011

1.8K 278 31
                                    

" Wah! Besarnya rumah nie. " Kata Jihae apabila mereka telah sampai di pantai. Di sebelah pantai itu ada sebuah penthouse yang besar dan di rumah itulah mereka akan tinggal selama tiga hari ini.

" Nie rumah yang Chenle sewakan. Cantik kan? Jom masuk! " Kata Chenle dengan beg bajunya bersama, diikuti ahli-ahli yang lain. Jihae masih terpegun betapa besar, cantik dan indahnya rumah itu.

" Mana dia dapat banyak duit nak sewa rumah cantik nie? " Soal Jihae kepada dirinya. Kaya sungguh si Chenle tu.

" Dia kan kaya. Rumah cantik dia sewakan untuk kita. " Balas Jaemin sambil mendukung Jihoon bersamanya. Mereka semua memasuki ke dalam penthouse tersebut.

Mereka turut juga terpegun akan kecantikan di dalam rumah tersebut. Ia terlalu besar untuk sembilan mereka untuk tinggal.

" Okay, kita ada empat bilik dan setiap bilik ada bilik mandi sendiri. Semua pilih roommate sendiri. " Kata Mark dan semua bertindak untuk mengambil pasangan mereka.

Jihae berbilik dengan Jihoon, menyebabkan ibunya tidak membenarkan dia berbilik dengan mana-mana lelaki selain Jihoon; Mark dengan Haechan; Jisung dengan Chenle dan Jaemin, Jeno dan Renjun satu bilik. Jaemin sedih yang dia tak dapat bersama satu bilik dengan Jihae.

" Bilik sebelah ja, tak jauh mana. " Kata Haechan, meletak lengannya atas bahu Jaemin yang kesedihan tidak dapat berbilik dengan Jihae.

" Don't worry, Nana. " Kata Jihae kepada Jaemin dan mengambil Jihoon daripada Jaemin untuk membawa Jihoon ke bilik mereka berdua. Jaemin pandang sahaja Jihae ke biliknya.

" Kau betul kah tak jatuh hati kat dia, Nana? " Kata Jeno, meletak lengannya atas bahu Jaemin bersama dengan Haechan. Jaemin terkejut akan panggilan yang telah Jeno panggil Jaemin.

" Yes and jangan panggil aku Nana. Geli aku. " Kata Jaemin, geli dengan panggilan itu padahal Jeno dan Haechan tidak berhenti panggil dia Nana hingga mereka berkejaran dalam rumah.

" Haih, immatures. " Kata Jisung dan pergi masuk biliknya yang dikongsi bersama Chenle. Renjun pula masih terasa kesian kepada Jihae, kalaulah dia boleh bagitau pada Jihae apa yang dia akan rasai selepas tiga bulan kemudian.

Mereka luangkan masa yang mereka ada dengan menonton televisyen, bermain permainan, berjalan-jalan di luar pantai dan lain-lain.

Jihoon sedang bermain Mario Kart dengan Haechan dan Jisung. Walaupun dia cuma tujuh tahun, minda dia memang bijak sehingga dia boleh kalahkan kedua-dua hyung dia dalam permainan tersebut.

" Memalukan lah kalau kalah dengan budak tujuh tahun. " Kata Haechan setelah dikalah oleh Jihoon.

" Maruah aku jatuh sebab budak nie. " Kata Jisung.

Mark dan Renjun sedang memikir apa yang mereka akan masak untuk budak-budak semua pada malam itu.

" Jom kita beli ja lah. Susah lah nak masak. " Kata Mark, gementar untuk masak.

" Tak yah. Buang duit ja. Kita masak. " Balas Renjun, masih mahu masak walaupun mereka mempunyai duit untuk beli makanan.

" Arghhh. " Rungut Mark dengan comel hingga Renjun memicit pipi Mark kerana terlalu comel.

Chenle pula sedang bersembang dengan ibubapanya dalam telefon di biliknya.

" Ya, kawan-kawan Lele sukakan penthouse nie. Enjoy sangat. " Balas Chenle dengan gembira kepada ibubapanya yang telah tanyakan tentang penthouse yang telah mereka pilihkan untuk Chenle.

Jihae dan Jaemin pula sedang berjalan-jalan di pinggir laut, menikmati udara yang segar di sana.

" Hae enjoy datang sini? " Soal Jaemin dan Jihae angguk kepalanya.

" Tak tau pula kita akan dapat rumah semewah nie dan dapat nikmati keindahan suasana sini. " Kata Jihae, amat bersyukur kerana dia dapat mengalami sesuatu mewah sebegini.

" Thanks sebab ajak Hae ke sini. Hae sukakan. " Kata Jihae sambil memegang lengan Jaemin dengan erat. Jaemin senyum kepadanya.

" Rasanya terima kasih tak cukup untuk memenuhi kepuasan Nana.. " Kata Jaemin, membuat Jihae keliru. Jaemin menarik badan Jihae rapat dengannya dan memeluk pinggang Jihae untuk rapatkan lagi badan mereka.

" Yah, kita kat luar lah sekarang nie.. " Kata Jihae, memandang ke tempat lain supaya Jaemin tidak sedar akan betapa merahnya muka Jihae.

" Ala, tak ada siapa-siapa lah kat sini. " Kata Jaemin sambil tertawa kecil dan diikuti dengan tawa Jihae. Bibir mereka hampir sentuh dan tiba-tiba...

" Yah you lovebirds! Masuk! Kami masak untuk makan malam. " Jerit Mark dari jauh untuk panggil mereka dua masuk. Mereka berdua masuk ke dalam rumah sambil tawa. Sikit lagi mereka tercium.

to be continued...

Heartbreaker ↻ NJM √Where stories live. Discover now