubapanya yang balas pelukannya.

Kemudian, dia pandang Luna yang telah banyak bantu dia dalam Bahasa Inggeris.

" Thanks noona. " Kata Jaemin dan Luna cuma senyum kepadanya.

" Kalau masih keliru lagi, just baca ja notes yang kita dah belajar bersama. " Kata Luna dan Jaemin angguk. Jaemin memasuki ke dalam kereta yang akan hantar dia ke lapangan terbang. Dia melambai tangannya kepada ibubapanya sehingga kelibat mereka hilang dari pandangannya.

" Pakcik, boleh tak berhenti kat kafe di _______? " Soal Jaemin dan pemandu itu pun ikut arahan Jaemin. Dia hendak ke kafe tersebut kerana dia mahu berjumpa dengan Jihae buat kali terakhir sebelum dia pergi. Dan bagitau dia dengan Jihae terpaksa break up.

" Yeah! Dia nak jumpa aku! " Kata Jihae dengan gembira apabila mendapat mesej dari Jaemin yang berkata dia mahu berjumpa dengan Jihae. Jihae tidak berhenti menari sepanjang dia sedang bersiap untuk jumpa dengan Jaemin.

" Apalah dia nak bagitau. Nak minta maaf? Aku kena act cool, nanti nampak sangat desperate dan nak suruh dia kembali kepada aku balik. " Kata Jihae ketika itu. Dia meminta diri untuk keluar kepada ibunya sebelum berlari ke perhentian bas dan tuju ke lokasi tersebut.

Jaemin tunggu lebih kurang lima minit dah dan masih tiada kelibat Jihae. Mana pula dia? Nanti aku lambat, terlepas lak flight.

Jihae telah sampai di perhentian bas yang berdekatan di kafe tersebut dan dia boleh nampak Jaemin sedang berdiri di depan kafe tersebut. Jihae tersenyum dan terus dalam mood serious apabila berdepan dengan Jaemin.

" Sampai juga, ingatkan dah lupa. " Kata Jihae apabila bertemu dengan Jaemin.

" Oh, hai. " Kata Jaemin. Jihae tidak balas hai dia. Malah, dia cuma jeling sahaja kepada Jaemin. Jaemin tiada masa untuk main-main dan terus buat apa tujuan dia jumpa dengan Jihae.

" So, nak- "

" Let's break up. " Jihae terkejut tapi mukanya tidak reaksi kerana tidak nampak terkejut.

" What? Are you serious? " Soal Jihae dan Jaemin angguk kepalanya. Okay, Na Jaemin, sudah-sudah lah asyik prank aku.

" Aku rasa...kita tak sepadan lah. Lagipun, sejak nie aku dah tak cakap dengan kau. " Kata Jaemin dan Jihae lagi terkejut apabila Jaemin menggunakan 'aku-kau' dengannya yang sudah terbiasa memanggil dengan nama panggilan.

" And also, benda nie, couple nie, ia cuma dare ja. Someone dare aku untuk date kau selama tiga bulan and yeah, here we are. " Hati Jihae terasa seperti sedang berkecai sedikit demi sedikit apabila dia mendengar penerangan ini.

" Nie semua sebab perempuan tu kan? Luna kan nama dia? " Kali ini, Jihae pula berbicara. Hati dia sedang membara dan juga cuaca yang tetiba nampak mendung, kilat berpacaran.

" Luna tiada kena mengena dalam nie. Dia cuma...kawan aku. " Balas Jaemin. Kilat berpacaran lagi. Rintik hujan boleh dirasai oleh mereka.

" So, kita dah tak ada apa-apa lepas nie. Dan dare aku dah selesai. Thanks to you, aku terlepas daripada membelanja kawan-kawan aku. " Sebaik Jaemin kata tu, Jihae terus tampar pipi Jaemin kerana dia sangat geram, marah dan sedih.

" Selama nie, cinta kita, palsu? Sanggup kau? Aku kongsikan kisah silam aku dengan kau, aku beri segalanya kepada kau tapi nie yang aku dapat? Mungkin semua khabar angin aku dengar adalah betul. Kau bukan sweetheart tetapi kau heartbreaker. " Kata Jihae, air mata mengalir ke pipinya.

Kemudian, hujan lebat pulak yang membuat semua yang di bawah hujan, kelam-kabut mencari tempat teduh tetapi tidak untuk mereka berdua.

" Tuan, cepat! Dah hujan lebat dan nanti tuan akan lambat ke airport. " Jerit pemandu Jaemin.

" Aku nak minta maaf kepada kau, segala apa yang aku dah buat pada kau. Aku harap kau hidup bahagia. " Kata Jaemin dan terus masuk ke dalam kereta. Kereta itu pun berlalu pergi ke lapangan terbang manakala Jihae dibawa hujan lebat itu.

Jihae terus jatuh ke bawah dan menangis, lepaskan semuanya dalam tangisan itu. Walaupun dia berasa sangat marah dan geram tetapi dia masih ada perasaan sayang kepada Jaemin walaupun apa yang dia kata kepada Jihae tadi. Itu sebabnya dia menangis.

💫

last two chapters akan diupdate esok! tak sangka buku nie akan habis ㅠㅠ

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now