prologue

6.3K 506 98
                                    

" Nam Jihae. "

" Hadir. " Aku mengangkat tangan aku sebaik mendengar nama aku dipanggil. Kelas 2 sedang mengambil kedatangan pelajar sebelum memulakan kelas. Aku yang mengantuk lagi malas itu tiada tenaga untuk belajar.

Kepala aku asyik terjatuh ketika kehadiran sedang diambil. Aku cuba sedaya upaya untuk mengelakkan kepala aku jatuh pada meja tapi nasib malang, kepala aku terhentak pada meja hingga keseluruhan pelajar dalam Kelas 2 tertawa kepada aku.

" Amboi, Jihae. Kalau marah sangat, jangan sampai ke kelas kamu bawakan. " Aku menjadi kemerahan apabila semua perhatian diberikan kepada aku. Dah cukup malu apa telah berlaku tadi.

" Na Jaemin. "

" Hadir. " Sebaik aku mendengar nama tersebut dipanggil, aku mengalihkan pandangan aku kepada pelajar tersebut, Na Jaemin.

Jaemin, pelajar kesukaan ramai di sekolah. Dia seperti bidadara yang telah dihantar oleh syurga kerana dia seorang yang sangat baik hati, periang dan penyabar. Setakat aku kelas dengan dia selama tiga tahun, tak pernah aku nampak dia marah orang.

Aku pandang dia lama lah juga hingga dia sedar aku tengah tenung dia. Jaemin senyum pada aku dan melambai tangannya pada aku. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan aku ke tempat lain. Aku mimpi ka tadi? Jaemin senyum kat aku! Damn!

Walaupun dia disukai ramai, aku tetap ada sedikit crush pada dia. Bukan sebab dia tampan tetapi tentang personaliti dia yang menarik perhatian aku, membuat aku suka pada dia. Dia baik hati sangat-sangat hingga makcik kantin pun suka kat dia. Apalah dia buat pada zaman terdahulu hingga semua orang suka kat dia?

🌸

Kelas terakhir pada hari ini telahpun tamat apabila loceng sekolah berbunyi. Semua pelajar Kelas 2 kelam-kabut menyimpan peralatan mereka untuk pulang ke rumah mereka. Aku pula kena tunggu sebentar kerana aku bertugas untuk cuci tingkap kelas.

Aku lap tingkap dengan bersih dan licin, tidak meninggalkan sebarang kotoran pada tingkap. Tapi aku ada satu masalah. Aku pendek dan aku tak sampai untuk mencuci tingkap yang di bahagian tinggi tapi aku aku cuba sedaya upaya untuk cuci dengan melompat. Aku terlalu malas untuk ambilkan kerusi, nak kena buka kasut lagi. Tak nak aku.

Sedang aku terlompat, ada satu tangan telah menyuci bahagian itu. Aku pandang siapa dia dan ternyata dia Jaemin. Terlupa nak bagitau Jaemin turut bertugas hari ini dengan aku, cuci tingkap.

" Tak payah nak susah lompat, Jihae. Biar aku tolong. " Kata Jaemin dan mencuci tingkap di bahagian tinggi itu. Aku menjauhkan jarak aku dengan Jaemin untuk dia bersihkan tingkap.

Ya Tuhan, mengapalah malaikat yang menyamar jadi manusia ini sangat baik? Aku sambung semula mencuci pada tingkap yang lain. Mereka membersih kelas mereka sehingga mereka semua puas dengan hasil mereka.

Apabila aku sedang berjalan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah, aku terdengar tapak kaki berlarian dengan laju di belakang aku. Sebaik aku pusing, Jaemin yang penat berlari datang ke aku sambil tercungap-cungap.

" Jihae..aku nak..tanya kau... something. " Kata Jaemin yang masih kepenatan daripada lari tadi.

" Erm. Apa dia? " Soal aku kepalanya semula.

" Please jadi girlfriend aku. " Mata aku terbeliak apabila dia kata itu. What? Na Jaemin nak aku jadi girlfriend dia?

🖤

new story untuk sambut anniversary acc nie! semoga story nie boleh kekal hingga akhir dan harap anda semua boleh support buku baru aku! 😄

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now