025

1.5K 228 35
                                    

Sudah hari ketiga Jihae bermalam di rumah Chenle. Dan setiap malam itu juga dia FaceTime dengan Jaemin. Jaemin sering bercakap tentang bagaimana dia dapat menerokai German dan terasa sunyi apabila Jihae tidak bersamanya.

" Nanti Nana balik, kita pergi jalan-jalan nak? Dah boleh nampak Nana memang rindukan Hae sebanyak tu. " Kata Jihae pada skrin telefonnya yang sedang FaceTime dengan Jaemin.

" Sure, Nana nak lepaskan rindu Hae sebaik Nana sampai Korea. " Kata Jaemin yang membuat Jihae tertawa kecil.

" Okaylah, Nana nak kena pergi. Bye! " Kata Jaemin dan mereka berdua menamatkan FaceTime mereka. Ia sudah malam di rumah Chenle dan Jihae berada di depan televisyen sambil menonton filem yang terpapar pada televisyen sewaktu itu.

Dia tidak boleh tidur malam itu kerana dia minum dua cawan kopi petang itu dan membuat mindanya masih aktif untuk tidur. Jihae mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menukar saluran televisyen ke saluran yang menarik perhatiannya.

Renjun yang baru keluar dari biliknya yang dikongsi dengan Mark terus ke dapur untuk minum air tapi dia berhenti menuju ke dapur apabila nampak televisyen di ruang tamu masih terbuka. Dia terus menuju ke ruang tamu.

" Awak masih tak tidur? " Soal Renjun kepada Jihae yang telah balut dirinya dengan selimut di atas sofa.

" Hey Injoon, tak. Masih aktif untuk tidur. Awak lak? " Kata Jihae, menyoal Renjun pula.

" Terjaga sebab Mark hyung mengigau dan dia mengigau dalam bahasa Inggeris dengan Korea. " Balas Renjun dan membuat Jihae tersenyum kecil, mesti comel Mark mengigau.

" Boleh saya join awak kat sini sampai Mark hyung berhenti mengigau? " Soal Renjun dan Jihae membenarkan dia. Renjun duduk di sebelah kanan Jihae.

Mereka berdua tonton apa-apa rancangan yang telah terpapar di televisyen sambil makan makanan yang telah Jihae ambik dari dapur. Kemudian, Jihae terasa sedikit mengantuk lalu kepalanya terjatuh atas bahu Renjun.

" Pinjam bahu kejap, malas nak baring lak. " Kata Jihae yang fokus pada televisyen dan Renjun mampu biarkan sahaja.

Semakin lama, semakin bosan dia pandang televisyen dan pandangannya terus pandang tangan kiri Renjun yang berada atas pahanya. Jihae sedar yang tangan kiri Renjun ada kesan seperti lebam.

" Wow, lebam besar nie. Sebab jatuh ka nie? " Soal Jihae dan menyentuh tangan Renjun yang ada kesan seperti lebam itu.

" Tak, tu tanda lahir saya. Ramai kata tu lebam padahal tu cuma tanda lahir sahaja. " Balas Renjun dan Jihae angguk sambil menyentuh lagi tangan dia.

Jihae terus menggenggam erat tangan Renjun selepas merasai tangannya yang lembut itu. Renjun terkejut yang Jihae memegang tangannya dan membuat jantung berdegup tapi dia membuat muka biasa sahaja.

" Injoon rasakan, Nana memang ikhlas kah nak couple dengan Jihae... " Soal rawak dilempar kepada Renjun.

" Why you ask? " Renjun membalas semula dengan soalan lain.

" Tak lah sebab...dalam ramai-ramai perempuan, dia pilih Jihae juga. Mesti ada something kan yang buat dia tertarik kat Jihae kan.. " Kata Jihae yang lama keadaan yang sangat mengantuk.

" Hurmm...sebab Jihae cantik? "

" Ya ka? Tak macam ja. Ada yang lagi cantik dari Jihae kot. " Kata Jihae.

" Apa-apapun, Jaemin mesti suka Jihae dari perspektif lain. Mungkin sebab personaliti Jihae yang berlainan dari yang lain ataupun sebab cara Jihae layan dia. " Kata Renjun. Itu sebenarnya sebab-sebab Renjun sukakan Jihae.

" Mungkin but...dia ikhlas kah? Jihae tak nak cinta kami jadi cinta monyet sahaja. Jihae risau yang dia akan tinggalkan Jihae. Jihae tak nak tu. " Kata Jihae yang hampir menitis air mata kerana membayangkan perkara sebegitu berkemungkinan akan berlaku.

" Jangan fikir macam tu, Jihae. Cuba fikir positif. Jaemin mesti ada sebab dia. Jihae cuma perlu tunggu okay? Kalau Jaemin cuba hancurkan hati Jihae, Renjun akan tumbuk dia. " Kata Renjun cuba untuk ceriakan Jihae dan ia berkesan dengan Jihae melepaskan tawa kecil sambil mengelap airmatanya.

" Thanks Injoon. " Kata Jihae dan dia peluk Renjun. Walaupun Renjun cuma rakan Jihae, dia akan cuba sedaya upaya untuk buat Jihae gembira.

💫

new update! happy 5k reads! thanks kepda semua yg support heratbreaker! aku sayang ampa semua ヽ(´▽`)/ btw, dlm bab nie, bila kita mengantuk but still x nak tido, kita dikategorikan status high so tu lah keadaan jihae waktu dia dgn renjun, just in case kalau korng confuse napa dia pegang tangan renjun

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now